Category Archives: INVOKE

A THANK YOU NOTE (from Rafizi Ramli to the big INVOKE family)

Dear friends

It has been exactly one week since the historic win in GE14.

I took this long to write because understandably there were urgent matters to attend to in the immediate aftermath.

Now that the dust is slowly settling down, I can turn to say thank you to all the volunteers and Malaysians who had participated, contributed, followed and encouraged the growth of INVOKE Malaysia to become the largest election volunteer organisation of its kind in South East Asia.

NUMBERS

On 9th of May 2017, INVOKE has 40,949 volunteers all over the country. Out of these, 25,915 volunteers came forward to offer themselves as polling and counting agents (PACAs) all over the country. While our record only tracked the 5,844 PACAs who submitted their particulars through our online system, we believe many others actually went directly to candidates and served as PACAs.

Looking back, INVOKE spent more than a year to train thousands of PACAs all over the country to mitigate the fear of electoral fraud that could have prevented many Malaysians from turning up to vote.

As of last week, INVOKE volunteers clocked 25,612 manhours of campaigning since we first tracked the manhours (in March 2017). The breakdown of the key campaigning manhours: 7,861 manhours of PACA training; 7,689 manhours of phone-bank (calling identified fence-sitters to persuade them to vote PH) and 4,856 manhours of canvassing door-to-door for support.

Since November 2016, the Malaysian public had contributed RM10.2 million to INVOKE. The majority of this was through the crowdfunding (RM7.3 million), but we also sold RM1.9 million’s worth of tickets to our fundraising events and RM1.0 million’s worth of merchandise (mostly t-shirts and books). Including a total of RM1 million that I put into INVOKE from my own pocket over a period of 2 years, INVOKE spent RM11.2 million on building the capability and financing the campaigns of 44 parliamentary candidates and 60 DUN candidates for the last 2 years.

OUTCOME

Pakatan Harapan won 42 out of the 44 parliamentary seats that received assistance from INVOKE (either at the parliamentary level or at least one DUN seat in the parliamentary seat). It is a stunning 95% success rate. The only 2 parliamentary seats assisted by INVOKE that were not won by Pakatan Harapan were Padang Rengas (won by Dato’ Seri Nazri Aziz) and Sembrong (won by Dato’ Seri Hishamuddin Hussein).

The breakdown of seats:

PKR – 32 seats (Kangar, Alor Setar, Kuala Kedah, Merbok, Padang Serai, Kulim Bandar Baru, Sungai Petani, Permatang Pauh, Bayan Baru, Balik Pulau, Nibong Tebal, Sungai Siput, Gopeng, Tanjung Malim, Hulu Selangor, Selayang, Pandan, Kapar, Kuala Langat, Lembah Pantai, Wangsa Maju, Setiawangsa, Port Dickson, Tangga Batu, Segamat, Sekijang, Ledang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Johor Bahru, Kuantan and Indera Mahkota).

AMANAH – 7 seats (Pokok Sena, Parit Buntar, Lumut, Kuala Selangor, Shah Alam, Hulu Langat, Temerloh)

PPBM – 3 seats (Tambun, Muar, Simpang Renggam)

INVOKE’s polling prediction that PH would win Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka and Johor state governments were correct, as well as the prediction of a simple majority of circa 120 seats (including Warisan’s seats). On record, INVOKE was the only pollster that consistently predicted a PH win from January 2017 onwards.

CREDIT

The credit for the whole success of INVOKE goes to the Malaysian public who gave my team the trust we needed. Amidst heavy scepticism, we had to convince Malaysians from early January 2017 onwards that a PH win was possible despite the nationwide three corner fights.

It took almost a year before we reached the critical number of volunteers on the ground who believed in our campaign methodologies (calling fence-sitters and canvassing door-to-door). Malaysians are not accustomed to direct persuasion; they are not even accustomed to discussing politics with strangers. But many thousands of volunteers had braved this cultural block to persuade thousands of identified fence-sitters around the country to vote PH, over the course of the last two years.

I was asked why I persisted when most did not believe what we were doing.

My answer is simple: I have trust in the empirical evidence produced by way of big data analytics and support model that we have developed; and I have trust in the wisdom of the Malaysian voters.

Both did not disappoint us.

The mathematical modelling that predicted the voting inclination of voters had correctly predicted most of the results.

