Category Archives: Kos Sara Hidup @ Barang Naik

Tidak Banyak Yang Berubah ;-)

Ahad lalu beribu-ribu yang turun menyertai rapat umum membantah kebongkakan Syabas dan kroni Umno untuk terus menindas rakyat.

Seperti biasa, perkara biasa yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak:

1) Kenapa perlu merosakkan ketenteraman awam dan menyusahkan “rakyat”

2) Kenapa tidak dibuat di dalam stadium sahaja, senang dan tidak perlu berdepan dengan polis

Saya agak letih melayan pandangan-pandangan sebegini yang tidak mengerti bahawa hak untuk berkumpul itu adalah hak rakyat. Jika kita mengambil pendekatan berdolak dalih seperti menerima hujah tempang bahawa rapat umum hanya boleh dibuat di stadium tertutup demi “kesenangan” sesetengah pihak, maka kita menerima dan mengiyakan bahawa pihak berkuasa boleh menakrifkan ruang litup “hak rakyat” ikut sesuka hati mereka.

Maka, perkara berkumpul di tempat awam bagi rapat umum, adalah perkara prinsip. Jika kita berundur dari prinsip itu, maka lunturlah prinsip.

Pun begitu, rapat umum berjalan dengan baik di sebalik semburan air asid dan gas pemedih mata. Saya perhatikan ramai anak-anak muda yang mengambil tempat di depan, maka all is not lost and those who come later are in the good footsteps of those before them.

Yang agak menarik adalah dengan kehadiran media baru, liputan serta-merta dapat dikongsi secara terus dengan orang ramai di seluruh dunia, siap dengan gambarnya sekali. Terima kasih Twitter dan blackberry.

NOTA KAKI

Ramai juga yang tidak faham bahawa double standard pihak polis yang membenarkan perarakan dan rapat umum kumpulan-kumpulan sebelah sana seperti PERKASA, UMNO dan terbaru GAPS adalah bukti bahawa jalan kekerasan yang diambil polis bukanlah sangat atas pertimbangan keselamatan awam, tetapi pertimbangan politik.

Tidak banyak yang berubah walau kepalanya sudah berubah 😉