Seperti yang dilaporkan oleh media, saya telah bersetuju menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN bagi pemilihan parti yang akan berlangsung September ke Oktober ini.
Saya tahu itu satu beban yang berat kerana saya bukanlah berjawatan kerajaan atau berduit. Kalah atau menang bukanlah perkiraan yang besar bagi saya, namun amanah untuk mempertahankan idealisme reformasi yang melahirkan KEADILAN perlulah digalas oleh seseorang.
Saya bukanlah yang terbaik dari kalangan pimpinan yang ada. Ada lagi pemimpin yang lebih tua, ada juga yang lebih hebat, ada juga yang lebih tertib, ada juga yang lebih rajin.
Cuma kali ini, amanah membawa gagasan reformasi setelah KEADILAN berjaya membentuk kerajaan dengan rakan PH yang lain, adalah beban saya yang perlu saya pikul.
Saya hanya bergantung kepada sokongan rakan-rakan akar umbi parti yang hidup mereka tidaklah berubah sebelum dan selepas PRU14, kerana saya juga seperti mereka: hanya seorang penggiat reformasi yang mahu kekal dengan idealisme yang menjerumuskan kita ke kancah politik 20 tahun lalu.
In Sha Allah dalam minggu-minggu mendatang, saya akan turun berjumpa seberapa ramai aktivis akar umbi KEADILAN di seluruh negara. Saya sudi mendengar, sudi ditegur, sudi meminta maaf dan sudi mencadangkan bagaimana kita mahu membina parti reformasi yang kekal pada idealismenya dan menyanjung aktivis di bawah lebih tinggi dari tunduk kepada jawatan di atas.
Kempen saya bermula secara tidak rasmi hari Ahad ini (29 Julai 2018) jam 230 petang di Hotel De Palma, Ampang. In Sha Allah saya akan memperkenalkan sahabat-sahabat pimpinan yang sudi memikul beban ini bersama-sama saya.
Saya jemput seberapa ramai keluarga besar KEADILAN dari seluruh negara untuk datang ke majlis yang tidak seberapa ini, untuk memperkukuhkan setiakawan, memperbaharui idealisme dan merayakan sumbangan #Reformasi20Tahun memenangkan PH dalam PRU lalu.
Mohon sebarkan kepada seberapa ramai sahabat-sahabat, jumpa di Hotel De Palma, Ampang pada hari Ahad ini.
Rafizi Ramli
#Reformasi20Tahun
Semangat kesetiakawan dan reformasi perlu ada. Perlu diingat kita adalah sekapal dan sehaluan, perlukan kasih sayang dalam pertandingan, tiada yg salah cuma pastikan proses itu tidak menyebabkan kita kecewa anda kalah dan takbur andainya menang. Sebab amanah, ingat.
Pemilihan 2018 parti keadilan rakyat kepimpinan utama dan cabang kita akan nobatkan kepada yang betul2 berjuang untuk parti bukan agenda sendiri, pimpinan sekarang yang dh berkuasa menjadi rakus dan pentingkan diri hingga terjadi kembali kronisime yg kita perjuangkan selama ini..dan kejadian cantas mencantas sesama sendiri..harap DSAI dapat perbetulkan keadaan ini secepat mungkin sekiranya line up Reformis di beri mandat.
InsyaAllah saya akan hadir untuk perjumpaan ini untuk memberikan sokongan padu kepada team Reformasi 20 tahun..lawan atas dasar perjuangan kebenaran matlamat asal parti bukan kemarok kuasa.
Keep the desire alive by giving yr best twds idealism, integrity, sincere & patience in whtever endeavor. Notwithstanding all tht, you must be focus & stay alert. Don’t be arrogant wth wht you had achieved & be normal. I’ll support yr fight for so long tht you are truthful. Bravo.
Go For it…..let it be a healthy fight….wish PKR well always…