KEADILAN Membantah Langkah PTPTN Menyenaraikan Peminjam PTPTN Dalam CCRIS

Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan PTPTN yang akan menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System atau Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat) yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II).

Tindakan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat ini mempunyai kesan besar kepada rakyat terutamanya anak muda. Apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS, ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.

Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS. Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain.

Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam. Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara. Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan.

Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Dato’ Seri Idris Jusoh supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka di dalam CCRIS.

KEADILAN akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehinggalah ia dibatalkan oleh Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

20 OGOS 2013

5 thoughts on “KEADILAN Membantah Langkah PTPTN Menyenaraikan Peminjam PTPTN Dalam CCRIS”

  1. sy setuju dgn pendapat Tuan. diorang decide law macam lah tak taw sara hidup sekarang mencanak macam apa. ops, lupa. pak menteri hidup semua guna elaun khas bla3 semua free. mane pernah rasa susah nak beli ikan sekilo rm20. haprak!

  2. what about ctos… a racist organization blacklist majority malays and indian generally and making money in the expense of the misery of those have been blacklisted. If you are going for the war include ctos as well. Ctos practise doudle standard. it is not criss that blacklist student but also ctos. Make a rally for this

  3. Saudara Rafizi,
    Saya mencadangkan CTOS dihapuskan kerana ctos mengamalkan double standard practise. Banyak melayu dan indian menjadi tumpuan mereka. Adakah ini satu agenda politik untuk menjatuh kaum Melayu dan India dari segi ekonomi. Saya berpendapat kita harus memperjuangkan agar CTOS dihapuskan dahulu kerana syarikat ini akan senarai hitamkan pelajar- pelajar dan ahli perniaga melayu dimana pihak Bank akan menggunakkan maklumat ctos untuk credit rating.If you want initiate justice , you should collectively irradicate CTOS which which mother of all evil in the field of black listing. I propose a rally to be initiated to counter CRISSS and CTOS.

    thank you

  4. YB, Saya adalah seorang siswazah undang-undang. Saya berpendapat sebagai Ketua Pemuda UNMO danf Menteri Belia dan sukan dah sampai masa untuk YB bertindak terhadap system senaraihitam negara ini. Saya percaya mensenarihitamkan seorang individu harus dijalankan oleh agensi kerajaan bukan nya syarikat swasta. Pengamalan syarikat kredit agensi CTOS telah meimbulkan masalah yang besar kepada rakyat jelata. Kebanyakkan orang yang telah disenarai hitamkan adalah kaum melayu dan Indian. Malahan nisbah kaum china adalah kurang jika dibandingkan kaum lain. Maklumat yang diasukkan oleh syarikat ini adalah daripada maklumat yang diperolehi daripada Bank, ROC, Mahkamah serta daripada keratan akhbar. This is violation of Data protection ACT to some extent. The interesting part is that they insert information which is more than 6 years which are not actionable in law. And it is bad debt. No developing countries practices like this. CTOS as a private company should not by law allowed to hold information on individuals and forward such information to the third party whatever reason. Moreover the information stored by CTOS in their system is subject to be manipulation. In addition the information stored are as old as 20 years. Even closed and settled still being listed… which is not good for any individual for loan purposes. This is a real morkery and you must take stern action to abolish CTOS. While UMNO youth is of the view that student should not blacklisted in CCRISS not goingto stop CTOS to blacklist those student. What we need a proper credit rating system that must be in the control of bank negara not private company like CTOS.

    I have forwarded this mail to all the MP’s for immediate action to be taken on CTOS otherwise we not get to see progress in the Malay and Indian community scale of economy.

    This is serious issue to be resolved. I have indeed initiated a NGO to counter CTOS and inviting member of the public to join the call….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.