Kontrak Asrama KUIS: Bukti Penyelewengan Umno Punca Yuran Pengajian Tinggi, Beban Pelajar

Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.

Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.

Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS. Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.

RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikatdi Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)

RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato’ Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.

(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007 yang dilampirkan)

Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.

(Sila lihat Laporan Tahunan 2006 BPHB, muka surat 15 yang dilampirkan)

Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun. Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah “atas angin” dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.

(Sila rujuk Penyata Pendapatan MAIS dari Laporan Tahun 2010, “Kos Jualan: Sewa Asrama” berjumlah RM15.4 juta setahun yang dilampirkan)

Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.

Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.

Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma.

Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

2 MEI 2012

23 thoughts on “Kontrak Asrama KUIS: Bukti Penyelewengan Umno Punca Yuran Pengajian Tinggi, Beban Pelajar”

  1. yup..memg yuran utk asrama di KUIS yg dikenali sbgi BOT terlalu…ikt gred plak tue…berbndg dgn asrama lama sblm asrama br tsbt dibuat…memg sgt membebankn pljr..ttp tdk ade plhn lain n strsnye dgn skp pngrsn kuis yg memaksa pljr tggl di asrama semata2 utk mndptkn byrn yuran asrama t’sbt…b’bndg sblmnye pljr dbnrkn dan diberi plhn sama ada tggl di asrama kuis or tggl diluar menyewa rumah.

  2. Patutla yuran susah nk turun…kp staf2 RRSB yg terlibat..anda sesekali tdk akan mndpt gaji yg halal krn telah mnjadi sekutu kpd kerajaan UMNO serta yg telh membebankan pelajar KUIS..bersiap sedialah…jumpa d akhirat…

  3. En Rafizi…saya salah seorang pelajar kUIS semester 3 dan hampir memasuki semester 4….apakah resolusi ataupun jalan penyelesaian tuan rafizi terhadap masalaht ini….bagi saya…tuan rafizi berikan idea how to make or how to solve this problem…cadangan saya….kepada semua pelajar yang belajar di KUIS yg tiada tajaan mana2 biasiswa dan pinjaman pendidikan `dibebaskan` dari menyewa asrama tersebut…kedua,berikan keringanan kepada pelaajar ini yang tiada tajaan supaya membayar yuran dengan kaedah hutang,,,jika mekanisme ini tidak boleh…apakah saya menganggap KUIS gelojoh dalam wang…..berikan response anda..secara terbuka dan datang ke kusi n dengar pemasalahn ataupun maslahat yang menimpa kami….

  4. assalamualaikum
    terima kasih atas info..
    baru sekarang sy tahu kenapa yuran asrama makin naik..
    benda ni dah dijangka..
    kami sebagai pelajar tak boleh elak dari situasi ni..
    nak tak nak kena tanggung jugak.. memang membebankan..

    1. tol ar..Sama cm UNISEL… Tiap2 Sem ade issue nk naik kan yuran asrama… padahal yuran asrama da ckp mahal…

  5. kalau PR bleh jnji utk hapus konsesi tol dan semak prjanjian, why not KUIS punye konsesi yg berat sbelah ni?

  6. bagus report ni. tolong juga buat analisis untuk bot hostel unisel selama 20 tahun sebanyak 900 ribu sebulan dan kontrak potong rumput dan penyelenggaraan selama 10 tahun dengan bayaran 482 ribu sebulan.

  7. Anak saya dua orang dipaksa duduk asrama walaupun tinggal berdekatan dengan kos sehari lebihkurang RM10 seorang

  8. Salam rafizi,

    Terima kasih kerana mendedahkan satu lagi penyelewengan umno. Cuma saya nak tanya, adakah kerana ini kerajaan selangor tidak mahu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat? Ini merupakan langkah yg tidak bertanggungjawab dengan hanya menuding kepada umno. Kalau PKR benar2 ikhlas, takkan 50 juta daripada beratus juta pendapatan kerajaan negeri selangor xdapat diketepikan untuk kepentingan rakyat? Lagi satu persoalan, adakah sewa asrama yg dikenakan pada pelajar sebanyak RM 220 sebulan dikira membebankan? boleh saudara rafizi terangkan 6 juta itu dibandingkan dengan asrama di mana?