Even in the case of Kelantan and Terengganu, it was obvious that fence-sitters resorted to tactical voting in the last week of campaigning; throwing their support for PAS (instead of PH) because realistically speaking only PAS was strong enough (as the second party in Kelantan and Terengganu) to defeat BN in those states.

Likewise, the voters knew enough which party was the strongest to defeat BN in a 3-corner fight elsewhere, that there was a widespread tactical voting (especially among the Malays) throughout the country.

When my analytics team comes back from a one-week holiday this Thursday, we will go through the results to provide a more insightful understanding of how and why the voters voted the way they did.

MOVING ON

It is therefore only proper that I thank everyone who had contributed immensely to this historic success.

I hope many Malaysians out there pray for the safety and prosperity of the 100+ young Malaysians (mostly within the 23 to 27 years age range); who took the bold steps of quitting their jobs to join me at INVOKE since August 2016 to complete this mission.

My final responsibility is to oversee a smooth transition for these young Malaysians to (either) go back to the industry (where they come from); or to remain at INVOKE to preserve the knowledge and capability we had developed here.

INVOKE will move on to focus on other missions that are in line with what we set out to do: to promote and harness grassroots volunteerism for social, economic and political empowerment.

This is me, Rafizi Ramli, INVOKE Volunteer #00001 signing out.

NOTA TERIMA KASIH (dari Rafizi Ramli kepada keluarga besar INVOKE Malaysia)

Sahabat-sahabat

Hari ini genap seminggu dari tarikh bersejarah kemenangan PRU14.

Saya mengambil masa sehingga kini untuk menulis, kerana banyak hal-hal yang lebih mendesak untuk menguruskan kemenangan itu.

Saya kini ada lebih masa bila hal-hal itu semakin diselesaikan, lalu bolehlah saya mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan INVOKE dan rakyat Malaysia yang telah berkempen, menyumbang, mengikuti dan menggalakkan perkembangan INVOKE sehingga menjadi organisasi kempen sukarela yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

ANGKA

Setakat 9 Mei 2017, INVOKE mempunyai 40,949 sukarelawan berdaftar di seluruh negara. Daripada jumlah ini, seramai 25,915 sukarelawan telah menawarkan diri menjadi ejen kira undi (PACA) di seluruh negara. Walaupun kami hanya menjejaki seramai 5,844 orang PACA yang menghantar maklumat dokumen peribadi atas talian melalui sistem, saya yakin ada ribuan lagi sukarelawan INVOKE yang menghubungi terus calon-calon dan menjadi PACA.

Usaha INVOKE melatih beribu-ribu PACA sejak awal 2017 adalah tidak sia-sia. Matlamat untuk meyakinkan pengundi supaya tidak patah hati dengan kebimbangan penipuan pilihanraya apabila ramai PACA terlatih diturunkan, nampaknya berkesan. Ramai juga yang turun mengundi beramai-ramai.

Setakat minggu lepas, jumlah masa kempen (manhours) yang dicapai sukarelawan INVOKE telah mencecay 25,612 jam, sejak kali pertama kami merekodkan jumlah masa kempen awal Mac 2017. Pecahan jumlah masa kempen yang dilakukan sukarelawan INVOKE: 7,861 jam latihan PACA; 7,689 jam menjalankan “phone-bank” (menelefon pengundi atas pagar yang dikenal pasti untuk memujuk mereka mengundi PH) dan 4,856 jam berkempen dari rumah ke rumah untuk memujuk pengundi atas pagar mengundi PH.

Sejak November 2016, rakyat Malaysia telah menyumbang RM10.2 juta kepada INVOKE. Sebahagian besarnya melalui biayaramai (“crowdfunding’ sebanyak RM7.3 juta), tetapi kami juga menjual t-shirt dan buku-buku bernilai RM1.0 juta. RM1.9 juta lagi diperolehi dari jualan tiket-tiket ke majlis kutipan dana INVOKE.

