Aku dari kecik-kecik lagi suka sejarah. Masa aku sekolah rendah, masa budak2 main basikal pusing kampung aku lagi suka pinjam buku STPM Sejarah mak sedara, pastu baca. Seronok woooo….
Sampai masuk sekolah menengah pun, aku sangat suka mata pelajaran Sejarah sebab ia menceritakan perkara sebenar (masa tu la aku ingat). Ada sorang cikgu Sejarah aku, nama dia Dzulqurnain. Masa dia ajar aku masa F1, mak aaiii masuk je kelas dia akan tulis nota panjang-panjang sampai tak sempat aku nak menyalinnya. Buku kitorang pakai buku kertas kajang yang kulit tebal tu. Masa tu tak pulak aku nak tanya eyh apa guna ada buku teks kalau dalam kelas asyik tulis nota panjang-panjang ni (ha2 mintak maaf cikgu. Cikgu ni hebat, jadi salah seorang ketua pemeriksa kertas sejarah SPM aku dapat tahu).
Aku selalu jugak la jadi top student Sejarah ni dalam batch aku. Masa SRP tak sangat sebab kena pilih objektif (ha2 mata aku selalu berpinau2 kalau objektif), tapi bila naik Tingkatan 4, sebab aku memang boleh menulis panjang2 karangan, selalu jadi top student Sejarah.
Sampailah masa trial SPM pun aku jadi top student Sejarah batch aku, dah seronok dah aku nak naik stage tahun depan nak ambik hadiah ni. Ye laaaa top student Sejarah.
Berbekalkan keputusan itu, aku pun ambik lah SPM. Yakin giler aku mengarang esei pasal Sejarah. Tebal giler esei aku, member batch aku kat sebelah mesti sumpah seranah cakap aku riak & mengada-ngada, saja nak takutkan orang. Over-kill la katakan, jawab soalan Sejarah.
Lepas SPM aku terus ke negeri Mat Salleh, jadi masa SPM keluar, aku hanya telefon.
Aku agak confident dengan subjek lain, tapi kalau Sejarah aku super confident gitu.
Tapi kakak kerani kat Kuala Kangsar jawab: keputusan awak…… “Sejarah C3″……
Sampai sekarang aku kuciwa dan tertanya-tanya apa salah aku dapat C3 dalam kertas Sejarah. Aku ingat aku dapat dosa sebab menunjuk-nunjuk kat member sebelah. Aku ingat sebab masa nak ambik kertas Sejarah, aku termakan ration kawan lebih sikit, jadi tak berkat. Aku ingat cikgu sejarah aku masa tingkatan 5 (namanya Gedebe dari Kelantan) tak beri restu sebab aku selalu main-main dalam kelas dia.
Sekarang baru aku tahu kenapa aku dapat C3.
Buku teks & semua buku rujukan salah. Gedebe pun salah. Zulqurnain lagilah, 4 tahun ajar ilmu Sejarah sesat kat aku.
Diorang ajar British datang dan menjajah Malaysia. Bila Tunku laungkan Merdeka, itu sebab Malaysia dah bebas dari penjajah.
Aku pun tulis lah panjang lebar, sampai 7-8 muka surat. Punyalah aku puji Tunku & Dato’ Onn sebab menyatukan rakyat Malaysia menentang penjajah. Aku puji sultan-sultan Melayu yang bertegas dan memayungi rakyat jelata, menentang penjajah.
Rupa-rupanya Tunku main olok-olok je kat Stadium Merdeka. Agaknya tahun 1957 tu, 31 Ogos jatuh pada hari raya/hari terakhir ramadhan macam tahun ni jugak. Agaknya Tunku jerit Merdeka tu sebab nak umumkan merdeka dari bulan Ramadhan kot?
Aku lega sebab selepas hampir 20 tahun aku rasa bersalah sebab makan karipap lebih sebelum ambik exam, sekarang aku tahu bukan salah aku. Cikgu-cikgu aku dan buku sejarah semua salah.
Malaysia tak pernah dijajah rupanya. Tunku je yang main olok-olok suka buat costume parti jemput gabenor mat salleh pi stadium, lepas tu jerit-jerit. Aku tabik respek la Tunku, almarhum memang ada sense of humour, kata mat salleh.
