Kes Dato’ Seri Sharizat Jalil-NFC Dan Dakwaan Terhadap Azmin Ali: Keputusan SPRM Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya

Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali.

Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Saudara Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.

Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:

KES SAUDARA AZMIN ALI

1. Dato’ Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Saudara Azmin Ali dalam tahun 1995;

2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Saudara Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;

3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya “The Shafee Yahaya Story” mukasurat 306, 326 dan 356.

KES NFC-DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL

1. Dato’ Seri Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;

2. Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;

3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;

4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Dato’ Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Dato’ Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak).

Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Saudara Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Dato’ Seri Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.

Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.

Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?

Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.

Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.

Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM:

Jika Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Dato’ Seri Najib Tun Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

31 MEI 2012

7 thoughts on “Kes Dato’ Seri Sharizat Jalil-NFC Dan Dakwaan Terhadap Azmin Ali: Keputusan SPRM Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya”

  1. malaysia wajar dimasukkan di seven wonders of the world. sistem kehakimannya nombor wahid, sprm lebih hebat lagi. kes-kes pun ada yang terpilih. kes kecil penjara bertahun-tahun, kes besar penjara 12 bulan. syabas malaysia

  2. Salam Saudara Rafizi,

    Saya kagum dengan kepimpinan dan cara berfikir saudara. Melalui perdebatan saudara dgn KJ, saya lihat banyak idea yang dikongsi adalah bertujuan untuk membantu rakyat.

    Namun demikian, saya sedikit terpanggil dengan isu Azmin Ali dan DSAI yang disebut oleh RPK minggu ini..Apabila melihat bukti2 yang dikemukakan oleh RPK, budak2 sekolah pun boleh menilai bahawa kekayaan yang diperolehi oleh saudara Azmin adalah tidak logik kalau mengikut gaji yang diperolehinya sewaktu itu..Apatah lagi isteri beliau yang merupakan suri rumah namun mempunyai pegangan saham yang bernilai jutaan ringgit. There is a sense of ‘foul play’. Saudara Rafizi sebagai seorang intelektual yang mendapat tajaan Petronas dan belajar di UK pasti sedar juga situasi ini.

    Di sini, saya hanya mencadangkan saudara Rafizi menjarakkan diri dari isu seperti ini..Apabila segala perkara pun kita mahu deny termasuk kes Azmin Ali dan DSAI, itu hanya akan merugikan diri kita sendiri. Sekiranya saudara pun bertindak demikian asal nak menang, maka tiada bezanya saudara dengan pemimpin2 UMNO yang saudara kecam dari hari ke hari.

    Teruskan niat ikhlas saudara untuk berjuang demi rakyat..tapi tinggalkanlah DSAI dan Azmin Ali..mereka ini hanya merupakan liabiliti kepada PKR. Kadang2 saya terfikir, bagaimana seorang yang brilliant seperti saudara boleh tertipu dengan orang seperti mereka berdua ni..

    1. umno dan pkr sama sajer…..bila dah berkuasa, semua untuk kepentingan peribadi……..esok korang menjawab laa dalam kubur

      1. Setuju 100% John. Bila dah jadi ‘political animal’, semua benda dipolitikkan.

        Betul atau salah, dosa dan pahala tolak tepi demi mencapai matlamat ala Machiavelli.

        Rakyat Malaysia memang memerhati dengan penuh teliti.

        Credit where credit is due, tapi PRU yang akan datang ini memang memilih ‘the lesser of two evils’..

  3. to John Labu:

    apa yg sama? ada rasuah?bela lembu di kondo?ada kilang arak san miguel?ada rambut mcm rosmah?ada baling telur busuk?

    Kah kah kah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.