Saya telah mengutus surat secara rasmi kepada Sinar Harian menyatakan persetujuan kedua-dua belah pihak menyerahkan urusan debat PTPTN kepada Sinar Harian.
Debat akan dijalankan pada 3 Mei 2012, butir-butir lain akan ditentukan oleh Sinar Harian. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh Pemuda Umno.
Ramai yang tidak faham tentang kerajaan persekutuan PR akn ambil alih hutang PTPTN sejak dari 1997.
Sila terangkan pakai mana kerajaan nk bantu kos sara hidup, ramai yg tidak faham. ramai yg kata yuran percuma bagus, penginapan percuma bagus tetapi duit nak sara hidup kasi sepanjang belajar mcm mana. Tunjukkan kira-kira detail.
Kemudian ramai marah takut mereka tidak dapat belajar kerana PTPTN tiada mereka tidak dapat tempat kt IPTA,so nk belajar kt IPTS dah tiada peluang sbb PTPTN tiada lagi, kos tinggi tiada duit. result pon tidak bagus. Macam mana?
Sila saudara jawap ketika perdebatan itu, lagi satu UMNO kata 99 peratus pelajar tidak setuju mansuh PTPTN dan tolong minta dari mana mereka dapat survey tu. Rasanya 99 peratus setuju, cuma ada kalangan yg tidak tahu mekanisme yg kerajaan akan ganti nnt.
Berkenaan dengan isu PTPTN, saya masih keliru dan saya percaya ada banyak orang yang masih keliru. Saya telah menyaksikan debat kamu dengan khairy jamaluddin. Mungkin debat ini terlalu pantas dan orang yang mendengarnya tidak dapat memahaminya serta merta.
Persoalannya, kenapa kira-kira kamu berbeza dengan khairy jamaluddin? Tidak silap saya, kamu kata 4 billion dan dia kata 450 billion. Memang bingung dibuat saya.
Persoalan kedua, adakah pendidikan percuma sehingga universiti dapat dilaksanakan? Apabila saya mendengar hal ini buat kali pertama, memang sukar untuk dipercayai kerana setahu saya, tiada negara yang menawarkan pendidikan percuma sehingga universiti. Adakah Malaysia akan menjadi negara pertama yang melaksanakan polisi tersebut?
Saya bukan penyokong BN dan juga bukan penyokong pakatan.Tetapi, saya menyokong untuk memberi Pakatan lima tahun untuk membuktikan potensi pakatan. Sememangnya BN sudah korup sehingga ke tahap yang sangat serius. Oleh itu, selamat berjaya saya ucapkan kepada kamu.