KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1999.
KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.
Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:
PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN
Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.
Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.
KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA
Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.
Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.
Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.
KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD
Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.
Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.
Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.
Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.
Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.
Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI
YB NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI
WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PERDAGANGAN KEADILAN
19 DISEMBER 2011
Salam Rafizi.
Pernah atau tidak anda berfikir secara rasional, menagapa baru sekarang anwar memberitahu dan membuka cerita tentang kes pinjaman wang dari IMF ini? Walaupun setelah 12 tahun berlalu? Tun Mahathir pemimpin yang berkaliber dan beliau kini bukan lagi ahli politik. Mengapa hendak memberi cerita palsu terhadap beliau? desperate pathetic PKR. buat malu je.
Sdr,Perbezaan antara orang yang talrelu banyak dan pandai bercakap dengan mereka yang bercakap berdasarkan pengalaman dan ilmu.Orang bercakap berdasarkan ilmu dan pengalaman adalah lebih besar makna berbanding yang hanya sekadar pandai dan bercakap berapi-api.Itulah bezanya antara percakapan orang berilmu dan mengamalkan ilmunya; orang yang berilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmunya; dan orang yang tidak berilmu.Orang berilmu dan mengamalkan ilmu apabila dia bercakap dia sebenarnya mengingatkan dirinya (muhasabah diri), cara bercakap berhemah, suaranya dijaga, sopan santunnya terpelihara dan susun katanya tidak mengguris sesiapa. Tetapi tegurannya amat dirasa. Orang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu serta tidak ada pengalaman, hanya bercakap berdasarkan teori dan apa yang dibelajar, tetapi tidak semestinya betul. Kadang kala nampak pandai bercakap, tetapi tidak praktikal,kadang kala tersasar dari nilai sopan santun, menunjukkan kebongkakkan dan kesombongan.Samalah seperti orang yang tidak berilmu dan tidak mengamalkan ilmunya bercakap, tidak berisi dan tidak pun boleh dipercayai, tiada santunnya, tidak berhemah, beremosi dan tidak langsung cuba menjaga perasaan dan hati orang lain.Itulah antara kategori yang perlu kita perhati. Bagi orang muda yang berdebat ini sama ada Khairy atau Rafizi, cubalah kita nilai sendiri mereka dikategori yang mana.
Muhammad Afiq Bin Abdullah – then penah fikir kenape permohonan nak dibuat selepas anwar dipenjare?
Good job Raf!
ASSALAMMUALAIKUM kepada saudara rafizi,saye ingin bertanya siapakah saudara ini,layakkah saye memberi salam kepada sedara,kerana nampaknya saudara ingin mengejar glamour dengan cuba membusukkan name org lain yg pelik nya semuanya org yg beragama ISLAM,adakah saudara ni agent yahudi or tergolong dalam golongan kaum2 munafiz?
Sembang je la… tak tau isu nak komen jugak ke…
Adehh awk Ni..
Pendedahan utk kebaikan masyarakat.
ASSALAMMUALAIKUM kepada saudara rafizi,saye ingin bertanya siapakah saudara ini,layakkah saye memberi salam kepada sedara,kerana nampaknya saudara ingin mengejar glamour dengan cuba membusukkan name org lain yg pelik nya semuanya org yg beragama ISLAM,adakah saudara ni agent yahudi or tergolong dalam golongan kaum2 munafiq?
mungkin laaaa kot,semua serangan dia keatas bangsa melayu yg beragama islam,dia ni mungkin kapir laknatullah kot
biasa laaaa ini semua golongan org2 manafizq memang la perangai camne menipu je
jgn tuduh sesape pun kafir, nnt bimbang kafir tuh terkena pd diri anda
saya ahli PAS, dan saya tidak akan sesekali menuduh PM Najib tuh kafir…
Syucream, tahukah anda implikasi pinjaman wang dpd World Bank/IMF? Kalau tak tahu, tak usha komen. TDM dulu salahkan DSAI kerana kununnya mengikuti preskipsi IMF semasa menangani krisi kewangan 1997; padahal dia sendiri sebagai Men Kewangan buat deal dengan IMF/World Bank. Saya cadang Syucream baca buku “Globalization of Poverty and The New World Order” untuk memahami fungsi IMF/World Bank. Ada di jual di Saba Islamic Media.
salam, encik rafizi saya bukanlah ahli ekonomi mahupun politik, tapi sila jawab penjelasan tun faisal dalam blog nya : http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/pinjaman-bank-dunia-penjelasan-dalam.html
as a layman apa yg saya nampak encik rafizi lah yang cuba memutarbelitkan fakta dengan TIDAK mengetengahkan atau memperjelaskan ISU yang sebenarnya.
encik rafizi cuba mengatakan yg TunM berbohong bila dia mengatakan yang dia tidak memohon pinjaman WB pada tahun 1999.
tetapi dari apa yang saya faham, dari penjelasan tunM, dia tidak memohon pinjaman IMF (atau WB) SEBAGAI solution menghadapi krisis ekonomi…
jadi apa point encik rafizi sebenarnya? are u saying that TunM actually agree (and has applied) to take loan from WB as a SOLUTION for the economic crises, and to bail out the country from the crisis?
your statement and accusation is baseless.
Apa la sangat USD 60million, around RM200juta je.
buat satu project UNISEL pun 400juta.
pinjam USD 60juta, bukan 1billion !
USD 60juta tak buat banyak beza sangat la. utk satu project, habis dah.
negara lain sampai berbillion.
apaa daaaa, buat unnecessary panic.
Korang ni bodoh tak boleh fikir ke?
Anyway, KLIA and the Twin Tower are here in Malaysia.
At least, people know who we are.
Increasing the tourism arena.
Without these two big projects..who are we in Asia?
No ones know..trust me..I’d been in oversea for several years.
But..why all Malaysian is blaming each other..WHY?
Where is Satu Malaysia?
Where is Bahasa Jiwa Bangsa?
Where is KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN..
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA..
WHERE IS KELUHURAN PERLEMBAGAAN AND
WHERE IS KEDAULATAN UNDANG-UNDANG AND OF COURSE
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Yes, I know. I don’t know much about this politics issue.
But please Malaysian. Grow up..
Kondem sini..kondem sana…apakah hasilnya?
Apa kata semua bekerjasama utk memajukan negara untuk masa hadapan.
Kalau betul apa yg diperkatakan..apa yg boleh diubah?
Melayu, Cina dan India mempunyai fungsi yang tersendiri utk memajukan negara.
So, peace guys.
Saya betul2 tak tahu apa yg harus ditulis lagi.
Harap2 nukilan saya di sini tidak menyebabkan kekecohan.
Saya betul-betul kecewa dengan semua pihak.
-drpd diriku yg kerdil