Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

(Sila rujuk Lampiran A)

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Gambar A1

Gambar A2

 

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

 

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

 

Gambar B1

 Gambar B2

Gambar B3

 Gambar B4

Gambar B5

Gambar B6

 

ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence

Lampiran C menunjukkan 4 gambar.

Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C1

Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.

Gambar C2

Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

Gambar C3

Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.

Gambar C4

 Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

 

iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776

Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).

Gambar D1

 

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar D2

Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

 

Gambar D3

Gambar D4

Gambar D5

Gambar D6

Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

 

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

1 NOVEMBER 2012 

 

Kenyataan Penuh dan Gambar-gambar Bukti Untuk Dimuatturun

52 thoughts on “Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta”

  1. jgn biarkan nazri aziz trlepas,pastikan dia dan sesiapa shj yg trlibat dbawa ke muka pengadilan..SESIAPA SAHAJA..WAIMA P.M. SEKALIPUN..JANGAN LEPASKAN MEREKA INI SMW SBB INI MEMBABITKAN RASUAH,MARUAH DN WANG RAKYAT..

  2. Good, we need to let all our Malaysian know that the BN is miss use their political power for their own benefit and living in their luxury life with all our hard earn rakyat’s money.

  3. Syabas Rafizi… Teruskn pendedahan.. Setiap pemimpin2 umno ini.. Cakap mereka tak serupa bikin.. Merekalah perompak sebenar jika dibandingkan dengan mereka yang merompak kecil2 lan dan dihukum dengan hukuman yang berat tetapi mereka ini lepas dan bermaharajalela.. Kami bersedia memberikan sedikit walaupun kami bukan kaya seperti mereka demi untuk keadilan

  4. Cuba lihat twitter Nedim Nazri di twiiter.com/nednazri. di profail beliau tertera pernyataan bahawa beliau adalah Chairman of Harrisons Trading dan juga Director of Charisma Positief.

    Dari carian yang dibuat berhubung dengan kedua-dua syarikat ini didapati Harrisons Trading adalah sebuah syarikat berasal daripada Sabah dan salah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya, Wong Yoke Kong, adalah juga merupakan pengasas sebuah syarikat guaman, Nazri Aziz & Wong!

    Begitu juga dengan Charisma Positief di dalam berita akhbar bisnes theedge, melaporkan bahawa pengarah Charisma Posities ialah Datuk Seri Ung Eng Huat dan Salleh Idris. Datuk Seri Ung Eng Huat pula adalah pengerusi eksekutif Petrol One (Tg. Agas) Sdn. Bhd. di mana 70% daripada saham syarikat ini dipegang oleh Datuk Seri Ung Eng Huat dan 30% lagi dipegang oleh Mohamed Nedim Nazri Aziz!

    Mungkin saudara Rafizi boleh menyelidiki dengan lebih lanjut tentang hubungan antara individu-individu ini dan pertautan ekonomi-politik di antara mereka yang berkemungkinan melibatkan pertentangan kepentingan di kalangan mereka khususnya hubungan keluarga + politik + ekonomi + pemodal + korupsi + kroni.

  5. We will support u Mr. Rafizi. Semoga Allah permudahkan kerja-kerja En. Rafizi. Thank You Very Much di atas segala keperihatinan tuan dalam memberikan maklumat2 yg sangat berguna kepada rakyat.

  6. There are more to be exposed about the current govt. You have done a great job. There are many out there who will throw their support behind you for what you stand for. Keep it up.

  7. selagi gani patail jd peguam negara..selagi tulah mcmni jelah..takde sape nak dakwa nazri ni..nak tgkap ke apa ke..puiii !!!

  8. Sdr. Rafizi.

    Teruskan usaha Mu demi kepentingan negara dan seluruh rakyat Malaysia. Kami tetap dibelakang Mu. Saya sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Mu sekeluarga. Pesan saya, harus berhati-hati dan waspada selalu kerana disekeliling Mu ramai musuh sedang perhati gerak geri Mu. Semoga Allah melindungi Mu sekeluarga.

