Najib Bersalah dan Perlu Masuk Penjara: Tahniah Tok Mat

Negara dikejutkan dengan laporan-laporan berita hasil satu wawancara di antara Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan dengan dua wartawan Nick Kochan dan Nile Bowie. Berita yang bertajuk “UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail” atau “Pemimpin No. 2 UMNO berpendapat Najib perlu ke penjara” itu disiarkan oleh laman berita antarabangsa Asia Times. … Continue reading Najib Bersalah dan Perlu Masuk Penjara: Tahniah Tok Mat

MASA UNTUK BEKERJA

Keputusan terkini Pemilihan KEADILAN yang diumumkan semalam, sementara tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan pusat, menimbulkan tanda tanya bagaimana keputusan Ketua Wanita boleh bertukar di saat akhir dengan margin hanya 32 undi (0.09%, mungkin margin paling kecil dalam dunia untuk sebuah parti utama sebuah negara). Saya juga dihubungi oleh pimpinan akar umbi … Continue reading MASA UNTUK BEKERJA

ZAHID TIDAK FAHAM: DARI FORMULALAH DATANG PENYELESAIAN

Pimpinan UMNO kelam-kabut mahu menutup kemaluan apabila idea paling hebat yang datang dari mereka hanyalah untuk menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis bekalan makanan yang menyebabkan harga barang naik melambung. Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan UMNO ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula. Mereka memberi contoh bagaimana kononnya … Continue reading ZAHID TIDAK FAHAM: DARI FORMULALAH DATANG PENYELESAIAN

KELANGSUNGAN MAKANAN: LAKSANA STOK PENIMBAL (“STOCKPILE”) DAN GABUNG KEMENTERIAN

Kebimbangan mengenai kelangsungan makanan (“food security”) bukanlah perkara baru. Dunia pernah melalui krisis inflasi dan kekurangan bekalan makanan yang mendadak akibat peperangan dan konflik geopolitik dekad 1970an dahulu. Ketika itu, harga minyak mentah naik mendadak akibat sekatan bekalan oleh OPEC (kumpulan negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia) sebagai reaksi kepada Perang Arab-Israel yang tercetus. Konflik … Continue reading KELANGSUNGAN MAKANAN: LAKSANA STOK PENIMBAL (“STOCKPILE”) DAN GABUNG KEMENTERIAN

DIA YANG HAPUS SUBSIDI, DIA YANG NAK JADI JUARA SUBSIDI

Malaysia memang negara yang berbakat. Hampir semua bakat yang rakyat kita ada menambah seri kepada negara kita. Tapi ada satu bakat yang buat kita tidak kering gusi. Bakat unik ini lebih lucu dari bakat pelawak agung. Bakat ini selalunya ada di kalangan pak dan mak menteri. Dari semua pak dan mak menteri yang ada, yang … Continue reading DIA YANG HAPUS SUBSIDI, DIA YANG NAK JADI JUARA SUBSIDI