Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC Yang Dipengerusikan Tun Mahathir

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country’s equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  1. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
  2. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
  3. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

 

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011



[1] Melalui penulisan di blog beliau bertarikh 20 Disember 2011

7 thoughts on “Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC Yang Dipengerusikan Tun Mahathir”

  1. ko ni pandai buat cite lak….yg ko tu gay apa kes??cube ko lak bersumpah junjung Al-Quran????Dh masa 1991-1998 Anwar Menteri Kewangan lagi ko nk kecoh.Anwar yg xreti nk pentadbir kewangan negara pastu pandai2 nk buat pinjaman kat Bank Dunia.of course la Tun terus pecat Anwar.ambil ni ko pegi baca http://www.anwaraidc.com/?p=971.ni aku bagi sekali petikan:Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan didalam blognya(chetdet.co.cc), ”ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada tahun 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana “ubat” IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi negara, jauh sebelum dia ditangkap”

    Menurut sejarah, Anwar dilantik menteri kewangan pada tahun 1991 untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin.

    Pada tahun 1993, Bank Negara dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran matawang asing. Ketika itu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen menyelar Anwar sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.

    Krisis ekonomi yang paling teruk yang gagal ditangani oleh Anwar adalah pada tahun 1997, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi akibat serangan spekulator matawang. Ekonomi Malaysia mengalami defisit matawang lebih dari 6 persen dari GDP.

    Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri menamakan George Soros sebagai ‘penyangak matawang’ yang merundumkan ekonomi Malaysia.

    Seperti yang diperkatakan oleh Dr Mahathir sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema “IMF tanpa IMF”.

    Anwar telah dilantik sebagai “Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank” semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank yang diadakan di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini

    Anwar dilantik oleh kawan baiknya, Michel Camdessus yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IMF.

    Menurut Dr Mahathir kaedah Anwar mengikut telunjuk IMF untuk mengatasi kemelestan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 bakal merosakkan negara. Ekoran daripada itu Dr Mahathir melantik semula bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang “dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berhubung perkara-perkara pembangunan ekonomi”.

    Pelantikan Tun Daim sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Pengerusi MTEN yang menguruskan ekonomi Malaysia pada 24 Jun 1998 sebagai mengambilalih kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

    Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam artikelnya bertajuk “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” mendedahkan serangan spekulator, George Soros yang merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah konspirasi di antara Soros dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

    “Pada mulanya, Dr. Mahathir membenarkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk melaksanakan kaedah peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF’ “, kata Billington.

    “Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia, melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoks itu, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar dan memecat Anwar Ibrahim”, katanya lagi.

    Michel Camdessus, Pengarah Urusan IMF menyelar langkah Malaysia yang dianggar mundur terkebelakang kerana menolak bantuan IMF dan memperkenalkan langkah mengikat ringgit dengan dolar Amerika pada kadar RM3.80.

    Namun setelah Camdessus digugurkan dari IMF dengan diganti oleh Pengarah Urusan baru, Dr. Horst Koehler, beliau memuji langkah yang pernah diperkenalkan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997.

    Koehler yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 berkata: “Mahathir betul… prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.”

    JANGAN KO BUANG KOMEN AKU LAK. BIAR SEMUA TAU YG KO TU SEBENARNYA KAKI PENIPU

  2. Bro Rafizi,
    Alamak bro,lu sudah kena tibai la bro…
    Nak menipu agak2 lar.Fakta nih patut usia cam ko ngan aku yg duduk zaman Mahathir patut tau.
    Ooo..lupa lu belajar obersea…

    Lawak la ko nih.

  3. Dengan pengakuan Tun Mahathir daripada penafiannya mengenai pinjaman dari Bank Dunia tersebut sudah cukup jelas membuktikan bahawa beliau telah tidak berlaku jujur.
    Aduhai, sudah mengaku salah pun masih nak salahkan orang lain. Bukankah itu sudah menambah pandangan yang buruk lagi terhadap orang? Bagaimana orang nak percaya lagi selepas ini?
    aduhai BN UMNO. Makin banyak perkara dibongkar, makin gelabah mereka, makin kuat menyalahkan orang lain pula. Sudah2 lah. Suatu hari nanti, yang benar pasti di atas.

  4. Wei mangkok hayun….rugi jer blajar sampai England…betul Dan salah pun dah tak kenall…during that period mr jambu..u were still studying ur undergrads and what the fcuk r u commenting bout the economy…anwar bahlol…during that period, he curb domestic spending that will stall the economy…in any market..it’s a retail market that generate the countries economy…or else..kaboom mr jambu! Seee..geramnyer aku dgn ko..

    Why no reply from you at all on most of the posting? Sibuk toot toot kerr

  5. Bro.. sabar jelah semua mangkuk2 tandas UMNO di atas dah panas dengan kenyataan ko.. hahaha.. Yang pasti jangan Hipokrit!! Mahathir HIPOKRIT menuduh anwar berurusan dengan Yahudi sedangkan Yahudi dan lama bertapak di Malaysia. Terutama yang baru seperti APCO, Asiasoft dan paling terbaru adalah Bank yahudi bersaudara di Kuala Lumpur. Rotschild.. heeeee.. Orang kata sepatutnya sama2 makan sama-sama simpan.. tapi mamak madey ni dia nak makan sorang.. hahaha.. sekarang semua dah muntah semua bukti yang dia juga berurusan dengan Israel..
    Yang paling bangang mangkuk tandas UMNGOK!!

  6. Tambahan lagi.. yang mangkok ayun man cibai botak hanya membuat karangan dengan menceduknya dalam laman wen anwaraidc.. hahah bukan tak tahu laman web ni jenis kaki hentam kromo.. isu yang dispin semula setiap kali ada election.. bagusnya kau bro rafizi, persoalan dibangkitkan telah membuatkan mamak kutty ni mengaku juga sebelum ini MENAFIKAN! diulangi MENAFIKAN!! hahahaha . pencacai tetap pencacai !! kaki spin no. wahid di Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.