    Syabas & tahniah dan saya anggap anda seorang PEJUANG MELLINIUM dan penggerak nadi anak muda.

  9. semakin lama semakin hancur malaysia ni….menteri yg sepatutnya mencegah rasuah tapi rupanya beliau adalah bapa segala jenis rasuah…hampeh

  10. Thank you and keep up the good job Rafizi! You got balls!

    Nazri so stunned, I laughed so hard at his responses when ambushed by journalists.

    Again, I can’t thank you enough for digging up UMNO’s dirt.

  11. Apsal kete dia boleh pakai tinted gelap. Dia “anak” menteri jk. Mana JPJ? Kalo rakyat biasa pakai kancil dh lama kena hentam. Kalau nak bandingkn aircond kancil tu xda la kuat mana pn berbanding dgn Hummer. Ni la pemerintahan pilih bulu.

  12. RR.dedahkan pulak usahasama kilang arak san miquel antara Nedim Nazri n Mirzan Mahathir.Depan org ramai,purak2 berani sound Mahathir rupa2 ada bisness haram bersama.

  13. don’t let these thieves get away, while we rakyat have to sweat down to our arse to bring back a plate of rice to our family, these goons are living on our blood money.

  14. Seldom have I witness someone so persistant in following through to an issue like you sir. You have courage and fire to do what most of us can’t. You have my respect and admiration for your hard work. You are truly a people’s person. God bless you and never give up on your principles.

  15. Saya memang dah lama tunggu Nazri ni tersungkur ke bumi, sebab dia adalah menteri paling Arrogant. Dia lupa, dia kerja untuk rakyat, bukan rakyat kerja untuk dia. Dlm bahasa tajamnya, Dia yg kena cium kaki rakyat, bukan rakyat cium kaki dia.

    Dengan segala bukti yang ada, kita pasti jentera media dan kroni sedang bermesyuarat fikir mcm mana nak cover-up. First try, naikkan balik isu arqam, permainan isu agama dengan niat mencuit jiwa orang melayu. Esok jgn terkejut ada isu cina, hudud, kristian dan pelbagai lagi. Yg ni la yg penyokong umno tak nampak.

    Nazri mana nak lari? Nanti boleh main utus2 surat dgn kak jat dlm jail.

  16. Terima kasih saudara Rafizi, dari totok UMNO ramai orang melayu mula sedar betapa jijiknya politik yang BN jaja selama ini. Kami dan kengkawan separa veteran UM amat berbangga dengan adanya orang-orang yang perihatin seperti saudara dan kami akan senantiasa menyokong saudara dalam membongkar apa jua salah laku dikalangan pihak berkuasa waima PM sekali pun.

  17. Very awesome bro, Consistently exposing the mega rakyat money being songlap, the more rakyat always behind you. We rakyat being burden by the high cost of living due to these corrupted leaders, BRIM, transformation from clean Malaysia to corrupted 1 Malaysia. We rakyat salute and support you always. Very good job and well done, brother.

  18. Tahniah pada saudara Rafizi… saya sokong saudara! Jangan lompat parti tau, nak-nak bile nak menang ni… jangan jadi ezam dan lokman adam… KAH KAH KAH

  19. Tanniah bro, Satu pembongkaran yang baik , jangan biarkan lanun-lanun berlesen ini terlepas disaat rakyat menghadapi tekanan hidup ini. satu pengkhianatan terhadap rakyat malaysia. doa kami bersama mu bro. Semuga ini akam membuka mata rakyat malaysia betapa mereka sangat mudah diperbodohkan oleh media talibarut mereka.

  20. the best part on Nazri, Musa, Chia and $40M would be its chronology, how long has it been since the funds were held, how far deep those who panic had to dig to breath life for that $40M. i would love to see the moneys chorology because it would be shooting out evidence after evidence

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.