Perletakan Jawatan PETRONAS

Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.

Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.

Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.

Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW). Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS.

Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah.

Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai.

Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran. Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi.

Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja,  kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir.

Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap.

Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai.

Apabila Dato’ Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN.

Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN.

Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS.

Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan.

resignation letter

 

Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan.

 

chequebond

 

 

chequecar

 

Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu.

Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009. Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Dato’ Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis.

Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Dato’ Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik.

Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat.

Susulan dari pertemuan itu, Dato’ Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak. Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa “kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh”, saya akur untuk membantu parti.

Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya. Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari.

Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama.

devworkshop

 

Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik.

Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi  ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu.

 

petronasenmedan

 

tweetenmedan

 

Saya harap keterangan ini jelas.

Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya.

Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

 

83 thoughts on “Perletakan Jawatan PETRONAS”

  1. Terima kasih memberi penjelasan tentang perkara ini sbb saya ada terbaca isu kononnya saudara buat tuntutan palsu tu dlm satu posting rakan FB, saya baca tp tak berapa mengendahkan dan fikir mungkin fitnah. Selamat berjuang!

  2. Salam, Encik Rafizi, bagaimana dengan fitnah ini yang disebarkan menggunakan akaun peribadi facebook (aka macai-macai UMNO) , adakah Encik Rafizi perlukan bukti (print screen) untuk ambil tindakan atas pemilik akaun peribadi facebook ini atau hanya pada cybertroopers UMNO yang besar-besar sahaja ?

    Sebab mereka menyebarkan perkara yang tidak betul. Saya dah minta mereka delete, tetapi mereka tetap berdegil. Kalau perlukan, saya boleh emel.

    Wallahu’alam.

    1. Emel je En Ikhwan…atau pun boleh publish kat mana2 medium, biar kita sama2 simpan fitnah ini sebagai bukti kejahatan2 macai2 pemakan upah haram ini…Ini Kali Lah…Kami undi Pakatan Rakyat!!!

  3. cayalah bro. wa stabik spring kat lu bro.baru macai ubn terkangkang hancur lumat lunyai lu jwb.klau si kj tu blhlah diarang perkehkan .ini top gun keadilan lah .setiap peluru ada penangkisnya. tak pa nanti kita bagi alkasam kat macai ubn. kita tgk macam mana dia org tangkis, takut takut tercirit tak blh nak cauter balik . pasal nfc pun tercirit muntah lukerjakan diarang nak jawab.

  4. saya amat kagum dengan semangat perjuangan yang anda miliki,semoga lebih ramai lagi anak-anak muda mengikuti jejak langkah anda perjuangan ini tidak akan berakhir disini..insyaalah suatu hari nanti anda akan menjadi perdana malaysia seandainya BN hancur pada pilihan raya tahun ini…

    1. Saya setuju 100%. daripada awal lg sy ikuti perkembangan saudara terutamanya ttg hal2 pembongkaran tembelang UMNO. NFC adalah salah satu kejayaan saudara yg rakyat perlu tahu.. selama ni rakyat disorokkan dari mendapat laporan telus.. yg ditunjukkan adalah segala kebaikan BN yg mcm begitu maksum… tapi padahal terlalu banyak seleweng.
      Teruskan usaha.. kami orang2 muda menyokong penuh perjuangan anda.

  5. Salam,

    Terharu bila membaca luahan hati En.Rafizi, semoga menjadi sumber inspirasi kepada semua pemuda termasuk saya sendiri.

    Juga, semoga Allah sentiasa memberkati tuan diatas usaha – usaha yang ikhlas dan telah membuka mata ramai pihak termasuk saya.

    Saya pun menetap di kemaman, semoga dapat berjumpa dgn tuan.

    1. Respect……

      Awsome ,Some people have so much personality, presence and magnetism that they brighten a room when they come in.
      Others have so little, that they brighten the room when they leave…….

  6. My dear brother, I wish you all the best in your future endeavor. May Allah be with you all the time. We will pray for your well being. We hope someday, when you’re up there, you’ll be a great leader and do not oppress others though they have been mean to you. Insya Allah.

  7. Rafizi Ramli– nama yang tiba-tiba muncul & membuka minda rakyat persis kehebatan bossnya DSAI–inilah kualiti anak muda yang kita mahukan dikala anak muda lainnya terus khayal mendendangkan lagu lama-Syabas!!

