TENDER PEROLEHAN MERIAM 155MM SELF-PROPELLED HOWITZER (SPH) KEPADA SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, IKMAL HISYAM ABDUL AZIZ

Sebelum ini, saya telah mendedahkan bagaimana Kementerian Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad bagi kontrak perolehan meriam 155MM self-propelled Howitzer (SPH) dan mengarahkan supaya perolehan ini diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang berusia kurang dari tiga tahun pada jumlah tender sebanyak RM854,345,900.

Saya juga telah menyebut sebelum ini bahawa syarikat ini ada hubung kait dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri, iaitu Ikmal Hisyam Abdul Aziz, calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Tanah Merah.

Untuk membawa kembali perhatian orang ramai kepada perkara ini, saya sertakan dokumen-dokumen yang mengesahkan bahawa tender ini telah diarahkan untuk diberikan secara rundingan terus:

SURAT MENOLAK PERMOHONAN TENDER TERHAD DAN ARAHAN RUNDINGAN TERUS DIBERIKAN

Text, letter

Description automatically generated
Text, letter

Description automatically generated

SURAT NIAT (LETTER OF INTENT) KEPADA MA ANALYTICS SDN BHD BERTARIKH 25 JULAI 2022

Text, letter

Description automatically generated
Text

Description automatically generated

SURAT SOKONGAN PERDANA MENTERI AGAR PEROLEHAN INI DIBERIKAN KEPADA MA ANALYTICS SDN BHD

A picture containing text, document

Description automatically generated

Perkara ini tidak dinafikan dengan bukti yang kukuh oleh Ikmal Hisyam Abdul Aziz. Kementerian Pertahanan pula hanyalah menyebut bahawa tender ini belum dimuktamadkan tetapi tidak menafikan bahawa Surat Niat sebenarnya telah dikeluarkan kepada MA Analytics.

Hari ini, saya ingin mengemukakan bukti bahawa MA Analytics Sdn Bhd adalah syarikat yang berkait rapat dengan Ikmal Hisyam Abdul Aziz melalui anak (Ikmal Hazlan Ikmal Hisyam) dan isteri (Norihan Ayob).

Saya juga telah mengesahkan melalui laman Facebook Norihan Ayob bahawa penama adalah isteri kepada Ikmal Hisyam Abdul Aziz, seperti petikan skrin di bawah:

Graphical user interface, application

Description automatically generated
Graphical user interface

Description automatically generated with medium confidence

Kaitan di antara MA Analytics Sdn Bhd dengan anak dan isteri Ikmal Hisyam Abdul Aziz adalah melalui syarikat-syarikat seperti berikut:

  • MA Analytics Sdn Bhd dimiliki secara bersama oleh Nadzrin Azrai bin Ruslan (50% saham) dan Abdul Karim bin Hamzah (50%)
Table

Description automatically generated
  • Abdul Karim bin Hamzah adalah rakan kongsi kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dalam sebuah syarikat bernama Ilhamin Trading Sdn Bhd
Table

Description automatically generated
  • Seorang lagi rakan kongsi kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham iaitu Ahmad Azmi Noordin adalah rakan kongsi kepada isteri Ikmal Hisham iaitu Norihan Ayob dalam syarikat Seyakin Holdings Sdn Bhd
Table

Description automatically generated with medium confidence
  • Seorang lagi rakan kongsi kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham iaitu Mohamed Nazari Noordin ada saham di dalam syarikat anaknya (Mohamed Ridzwan Mohamed Nazari) iaitu Hikmat Abadi Sdn Bhd 
Table

Description automatically generated with medium confidence
  • Syarikat ini (Hikmat Abadi Sdn Bhd) mempunya alamat yang sama dengan MA Analytics Sdn Bhd iaitu Suite 31-09, Q Sentral.
Graphical user interface, application, table

Description automatically generated with medium confidence

Saya percaya bukti-bukti ini cukup untuk menunjukkan bahawa MA Analytics Sdn Bhd, syarikat setahun jagung yang diberikan Surat Niat untuk membekalkan meriam SPH kepada Angkatan Tentera Malaysia adalah berkait dengan Ikmal Hisham Abdul Aziz melalui anak dan isterinya.

Pendedahan saya hari ini membuktikan bahawa bukan sahaja projek LCS telah mengalami masalah, projek persenjataan yang lain seperti meriam SPH juga telah diberikan (melalui Surat Niat) kepada syarikat yang berkaitan dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri.

Perkara ini tidak ubah seperti apa yang pernah berlaku semasa projek LCS dahulu apabila syarikat Alizes Marine Ltd dan Mega P Asia Sdn Bhd yang berkait dengan Latiff Ahmad, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mendapat tender-tender perbekalan projek LCS.

Kedua-dua Latiff Ahmad dan Ikmal Hisham Abdul Aziz adalah pemimpin kanan Perikatan Nasional.

Sudah sampai masanya Muhyddin Yassin berhenti mendabik dada kononnya Perikatan Nasional adalah gabungan yang bersih.

RAFIZI RAMLI

One thought on “TENDER PEROLEHAN MERIAM 155MM SELF-PROPELLED HOWITZER (SPH) KEPADA SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, IKMAL HISYAM ABDUL AZIZ”

  1. Saudara Rafizi Ramli, just wondering if we buy space in the main stream newspaper or website and publish all the unfolding story? More rakyat will be able to read. Will that be possible? You set that precedent so that it will instil fear and shame to anybody who is thinking to do the same….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.