Rakyat Rasa Rasuah Tidak Ditangani: Kenapa SPRM Tidak Dakwa Pesalah Dalam Skandal RM1.5 Bilion Bank Pembangunan?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki baru-baru ini dilaporkan berkata kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara yang makin merudum hanyalah persepsi dan bukanlah kedudukan sebenar keadaan rasuah di Malaysia. Saya fikir kenyataan beliau itu adalah untuk mempertahankan rekod beliau yang menyaksikan CPI semakin merosot sejak beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya sejak … Continue reading Rakyat Rasa Rasuah Tidak Ditangani: Kenapa SPRM Tidak Dakwa Pesalah Dalam Skandal RM1.5 Bilion Bank Pembangunan?

Subsidi Bersasar: Kaji Balik Klasifikasi B40 M40 T20

Ekoran kenaikan kos sara hidup dan beban inflasi yang semakin tinggi, pentadbiran UBP (UMNO-BERSATU-PAS) dijangka akan mempercepatkan penyelarasan subsidi untuk mengurangkan peruntukan subsidi kepada rakyat. Kenyataan-kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kebelakangan ini konsisten menyatakan usaha ke arah pendekatan subsidi bersasar (“targeted subsidy”) sedang giat diusahakan. Sementara pendekatan subsidi bersasar secara … Continue reading Subsidi Bersasar: Kaji Balik Klasifikasi B40 M40 T20

Tuntutan Aset Waris Sulu: Laporan Polis Seluruh Negara Terhadap Najib

Minggu lalu, saya telah menunjukkan bahawa masalah yang diwarisi oleh tiga Kerajaan Persekutuan berturut-turut mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu sebenarnya bermula di zaman pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Apabila negara mula mengetahui mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu yang melibatkan aset PETRONAS bernilai sekitar RM9 bilion baru-baru ini, Najib cepat-cepat cuba mengalihkan … Continue reading Tuntutan Aset Waris Sulu: Laporan Polis Seluruh Negara Terhadap Najib

Aset PETRONAS Disita: Tindakan Undang-Undang Bermula Di Zaman Najib

Sejak berita mengenai tindakan waris Kesultanan Sulu menyita aset PETRONAS tersebar, Dato’ Seri Najib Tun Razak bertubi-tubi menyerang kononnya ia berpunca dari kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan. Lebih jahat lagi, beliau mengalihkan pandangan rakyat kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membina persepsi perkauman kononnya pentadbiran Pakatan Harapan melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan … Continue reading Aset PETRONAS Disita: Tindakan Undang-Undang Bermula Di Zaman Najib

TINDAKAN MAYBANK SINGAPURA TARIK BALIK SAMAN NFC MELUKAKAN HATI RAKYAT

Berita melaporkan hari ini bahawa Maybank Singapore Limited, anak syarikat Maybank (milik institusi pelaburan awam) telah menarik balik saman hutang terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah. Saman hutang oleh Maybank Singapore itu bersabit dua pinjaman kondominium mewah di Singapura … Continue reading TINDAKAN MAYBANK SINGAPURA TARIK BALIK SAMAN NFC MELUKAKAN HATI RAKYAT