Skandal NFC: Ketua Wanita dan Pengarah Strategi Melantik Peguam, Sedia Bersemuka di Mahkamah

Kami mengesahkan bahawa kertas saman yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil terhadap kami telah pun diterima. Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa sahaja. Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan. … Continue reading Skandal NFC: Ketua Wanita dan Pengarah Strategi Melantik Peguam, Sedia Bersemuka di Mahkamah

Skandal NFC: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Mengumpul Aset Mewah di Singapura

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari … Continue reading Skandal NFC: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Mengumpul Aset Mewah di Singapura

Kenyataan Pengurusan NFC Bercanggah Dengan Pengumuman Beku Aset Oleh Perdana Menteri

Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Encik Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam. Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, … Continue reading Kenyataan Pengurusan NFC Bercanggah Dengan Pengumuman Beku Aset Oleh Perdana Menteri

Skandal NFC: Kementerian Kewangan Perlu Hentikan Sebarang Keputusan Membabitkan NMLC, RFC Dan Syarikat-Syarikat Berkaitan

Berdasarkan maklumat dalaman, saya dimaklumkan bahawa pengurusan NFC telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan tempoh 3 hari untuk membuat beberapa keputusan penting. Di antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat & Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki oleh keluarga … Continue reading Skandal NFC: Kementerian Kewangan Perlu Hentikan Sebarang Keputusan Membabitkan NMLC, RFC Dan Syarikat-Syarikat Berkaitan

Skandal NFC: SPRM Wajar Siasat Cubaan Merasuah Bertepatan Dengan Pendapat Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

KEADILAN sebelum ini menggesa SPRM untuk menyiasat Dato’ Salleh Ismail dan pengurusan NFC yang berkemungkinan cuba menggunakan orang tengah untuk merasuah penyiasat dalam skandal penyelewengan NFC. Sehingga sekarang, KEADILAN masih belum menerima apa-apa maklumat yang mengesahkan bahawa satu tindakan telah diambil oleh SPRM berikutan pendedahan itu. Hari ini, KEADILAN ingin mendedahkan bahawa gesaan untuk menyiasat … Continue reading Skandal NFC: SPRM Wajar Siasat Cubaan Merasuah Bertepatan Dengan Pendapat Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah