Dato’ Seri Nazri Aziz Tidak Wajar Bersembunyi Di Sebalik Institusi Parlimen

Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Dato’ Seri Nazri Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.

Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini. Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan. Tindakan Dato’ Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.

Pada fikiran saya, Dato’ Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau. Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen.

Malah, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak bersuara melahirkan tentangan terhadap sidang-sidang media di Parlimen. Beliau juga dipetik berkali-kali melalui sidang media di Parlimen turut sama mendesak Dato’ Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.

Jelasnya, hanya apabila beliaulah yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dan Michael Chia, barulah timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media.

Sebab itu saya terus mengulangi saranan saya supaya Dato’ Seri Nazri Aziz mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat.

Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan KEADILAN untuk menumpukan perhatian kepada kes Dato’ Seri Nazri Aziz. Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
8 NOVEMBER 2012

7 thoughts on “Dato’ Seri Nazri Aziz Tidak Wajar Bersembunyi Di Sebalik Institusi Parlimen”

  1. Jangan bagi chance kat dia, go all out and expose him good together with his gangster son.I support all out to bring him down to his knee.

  2. Salamun alaikum
    Saudara
    Saya minta saudara bila menang nanti
    Saman lalulintas ini hanya 1 saman sahaja
    Maksima rm50 minima rm10
    Kita tak mahu susahkan rakyat
    Kita buat lebih pada pendidikan
    Jika kali kedua masih lagi melakukan
    Kesalahan yang sama
    Panggil dan beri taklimat nasihat
    Biar ada dalam agensi polis dan jpj
    Jabatan pendidik pengguna
    Jika tuan ingin penjelasan lagi
    Boleh hubungi saya dan saya akan terangkan
    Terima kaseh

    Allah di sanjung

  3. Ya, apa cerita kes Nazri ni? Nampak gaya utusan nak ketengah isu Izzah. Jgn nak bodohkan rakyat. Kami nak tau kes Nazri ni.

  4. Tiada seorang pun pemimpin UMNO dapat dipercayai dan semuanya kaki rasuah dan gila kuasa. Kalau beginilah cara pemerintahan yang menggunakan undang-undang rimba, hancurlah Malaysia yang tercinta ini.

    Rakyat keseluruhannya harus sedar dan tiba masanya untuk memberi peluang kepada PAKATAN. Kita sudah tahu bagaimana prestasi kerajaan Pakatan di empat buah negeri. Tepuk dada tanya selera!

    OUT YOU GO UMNO/BN! We have enough of your corruptions and abuses of power for 55 years.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.