  8. Percayalah…org macam kamu tak boleh ada di malaysia… BN memerlukan org bodoh dlm malaysia supaya mereka boleh terus berkuasa sesuka hati… Dihiburkan dgn banyak hiburan…

  9. Beruntung PR ada anak muda yang bijak, cerdas, petah berhujah dan ada didikan agama yang baik. Untung mak ayah Rafizi ni.
    Teruskan Rafizi. Anda memang antara calon pelapis terbaik akan datang untuk menaikkan Imej Agama, Bangsa dan Negara.

  10. Inilah ikon anak muda Malaysia. Hebat berbicara dengan keilmuan dan pengetahuan. Teruskan perjuangan

  11. selamba je dia bayar 70K, Buat cerita rm 400.00, bodoh betul siapa yang buat cerita, Lain kali buat lah 50k ke 100K ke baru lah nampak real sebab nak bayar hutang

    Kebodohan pencacai menjadi jadi agak macam big boss mereka yang hanya lepas SPM aja

  12. Dalam dunia yang serba serbi perlukan wang, ‘no money no talk’. Ini lah main dikepala otak saya apbila melihat suasana disekeliling khasnya apabila kita menghampiri PRU 13. Diperhatikan terdapat manusia yang sanggup menjual IMAN mereka kerana wang dan tidak keterlaluan jik saya menyatakan, terdapat juga manusia diluar sana yang sanggup jual Ibu mereka sendiri untuk WANG. Kawan jual kawan itu biasa tapi jual Ibu, Isteri, anak dan MARUAH satu yang pelik. Tidak pernah terfikir manusia akan jatuuh ke tahap begini khasnya orang MELAYU/ISLAM.
    Sepanjang umur hidup saya, saya berfikiran orang Melayu/Islam tidak akan sanggup jual MARUAH dan IMAN mereka kerana WANG. Tapi hari ini dengan hati yang sedih serta terharu manusia MELAYU/ISLAM boleh sampai ke tahap ini. Hari ini mereka yang menjual dan berniaga agama ISLAM untuk kepentingan politik merea adalah bani MELAYU/ISLAM juga. Tidak kurang yang MEMFITNAH dengan memperdagangkan video LUCAH, PORNO demi untuk kepentingan diri.
    Seperkara lagi yang amat menyedihkan dan menyakitkan adalah orang2 yang gelar diri mereka Ustaz, cendekiawan Islam,Mufti2 dan pakar motivasi yang tak henti2 guna ayat2 Quran demi untuk melariskan kepakaran mereka. Saya tidak faham bagaimana mereka2 ini boleh dengar dan tahu kemungkaran berlaku tetapi tidak berani bersuara terhadap segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara. Adakah kerana WANG? Kita menonton dalam TV dan nampak ustaz yang berceramah, mereka ini tahu semuanya tapi tidakberani bersuara, yang mereka mengutuk adalah perbuatan, amalan atau salah laku yang dilakukan oleh tidak ramai tapi dihebahkan sebagai sudah menjadi gejala yang merosakkan e. Tapi bagaimana pula dengan g

  13. Congrate Rafizi with your explanation . Hopefully you will be one of Malaysian great leader in near future .

  14. Saudara Rafizi,

    Berjihad menegakkan kebenaran, Allah SWT akan melindungi hambanya.
    Petronas harus membuka mata dengan fitnah yg di buat oleh al-fitnatul Dajjal Papagomo kpd syarikt gergasi negara tersebut. Petronas harus menjawab fitnah tersebut kerana fitnah itu telah mencemar reputasi syarikat… Semoga Allah SWT melindungi saudara dan memberi kekuatan agar terus memberi khidmat kepada RAKYAT.

  15. Teruskan Rafizi perjuangan anda…saya amat kagum dengan semangat perjuangan anda…ingat!kami golongan muda sentiasa bersama – sama anda.

  16. I’m so sorry for you bro. One thing I really regret when I was in MCKK, I didn’t join debate team. They’ve learned so much from you. I wish you all the best and hope to see you success to change Malaysia to be a better place.

  17. Met you in parit raja last year. proud to know you. it’s amazing to see you in person looking so normal. wish my sons and daughter as fillial to parents as you.