Apabila dicampurkan dengan RM1.0 juta dari poket saya sendiri, INVOKE membelanjakan RM11.2 juta untuk membina kepakaran dan membiayai kempen calon-calon PH di 44 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

HASIL

Pakatan Harapan menang di 42 dari 44 kerusi parlimen yang dibantu INVOKE (sama ada bantuan kempen di peringkat parlimen, atau sekurang-kurangnya di satu DUN dalam parlimen itu). Ini bersamaan kadar kemenangan 95% yang tersangat tinggi dibandingkan dengan mana-mana rekod. Dua kerusi yang menerima bantuan kempen INVOKE tetapi tidak dimenangi adalah Padang Rengas (dimenangi Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Sembrong (dimenangi Dato’ Seri Hishamuddin Hussein).

Senarai kerusi-kerusi itu adalah:

PKR – 32 kerusi (Kangar, Alor Setar, Kuala Kedah, Merbok, Padang Serai, Kulim Bandar Baru, Sungai Petani, Permatang Pauh, Bayan Baru, Balik Pulau, Nibong Tebal, Sungai Siput, Gopeng, Tanjung Malim, Hulu Selangor, Selayang, Pandan, Kapar, Kuala Langat, Lembah Pantai, Wangsa Maju, Setiawangsa, Port Dickson, Tangga Batu, Segamat, Sekijang, Ledang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Johor Bahru, Kuantan and Indera Mahkota).

AMANAH – 7 kerusi (Pokok Sena, Parit Buntar, Lumut, Kuala Selangor, Shah Alam, Hulu Langat, Temerloh)

PPBM – 3 kerusi (Tambun, Muar, Simpang Renggam)

Ramalan keputusan PRU14 yang dibuat oleh INVOKE juga tepat: seperti diramalkan, PH membentuk kerajaan negeri di Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ramalan bahawa PH akan mendapat majoriti mudah sekitar 120 kerusi (termasuk kerusi Warisan) juga tepat. Saya ingin merekodkan di sini bahawa INVOKE adalah satu-satunya organisasi yang meramalkan kemenangan PH dalam PRU14 secara konsisten sejak Januari 2017.

PENGHARGAAN

Penghargaan paling besar tentunya kepada rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan yang saya dan pasukan saya perlukan untuk menjayakan INVOKE. Walaupun dicemuh dan tidak dipercayai rakan dan lawan, kami terus cuba meyakinkan rakyat Malaysia sejak Januari 2017 lagi bahawa PH tetap boleh menang kalau pun berlaku pertandingan tiga penjuru di seluruh negara.

Kami mengambil masa sehingga setahun sebelum kami ada kumpulan sukarelawan tegar di akar umbi yang yakin dengan kaedah kempen kami (iaitu menelefon pengundi atas pagar dan berkempen dari rumah ke rumah). Rakyat Malaysia selalunya penyegan, mereka malu untuk bersua muka apatah lagi meluahkan kecenderungan mengundi kepada sukarelawan yang tidak mereka kenali.

Tetapi ribuan sukarelawan INVOKE memberanikan diri untuk tetap menelefon pengundi atas pagar secara senyap-nyap dan mengetuk pintu, untuk memujuk mereka mengundi PH secara berterusan selama 2 tahun.

Saya pernah ditanya kenapa saya tetap berkeras menjayakan kempen melalui INVOKE bila jelas sebahagian besar rakan politik dan rakyat Malaysia tidak pun mempedulikan usaha kami.

Jawapan saya mudah: Saya ada keyakinan dengan bukti-bukti empirikal yang dihasilkan melalui kaedah “big data analytics” dan model matematik yang kami bangunkan. Saya juga ada keyakinan bahawa rakyat Malaysia adalah bijaksana dan tahu menghargai usaha kami.

Kedua-dua keyakinan itu tidak menghampakan kami.

Kaedah menggunakan model matematik untuk meramalkan kecenderungan mengundi setiap pengundi telah berjaya membantu kami meramalkan dengan tepat kerusi mana yang wajar disasarkan.

Dalam kes Kelantan dan Terengganu, jelas bahawa pengundi atas pagar memilih untuk mengundi secara taktikal menjelang minggu terakhir kempen: mereka tahu mereka perlu mengundi PAS (bukannya PH di negeri-negeri itu) untuk menewaskan BN kerana PAS adalah parti kedua terkuat di situ. Mereka tahu jika diberikan undi kepada PH, PAS akan kalah semua kerusi kerana kekuatan PH di tempat ketiga, lalu ada peralihan undi yang besar kepada PAS di negeri-negeri itu kerana kebencian terhadap BN.