    1. salam..saudara…maaf la klu ape yg sy ckp nie saudara terasa…cme sy nk tau asrama mane yg kosnye rm220???sewe di kuis pling mrh pun rm750 & pling mhl rm 1ooo lbh…klu stkt rm220…sy xrse pljr kuis akn merungut

  9. Saudara, saya rasa lebih baik saudara kaji dulu masalah KUIS dgn bertanya kepada org yg tahu dan buat sedikit perkiraan. Kalau perlu bertanya dgn Dr Khir Toyo…

    Saya baca tulisan saudara diatas, agak ragu dan tak tepat serta mengelirukan….

    Kos sewa asrama yg dibayar setahun berjumlah 15 juta…kalau ada 6,000 pelajar bermakna setahun setiap pelajar bayar 2,500. Saya, rasa pelajar bayar lebih dari 2,500. Ini bermakna, KUIS dah untung. Contoh: kalau setiap pelajar bayar kos asrama 3000 setahun, kalau 6,000 pelajar bermakna KUIS mengutip sebanyak RM 18 juta. Tapi KUIS bayar kepada RRSB sebanyak 15 juta shj. Ini bermakna, KUIS dah untung 3 juta…

    saya tak pasti berapa yuran sewa asrama setahun yg perlu dibayar oleh setiap pelajar.. dulu semasa saya belajar di UM tahun 1986, sewa asrama pun dah 1,200 satu semester atau 2,400 setahun. Sekarang , mesti jauh lebih tinggi.

  10. kalau pinjam bank 125 juta..bayar balik 33 tahun bermakna, jumlah kena bayar sebenarnya ialah hampir 250 juta kalau interest 3%. Kalau interest 4 % jumlahnya ialah 290 juta.

    Biasanya kalau pinjam byk tu untuk tempoh yg lama dah tentu interest atau kadar keuntungan tinggi. Mungin sampai 8%. Kalau 8%, jumlah kena bayar ialah 455 juta. So, saya rasa kalau bayar 15 juta setahun kepada RRSB selama 33 thn memang berpatutan.

    Itu kalau kita kira 8%, tapi kalau lebih 8% dah tentu lebih byk dan dah tentu lebih dari 500 juta. 15 juta setahun untuk 33 tahun, saya rasa berpatutan…apa yg penyelewengan dan rasuah???

    1. Persoalannya kenapa konsesi ini membebankan pelajar? saudara Rafizi kata, kos sepatutnya lebih rendah dan seterusnya, harga konsesi patut lebih rendah. Kalau 15 juta setahun, modal 97 juta; bermakna dividen 15% setahun..wow!!!
      Why not make it lower dividen to help the students?

  11. Salam,

    Tuan Rafizi, mungkin di sini saya hanya ingin perbetulkan satu kenyataan tuan yang sememangnya tidak tepat berkenaan dengan status KUIS sebagai sebuah Inst. Pend. milik kerajaan negeri.

    “Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)”

    Untuk makluman pihak tuan, KUIS adalah sebuah anak syarikat yang tertakluk dibawah Majlis Agama Islam Selangor dan ini telah diperakui sendiri oleh Penasihat Undang-undang KUIS. Jadi kami mohon, sebarang kenyataan daripada pihak tuan haruslah dilihat dulu akan kesahihanya.

  12. “Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk *membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS”

    Saudara Rafizi,

    Terima kasih dengan PENDEDAHAN ini,

    Diharap lebih ramai FAHAM dengan KRISIS yg dihadapi KUIS kini.

    Saya dapat rasakan Kerajaan Negeri pasti sedang memikirkan JALAN PENYELESAIAN TERBAIK melalui pendekatan yang BERHATI-HATI demi kebaikan SEMUA PIHAK.

    Sekian

  13. Kami sebagai ex-student KUIS tau prasaan nye mcm mane slme 3 tahub..dah la diwajibkan duduk bilik y mahal..GILA ape!haha..sape y xtau ape2..sila senyap sudah..jgn nak poyo2 wat calculation..sedangkan korang xtau pon mane pergi sume duit tu..calculate mcm mane skalipon..Plus, Rafizi just amik beberapa maklumat y tepat..xde makne die perlu reply korang pnye comment tu..Peace Ramadhan! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.