Selaraskan Kadar Kenaikan Gaji Di Antara Penjawat Awam Berpangkat Tinggi Dan Remdah

Setiap tahun semasa pembentangan Belanjawan, kerajaan wajib membentangkan senarai penuh perjawatan bagi semua kakitangan awam di bawah Kerajaan Persekutuan. Buku ini dinamakan “Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian Dan Jabatan-Jabatan Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan” seperti yang saya tunjukkan di bawah:

Walaupun laporan ini selalunya tidak diendahkan, saya mengambil kesempatan untuk “mempopularkan” laporan ini yang saya sertakan sepenuhnya di bawah ini untuk diteliti oleh orang ramai:

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid I
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoESGtidzBnYzVVU1E

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid II
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoEcWxGdUdmMEdwWDg

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid III
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoERWpxTHRkeklZckk

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid IV
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoET3ZBREZQOTRaaGc

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid V
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoET0tWNlhmWTV6ZWc

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid VI
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoEQk9FM0FqUDNSTVk

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid VII
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoERVlmYTg3cFBIaDA

Bermula dari hari ini, saya juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu bersabit kebajikan dan masa perkhidmatan awam yang mungkin tidak diketengahkan. Sedang saya bersetuju bahawa ada banyak penambahbaikan yang perlu dibuat untuk menaiktaraf mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam, saya bimbang jika masyarakat tidak berlaku adil kepada penjawat awam apabila fokus diberikan kepada persoalan prestasi perkhidmatan awam tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu kebajikan mereka.

Maka, perkara pertama yang ingin saya dedahkan kepada rakyat Malaysia ialah perbezaan ketara di antara kenaikan gaji penjawat awam pangkat tertinggi dengan jutaan kakitangan awam yang lain.

Saya rujuk mukasurat 1161 dalam Jilid 1 yang mengandungi Lampiran A iaitu jadual kod gaji minimum dan maksimum bagi jawatan-jawatan tertinggi kerajaan, seperti berikut:


Gred jawatan utama yang paling rendah ialah gred khas C berkod VK7 yang lebih dikenali sebagai Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C). Jadual di atas menunjukkan gred dari JUSA C ke atas sehingga ke gred tertinggi iaitu VU1 bagi Ketua Setiausaha Negara. Gred VU2 (Gred Utama Turus I) pula adalah untuk pimpinan tertinggi pegawai kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua-ketua Setiausaha (KSU) bagi kementerian besar dan begitulah seterusnya.

Senarai gaji yang ditunjukkan di atas adalah bagi gaji pokok semata-mata dan belum termasuk elaun. Antara elaun yang dibayar adalah (contohnya):

1. JUSA C – Elaun Keraian: RM2,500, Elaun Perumahan: RM1,300, Elaun Insentif Khas: RM500, Elaun Pembantu Rumah: RM500, Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166. Semua elaun berjumlah RM5,966 sebulan

2. Turus I – Elaun Keraian: RM5,200, Elaun Perumahan: RM2,500, Elaun Insentif Khas: RM2,000, Elaun Pembantu Rumah: RM1,000, Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250. Semua elaun berjumlah RM14,950 sebulan

3. Ketua Setiausaha Negara – Elaun Keraian: RM5,300, Elaun Perumahan: RM3,000, Elaun Insentif Khas: RM2500, Elaun Pembantu Rumah: RM2,000, Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333. Semua elaun berjumlah RM17,633 sebulan.

Jika secara purata, seorang penjawat utama kakitangan awam seperti yang berjawatan di atas telah mencapai skala gaji 4/5 dari tangga gaji mati, maka anggaran pendapatan sebulan (contohnya) bagi pangkat-pangkat yang ditunjukkan di atas adalah seperti berikut:


Gaji penuh di atas tidak termasuk sebarang elaun lain dari jawatan mereka di dalam agensi kerajaan seperti ahli Lembaga Pengarah dan lain-lain.

Oleh sebab itu, saya berpandangan kenaikan gaji tahunan sebanyak 9% itu adalah terlalu tinggi memandangkan gaji dan imbuhan setakat ini sudah memadai.

Saya juga membantah pendekatan yang berbeza untuk penjawat awam berpangkat tertinggi ini berbanding kakitangan awam biasa dari segi kenaikan gaji tahunan. Sedang mereka (penjawat awam pangkat tertinggi) diberi kenaikan gaji mengikut peratusan pada kadar yang tinggi (iaitu 9%), kakitangan awam yang lain hanya diberikan kenaikan gaji mutlak (bukan peratusan).