Begitu juga di negeri-negeri Pantai Barat, pengundi-pengundi atas pagar (termasuk pengundi PAS) sudah ada maklumat yang tepat untuk mengetahui parti mana yang paling kuat untuk menewaskan BN dalam pertandingan 3 penjuru di tempat mereka; sebab itu berlaku pengundian taktikal (terutamanya di kalangan Melayu) di seluruh negara.

Apabila pasukan analitik saya kembali dari cuti satu minggu hari Khamis ini, kami akan menganalisa keputusan dengan lebih mendalam untuk dibentangkan kepada rakyat bagaimana dan kenapa pengundi membuat pilihan sedemikian dalam PRU14.

KE MANA BERDAGANG SELEPAS INI?

Saya sampai ke tempat yang paling cocok untuk saya sampaikan rasa terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan bersejarah ini.

Saya berharap ramai rakyat Malaysia di luar sana yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lebih kurang 100+ anak-anak muda (kebanyakannya berumur 23 ke 27 tahun); yang mengambil risiko meninggalkan kerja untuk menyertai INVOKE sejak Ogos 2016 untuk menjayakan #ProjekBuangNajib

Amanah saya yang terakhir ialah memastikan ada peralihan yang baik untuk mereka: sekiranya mereka ingin kembali ke sektor industri asal mereka; atau terus berkhidmat di INVOKE untuk membangunkan lagi pengetahuan dan kemahiran yang telah kami bangunkan selama ini.

INVOKE akan beralih fokus kepada usaha-usaha lain yang sesuai dengan niat kami dahulu: untuk memberi ruang dan menggalakkan semangat sukarelawan rakyat Malaysia demi menyuburkan pengupayaan sosial, ekonomi dan politik.

Dengan ini, saya, Rafizi Ramli, Sukarelawan INVOKE #00001 menghantar nota INVOKE PRU14 buat kali terakhir.

Ramalan Keputusan PRU14 Berdasarkan Kajiselidik 11,991 Pengundi Setakat 4 Mei 2018

Laporan penuh:

Download (PDF, 551KB)

Kesimpulan:

  1. PH dijangka menang 111 kerusi di Semenanjung berbanding 54 kerusi kepada BN. Ini bermakna PH boleh membentuk Kerajaan Persekutuan dengan 10 – 15 kerusi tambahan dari Sabah dan Sarawak.
  2. PAS dijangka tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen.
  3. Beberapa menteri kanan dijangka akan tewas dalam PRU14.

21,848 Orang Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Sukarelawan PACA Melalui INVOKE

Sejak 2 minggu lalu, INVOKE telah memberi tugasan PACA (ejen kira undi) kepada 21,848 sukarelawan berdaftar yang menawarkan diri untuk menjadi PACA. Maklum balas ini dihantar melalui:

i) Sistem Pengurusan Sukarelawan INVOKE di https://volunteer.invokemalaysia.org
ii) SMS
iii) Email
iv) Whatsapp

Sukarelawan INVOKE diminta mengesahkan penerimaan tugasan PACA itu melalui sistem untuk membolehkan INVOKE menghantar senarai nama PACA kepada penyelaras PACA di setiap parlimen di seluruh negara.

Setakat 1 Mei 2018, hanya 3,238 sukarelawan yang mengesahkan tugasan PACA melalui sistem dan melayakkan mereka diberi surat kuasa untuk menjadi PACA di kerusi-kerusi yang mereka ditugaskan. Mereka akan dihubungi oleh wakil calon-calon PH dalam masa terdekat untuk urusan surat sumpah dan pendaftaran dengan SPR.

Masih ada 18,610 sukarelawan di seluruh negara yang belum mengesahkan penerimaan tugasan PACA. INVOKE perlu memuktamadkan proses agihan ini supaya surat lantikan dapat dikeluarkan secepat mungkin.

Sila semak SMS anda, email anda, whatsapp anda atau login ke https://volunteer.invokemalaysia.org untuk mengesahkan penerimaan tugasan PACA anda sebelum Sabtu, 5 Mei 2018.

Jika anda tidak mengesahkan penerimaan tugasan PACA sebelum 5 Mei 2018, tidak ada jaminan kami sempat mendaftarkan anda dengan SPR sebagai PACA.