Di mana aku boleh dapatkan buku sejarah yang terangkan perkara sebenar ni? Buku sejarah aku semua aku dah bagi kat mamat surat khabar lama suruh recycle. He he
Dulu, masa menengah rendah, selalu juga dapat markah tertinggi sejarah dalam tingkatan. Sebab dah sangat terer sejarah, buku sejarahlah yang ditolak ketepi sebab ye lahhhh dah terer. Tup tup, masa result PMR keluar, subjek sejarahlah yang mencacatkan sijil. Tetiba dapat 7A1B… perasaan sgt frust sampai seminggu asyik menangis siang malam mengenang nasib & tak nak bercakap dgn orang. Frust sebab PMR masa tu tanda objektif je kot… Hairan kenapa tak dapat A. Rasanya dah confident sgt masa jawab tu… kalau boleh nak serah kertas exam sejam lebih awal. Yang saya ingat, soalan-soalan exam tu bagi pilihan I, II, III, IV & kita kena jawab A, B, C atau D iaitu padanan kenyataan-kenyataan yang BETUL/SALAH daripada pilihan2 yang diberikan. Masa tu saya syak, jawapan-jawapan rasmi yang dikeluarkan Kementerian sebenarnya salah, macam yang biasa berlaku masa trial exam.Tapi sekarang, saya rasa sebenarnya tak ada jawapan yang betul utk soalan-soalan Sejarah masa PMR tu. Sebab fakta sebenar tak ada dalam buku Sejarah.. Dalam buku Sejarah, Dato’ Maharajalela diangkat sebagai pejuang sebab bunuh Birch dengan bantuan si pitong… sedangkan beliau membunuh kerana Birch hapuskan amalan perhambaan & pengutipan cukai oleh golongan raja & pembesar2 Melayu… Masa belajar Sejarah, buku Sejarah cuma terangkan, antara faktor Birch dibunuh adalah kerana “tak fasih berbahasa Melayu & tak faham adat istiadat & tradisi orang Melayu”. Kelakar,sebab bila dah faham isu sebenar, rasanya Birch dibunuh kerana perubahan yang dilakukannya tidak selari dengan “kepentingan” orang-orang Melayu yang ada kedudukan ketika itu… Sebab Birch ambil hak mengutip cukai daripada mereka, bukanlah utk perjuangkan kemerdekaan (kebebasan) utk rakyat pun.
Kisah-kisah pejuang di kalangan rakyat marhein tidak diceritakan secara jelas. Sekadar sebut nama-nama Mat Kilai, Tok Bahaman, dll… & disebut sebagai pejuang. Tapi apa yang mereka dah buat? Langsung tak dicerita…. mungkin takut overshadow perjuwangan UMNO lah kot. Atau takut org nampak yg pejuang2 sebenar adalah orang2 ini & UMNOlah sebenarnya punca Malaya lambat merdeka…. ye lah, sebab mereka berkerjasama dengan British & mampu mempengaruhi org Melayu utk turut sama berkerjasama… & tidak menentang. Entahlah..
Jadi sekarang rasanya saya menyesal sebab terlalu sedih tak dapat straight A’s masa PMR. Malah bangga lagi ada. Lepas ni, kalau anak cucu tanya kenapa saya dapat B utk Sejarah, jawapan saya…. sebab saya tak jumpa jawapan yang betul masa jawab kertas exam tu… Fikiran saya tak mampu nak serap fakta yang salah… study hanya utk exam… sebab buku Sejarah tu macam melompat-lompat ceritanya… banyak hal-hal yang mengelirukan… kenapa Jepun jahat? Kenapa British baik? Kenapa UMNO yang lambat ditubuhkan berbanding persatuan lain terlalu diangkat sebagai pejuang… kenapa… kenapa… kenapa…. kesimpulannya, buku Sejarah kena di-revise semula… cukup-cukuplah menipu.
I have a copy of Sejarah Malaysia Tingkatan 5, KBSM, DBP, Printed in KL 1993. Tapi wife aku punya la. Buku budak SSP ni, bro! hahaha! Yang aku punya, aku tinggalkan kat Prep School. Masa dulu dok hafal ‘fakta’ aje la. Dah ada ‘fakta’, yg lain-lain semua ‘goreng’ utk ngampu pemeriksa.
BTW I still owe you money from those the hockey club t-shirts. LOL. Later if we can do ngeteh together, I’ll pay up & bring the book too la! 😛