  18. GOOD JOB Rafizi….. i’m leave soon… hahaha i was in my pratical traning that day. if not sure i can meet you before you leave…

  19. Im your senior kat mckk .. Well done bro…berjuang untuk rakyat…tlg la hapuskan rasuah dan salahguna kuasa kalau ditakdirkan PR menang PRU13…kalau ade peluang … Saya pun nak berjuang bersama2 PR one fine day…insyaallah

  20. Salam Saudara Rafizi,

    Saya kagum dengan idea dan keberanian saudara. Teruskan perjuangan saudara yang lebih kepada idea bernas, fakta dan kritikan dasar (bukannya serangan peribadi). Negara perlukan pemimpin yang bijak seperti anda.

  21. Bro,

    I have attended many fund raising dinners where you were the speaker.
    Hats of to you Man.

    Hope you will be a good and responsible leader.

  22. sy sgt terharu thdap prjuangn dan pengorbanan anda..apa yg saudara lakukn adalh jihad yg paling besar yg pernah disabdakn oleh rasulullah iaitu jihad mlawan hawa nafsu mningglkn kmewahn untk brjuang mmbela agama,negara dn rakyat yg tertindas..sy brdoa smoga allah mmelihara saudara,dan saudara adlh pmimpin msa dpan negara.teruskn usaha saudara dlm politik negara ini.

  23. Salam 1Dunia.

    Alangkah baiknya jika pihak PETRONAS sendiri membuat perakuan yang saudara meletak jawatan bukan dikenakan tindakan. Disamping itu; rakan, sahabat, Pegawai Atasan ketika anda berkerja di PETRONAS juga perlu memberikan maklum balas kedudukan anda ketika di PETRONAS.

  24. You had studied by the motto of Fiat Sapienta Virtus – Let Manliness Comes Through Wisdom. And you are now living by it….You are truly a Man and Very Wise one at that…..congrats brother….

  25. Salam,

    Saudara Rafizi,

    It is very touching and interesting to know that the reason for you to enter into politics was because of the promise that you made with your friend Allahyarham Ben.

    However, it is true that prior to his untimely passing, Ben had quit PKR together with one of his best friend, Ezam? While Ezam chose a different path, Ben had just quit from politics entirely.

    This was just something that I heard in passing, I am not sure of the truthfulness of this story. Hope you can also share with us a snap shot of the history between the trio Ezam-Ben-Rafizi

    Laslty, good luck and all the best for GE13!

    Thanks.

  26. I know somebody of the same name – rafizi ramli, who is also a great guy. I guess such name brings luck n good fortune to the owner. Inspired by ur story, bro.

  27. penjelasan yang bagus dari saudara rafizi ramli….penerangan begini akan membuatkan seluruh rakyat akan mengetahui cerita sebenar dan akan menolak fitnah yang maha jahat dari golongan zalim……….allahuakbar….

  28. Asalam Saudara Rafizi,

    Moga niat baik anda bisa menyelamatkan negara anda dari jurang kehancuran. Teruskan perjuangan dan sentiasalah berpaksi kebenaran. Jangan ikut rentak sang penakut hanya bicara dikandang sendiri tahunya hanya menfitnah, sedihnya banyak yang percaya hanya diberi kesenangan dunia. Saya yakin anda bisa membetulkan kekeliruan mereka.
    Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda, agar kami punya pemimpin masa depan yang boleh diharapkan. Reformasi… Refomasi… Refomasi… Salam dari peminat Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Keluarga beliau. Seri Mawa.

  29. alhamdulillah ada anak muda yang sanggup memperjuangkan keadilan….semoga Allah swt sentiasa bersama mu…..dan semoga Putrajaya jadi kenyataan.

  30. Salam,

    Terharu bila membaca luahan hati En.Rafizi, semoga menjadi sumber inspirasi kepada semua pemuda termasuk saya sendiri.

    Juga, semoga Allah sentiasa memberkati tuan diatas usaha – usaha yang ikhlas dan telah membuka mata ramai pihak termasuk saya.

    Saya pun menetap di kemaman, semoga dapat berjumpa dgn tuan.