Contohnya bagi perkhidmatan pendidikan, jadual kenaikan gaji guru-guru adalah seperti berikut:


Dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu penjawat telah mencapai tangga gaji 4/5 dari gaji mati, peratusan kenaikan gaji bagi guru-guru setiap tahun adalah seperti berikut:


Di mana kewajaran memberi kenaikan gaji yang lebih rendah dari kadar GST kepada kakitangan biasa yang gaji pokoknya memang sudah rendah, sedangkan ketua-ketua jabatan dan kementerian yang gaji dan elaunnya besar diberikan kenaikan mengikut peratusan sehingga 9%?

Kakitangan awam yang mempunyai keluarga besar terbeban dengan gaji yang sedia rendah sedang pembaziran berlaku berleluasa. Tanggungjawab memastikan perbelanjaan kerajaan tidak diselewengkan oleh menteri dan ahli politik ialah tanggungjawab penjawat awam berpangkat tertinggi ini dan rakyat perlu menghantar isyarat bahawa imbuhan gaji yang tinggi tidak berpadanan dengan tindakan mereka tidak bersuara dalam keadaan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat berleluasa.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

7 thoughts on “Selaraskan Kadar Kenaikan Gaji Di Antara Penjawat Awam Berpangkat Tinggi Dan Remdah”

  1. It’s also gd to focus on the Public sectors wellbeing including salary scales..the ‘jurang’ need to be narrow down as the end result will be bigger as wht is being practised presently. Therefore, a comprehensive study need to be adjust as & where necessary.. Keep it up RR.

  2. Terima kasih YB, diatas keperihatinan dan ketajaman dlm memberikan pandangan YB. Saya ingin menyarankan kpd YB utk melihat juga kpd jurang dari segi bil. gred jawatan PTD berbanding dgn jawatan2 lain yg setara dimana saya berpandangan jawatan2 selain PTD seperti Jurutera, Arkitek, Akauntan dll adalah amat jauh dan dilayan sbg pegawai kelas ke 3 shj. Rata2… 80% dpd mereka akan bersara di gred 54 shj sedangkan PTD pula 80% dpdnya akan bersara sekurang2nya JUSA C.

    1. Jurutera, Arkitek, Akauntan merupakan bidang profesional manakala PTD hanyalah bidang am pengurusan. Gaji Jurutera, Arkitek, Akauntan di luar sana amatlah tinggi dengan beban kerja juga boleh tahan. Pada pandangan saya, hanya Jurutera, Arkitek, Akauntan kelas ke 3 sahaja yang akan bekerja dengan Kerajaan kerana Jurutera dan Arkitek Kerajaan tidak berfungsi mengikut bidang profesional mereka dalam sektor awam kerana hanya mengharapkan kontraktor untuk melaksanakan tugasan mereka. Pengetahuan mereka juga amatlah terhad dan hanya memantau projek dan mengikut sepenuhnya apa yang dibentang kontraktor. Bagi Akauntan pula, skim ini hanya melaksanakan tugasan asas perakaunan – general ledger – payroll, payable and receivable dan dibantu oleh penolong akauntan yang ramai tanpa membuat tugasan utama mencabar seperti taxation atau auditing (jangan samakan dengan pegawai audit ye). Dalam erti kata lain, Jurutera, Arkitek, Akauntan pun boleh jadi PTD tapi bukan vice versa. Saya nasihatkan tidak perlu dengki dengan skim perkhidmatan tertua Kerajaan dan hargailah rezeki yang diberikan.
      p/s: Gaji permulaan

  3. Saudara Rafizi,

    Boleh sharekan Jilid 7?
    Link Jilid 7 di atas merupakan link ke file Jilid 8.

    Terima kasih.

  4. Kebanyakan staf dalam kelompok JUSA sudah lama telah berkhidmat dengan sektor awam sebelum mendapat status JUSA. Untuk pengetahuan RR, saya tidak dapat Elaun Intensif Khas RM500 untuk JUSA C (dalam slip gaji saya) seperti mana dipaparkan dalam laman web ini. Kenaikan 9% dari gaji pokok adalah berpatutan kerana mereka adalah pemikir utama dalam kelancaran sektor awam di Malaysia.

    1. “Kenaikan 9% dari gaji pokok adalah berpatutan kerana mereka adalah pemikir utama dalam kelancaran sektor awam di Malaysia.”

      Kenyataan lawak jenaka tahap gaban….sudah-sudahla berbohong…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.