Jika anda mempunyai masalah untuk masuk ke Sistem Pengurusan Sukarelawan INVOKE di https://volunteer.invokemalaysia.org , anda perlu menetapkan kata laluan (password) yang baru dengan login menggunakan emel atau nombor telefon yang anda berikan semasa pendaftaran.

Bertindak sekarang, Malaysia perlukan anda.

BAGI PIHAK INVOKE

Rafizi Ramli

Dapatan Kajiselidik Pengundi Setakat April 2018: Undi Melayu BN Merudum Kepada 18% Sahaja

INVOKE – Monthly Tracking – April 2018

MAKLUMAT AM

 Kajiselidik dijalankan melalui telefon oleh penemuramah (“call agents”) yang bercakap dengan pengundi yang dipilih secara rawak oleh sistem computer.

 Kajiselidik disertai oleh 1,961 pengundi berdaftar yang maklumat mereka telah disahkan sama dengan daftar Pengundi.

 Kajiselidik berjalan di antara 12 April 2018 hingga 23 April 2018.

 Dapatan kajiselidik melalui proses “weightage” untuk memastikan ia mewakili strata pengundi (“stratified”) iaitu mewakili setiap kumpulan pengundi mengikut kaum, umur dan latar belakang.

 Margin of error adalah 2.21%

POLA SOKONGAN PENGUNDI MELAYU

 Undi Melayu BN jatuh merudum dari 41.1% (Disember) kepada hanya 18.1% (April) membayangkan peralihan besar pengundi Melayu.

 Undi Melayu di kalangan pengundi yang telah membuat keputusan di antara BN, PH dan PAS hampir sama.

 50.7% responden memberi jawapan “Tidak pasti” atau “Undi rahsia” yang membayangkan mereka pengundi atas pagar.

POLA SOKONGAN PENGUNDI CINA

 Undi Cina BN jatuh merudum ke paras 9.3% dalam bulan April 2018.

 66.3% pengundi Cina menyatakan mereka “atas pagar” walaupun besar kemungkinan mereka penyokong PH.

 Pola sokongan yang sama ditunjukkan oleh pengundi Cina: tahap sokongan kepada BN jatuh merudum sebanyak 50% dalam tempoh 5 bulan.

POLA SOKONGAN PENGUNDI INDIA

 Sokongan pengundi India kepada BN merudum ke paras 18.7% berbanding sokongan kepada PH (32.9%).

 Ini kali pertama sejak INVOKE menjejaki tahap sokongan pengundi bermula Januari 2017 yang menyaksikan sokongan pengundi India kepada PH lebih tinggi berbanding sokongan kepada BN.

 Angka menunjukkan peralihan undi yang besar kepada PH di kalangan pengundi India berbanding sokongan kepada BN di saat-saat akhir, yang akan membawa kesan besar kepada banyak kerusi-kerusi marginal.

PROFAIL PENGUNDI ATAS PAGAR

 Jumlah pengundi atas pagar meningkat mendadak dua minggu sebelum pilihanraya, membayangkan peralihan pengundi setiap kaum lari dari BN.

 Pecahan pengundi atas pagar mengikut kaum: Melayu (50.7%), Cina (66.3%) dan India (46.9%)

PROFAIL PENGUNDI PAS

 Hanya 32.6% dari pengundi PAS adalah penyokong tegar PAS. Selebihnya, sebanyak 32.1% ada potensi akan mengundi PH dalam senyap.

KESIMPULAN

 Perbezaan sokongan antara BN, PH dan PAS di kalangan pengundi Melayu yang telah buat keputusan adalah tidak besar (sekitar 1% ke 3% sahaja).

 Undi Melayu BN telah jatuh merudum berbanding 6 bulan lalu dan kini berada dalam lingkungan undi Melayu PH.

 Di kalangan pengundi semua kaum, pilihan Perdana Menteri yang paling atas adalah Tun Mahathir/PH (29.9%) mengatasi Dato’ Seri Najib/BN (23.8%).

 Majoriti pengundi (40.5%) yakin kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, berbanding hanya 27.6% yang percaya BN akan kembali berkuasa.

Video pembentangan kajiselidik boleh ditonton di:

Facebook: https://business.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/1893721157329049/
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=0JBLmMQuIzE

 

BAGI PIHAK INVOKE

Rafizi Ramli