    Perjuangan itu pahit tetapi pasti akan manis akhirnya..saya kagum atas usaha dan pengorbanan saudara sanggup meninggalkan comfort zone demi sebuag perjuangan rakyat,agama,bangsa dan negara..teruskan berjuang

    Al-fatihah buat arwah ben..kisah kita sedikit sebanyak ada persamaan,saya terlibat dalam aktiviti aktivism dengan dorongan senior saya di UM.

    Terima kasih kerana melatih kami barisam mahasiswa IPTA terutamanya MKM dari Universiti Malaya,saya amat-amat menghargai perkongsian ilmu dan pengalam oleh saudara Rafizi.

    Akhir kata,tabahkan hati,banyakkan bersabar pasti ada hikmah sebaliknya
    semoga akan menang di P-100 Pandan dan bergelar YB yang membela nasib rakyat selepas PRU-13 nanti insyaallah..

    Insyaallah ada masa kita jumpa lagi..take care,Asalamualaikum.

  31. Assalam sdra rafizi, teruskan berkata yang benar & memperjuangkan segala kebenaran, semoga sdra dapat menyelamatkan semua manusia sejagat di dunia & akhirat.

  32. saya begitu bangga ada seorang anak muda yg prihatin seperti kamu… insyaalllah apa yg baik akan terbukti jua…

  33. semalam baru jumpa beliau di pandan..sempat bersalaman…terasa aura seorg pejuang untuk rakyat…kami berbangga dengan anda wahai sedara rafizi…teruskn berjuang…kami anak2 muda sentiasa dibelakang anda untk memberikan sokongan…insyaallah pandan akan menjadi milik kita begitu juga di lain-lain tempat…insyaallah….takbir!!….

  34. Saya doakan saudara menjadi Perdana Menteri Malaysia… semangat saudara akan membawa kami bersama2 saudara…

  35. Salam, terbaca entri ini selepas ‘ter’baca fitnah papagomo. Rasa terencat akal sikit selepas lihat sekali lagi post papagomo tu.

    Proud of you, and hope you’ll be able to change our country and the rakyats’ life. Part sentimental tu memang, rasa macam tengok drama pun ada, “janji di bangku sekolah”. haha

  36. Im impressed in your transparency…..and your interlectual speeches.
    Stay us you are…..you hv a good future if you continue to speak the truth and willing to serve the rakyat and our beloved country.
    Never frog is my advice.

  37. Assalamualaikum Saudara Rafizi

    Semoga Saudara terus ikhlas dalam perjuangan. Bawalah Malaysia ke arah negara yang bertamadun dan berwawasan. Semoga Allah bersama-sama Saudara dalam perjuangan ini. Mohon Allah lindungi dan rahmati setiap langkah Saudara.

    Semoga Allah izinkan Saudara menerajui negara satu hari nanti. Insyaallah.

  38. Dear Rafizi…
    As a malay and a muslim.. I am proud of u and what have u done.. U just inspired me to be like u or even better than u.. to serve the people, fight for justice no matter what race and religion.. to just be fair and serve with good purposes. I am younger than u.. my path of educational level are not as high as u.. but I aim the same as you did.. Let all malaysian fight for the good reasons and not leave Rafizi to fight alone.. We all have to play our part.. We can achieve for excellence.. To get perfection, it is God work.. InsyaAllah..

  39. Owesome, i’m speechless. Sebelum ini menyangka Malaysia sudah ketandusan pemimpin sejati. Rupanya masih ada sebutir permata yang sudi membakar diri demi tanah air tercinta ini. Teruskan perjuangan, kami menyokong anda.

  40. Terima kasih saudara Rafizi atas pengorbanan dan perjuangan(bukan Pejuang) untuk mengembalikan landskap politik ke arah yang lebih baik dan matang. Ayuh Malaysia !

  41. Saudara Rafizi Ramli, berani kerana benar. Usah di hirau tukul yang berbunyi bila rumah sudah siap. Yang paling penting perjuangan untuk memulihkan Malaysia dan seterus nya mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Percaya lah sekira nya kita ikhlas dan berpolitik demi ALLAH, sesungguh nya ALLAH akan melindungi saudara dan membimbing saudara melakukan yang terpilih. Terus kan perjuangan. Janji hanya kepada ALLAH dan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.