Najib Belanja RM3.3 juta Membeli Belah Guna Duit Pencen Rakyat

Beberapa tahun lalu, saya tampil mendedahkan bagaimana Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Najib Razak membelanjakan sejumlah RM3.28 juta membeli barang kemas mewah di gedung De Grisogono.

Pembelian itu dibuat menggunakan kad kredit peribadinya, yang kemudian dibayar menggunakan wang rakyat dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Beberapa tahun sebelum itu, jaguh penyatuan ummah Umno-PAS itu telah meluluskan rompakan wang rakyat dari tabung pencen kepada anak syarikat 1MDB yang menjadi tabung peribadinya.

Semua ini saya dedahkan secara bersiri sejak tahun 2014.

Pendedahan saya mengenai keborosan Najib membeli belah barang kemas mewah di De Grisogono itu disiarkan pada 3 Mei 2017, seperti di bawah:

SPRM Perlu Sahkan Senarai Penerima Dana SRC Yang Masuk Dari Akaun Peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

Minggu ini, maklumat secara terperinci yang saya dedahkan dua tahun lalu kini menjadi bahan bukti rasmi di mahkamah.

Selama bertahun-tahun, penyokong Umno menjadi kuda tunggangan Najib dengan menjerit fitnah setiap kali bukti penyelewengan dibentangkan.

Kata mereka, semua ini direka oleh Rafizi untuk memfitnah Najib.

Mereka tidak kisah yang Najib tidak saman saya atas pendedahan-pendedahan ini.

Mereka hanya tahu menjerit fitnah.

Kata mereka, kalau ada bukti, bentangkanlah di mahkamah.

Kini, semua bukti dibentangkan satu persatu di mahkamah. Tepat seperti yang pernah saya dedahkan selama ini.

Tapi saya tahu penyokong bawahan Umno akan terus menjadi kuda tunggangan Najib dan akan terus menjerit fitnah, walaupun bukti itu terbentang di depan mata.

Malah, Najib sekarang ada lebih banyak kuda yang boleh ditunggangnya untuk menutup kes jenayah penyelewengan yang dihadapinya.

Tidak cukup dengan kuda-kuda dari Umno, dia sekarang juga berjaya menggunakan kuda-kuda dari PAS untuk menjerit fitnah setiap kali bukti penyelewengannya dikemukakan.

Maka selepas ini bertempiklah kuda-kuda penyatuan ummah PASU (PAS dan UMNO) menjerit fitnah, walaupun satu persatu bukti terus dibentangkan.

Mereka yakin kerana kononnya orang Melayu paling ramai, dengan memainkan api perkauman, mereka akan dapat undi Melayu dan akan menjadi kerajaan balik, yang seterusnya memberi nyawa kepada Najib.

Kira-kira politik itu ada logiknya, tetapi tidak semestinya tepat.

Benar orang Melayu adalah pengundi paling ramai.

Tetapi bukan semua orang Melayu adalah kuda yang boleh ditunggang oleh seorang bekas Perdana Menteri yang mahu menyembunyikan jenayahnya dengan menghasut api perkauman.

In Sha Allah, akan ada cukup orang Melayu yang memahami bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan watak Najib yang sebenarnya.

Biarlah kuda-kuda PASU terus menjerit fitnah.

Semoga mata dan hati kita tidak ditutup dari melihat kebenaran.

– Rafizi Ramli

2 thoughts on “Najib Belanja RM3.3 juta Membeli Belah Guna Duit Pencen Rakyat”

  1. Saya harap majoriti rakyat Malaysia mengamalkan fikiran, kelakuan dan pilihan – berdasarkan Kebenaran, Bukti dan Kewarasan.

    Terimakasih En. Rafizi krn perjuangan kamu yang berdasarkan prinsip-prinsip tersebut.

    Tetapi, sebaliknya, saya melihat semakin ramaiyang men gamal Kan politik – yang berdasarkan penipuan-ramai(mass-deception) . Mereka menyamar sebagai pejuang kaum dan ugama; dan kalau mereka berkuasa….negara Malaysia akan dibinasakan dari segi kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

    Apa yang indah(sebuah negara berbilang kaum yang berjaya maju dan telah mencapai banyak kejayaan)….akan hancur.

    Malaysia memerlukan lebih ramai pejuang Kebenaran.

  2. What the hack you Jib…..you spend rakyat’s money and yet you got the guts to tell the world you dont know where the monies came from…..same on you

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.