Category Archives: KEADILAN

No surprise here, Zaid — The Malaysian Insider

NOV 8 — It is no surprise to hear that Datuk Zaid Ibrahim has dropped out of the race for the PKR deputy presidency. Or quit all party posts.

It is no surprise that he feels “that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.”

It is no surprise that he doesn’t feel wanted anymore by the party. That his offer to run for the deputy presidency was seen by the “adoring fans of Anwar Ibrahim as a ‘spoiler’ standing in the way of their march to Putrajaya”.

The same thing happened to him in Umno. He joined the Abdullah administration in the aftermath of Election 2008 as the de facto law minister only to quit later over the detention of DAP leader Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamarudin and journalist Tan Hoon Cheng under the Internal Security Act (ISA).

The one-time Kota Baru MP was later kicked out of Umno after he was seen attending gatherings held by the party’s political foes.

The maverick politician joined PKR in June 2009 and was given a hero’s welcome but has apparently worn out that welcome with his run for the party’s No. 2 post.

He had big plans for the party. The lawyer, who built up the country’s largest partnership that bears his name, ran the secretariat to turn the informal Pakatan Rakyat (PR) pact into a formal organisation comprising PKR, DAP and PAS.

He even quit the party political bureau to quell talk of ambition to replace Datuk Seri Anwar Ibrahim if the PKR de facto chief was ever jailed for sodomy again.

And offered to run for the No. 2 post if Anwar ran for the party presidency in its first-ever direct elections. Anwar declined.

But Zaid never seemed serious about his candidacy. His candidacy was contingent on Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim not entering the race. But he persisted when Khalid mulled the proposition.

He did the same when asking Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar to join the contest. She said no.

Today, Zaid pulled back his hat from the ring, citing “there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.”

It came as no surprise to many. It was always a matter of time especially after the votes from the Sabah chapter went the way of the popular vice-president Azmin Ali.

But Zaid joined PKR with both his eyes open. It’s a party built on the dreams of many but crafted from the DNA of Umno where most leaders, including Zaid, came from. Some things never change.

A pity. Zaid and others might have their grouses but his latest move will narrow his options. HIs image will also take a hit.

What he and PKR does in the next few days will be interesting. But no surprises expected.

Party Interest Takes Precedence Over Political Posts

Generasi Reformasi embarked on this campaign with the main objective of elevating key youth issues and programs that can help the party to attract young voters, in our quest to Putrajaya. This includes the bread and butter issues such as rising cost of living, the necessary focus on building organisational strength and deep leadership bench among the youth leaders in the party.

Throughout the campaign, we have maintained that our final objective is not entirely to win posts but to ensure the next leadership of AMK is accountable to this agenda. Without our participation, it was feared that this election would have become a personality contest without an agenda for the youth and AMK.

To a certain extent, that objective has been met. Our message of internal reform within AMK has reached all states and been approved by thousands of AMK members whom we have met throughout our roadshows.

At the same time, the 13th General Election (13GE) is undoubtedly near and the party needs to give immediate attention to its preparation especially given the pre-occupation with internal party election so far. There are specific strategic roles and positions that need to be led by youth leaders in the party leadership line up going into 13GE.

Taking into account this immediate need and views of the party leadership, I have decided not to proceed with my earlier intention to contest the post of AMK Chief, so that I can concentrate on the election preparation immediately without waiting for the party election to conclude.

I am touched that my senior colleagues in Generasi Reformasi had taken the decision to withdraw too, in support and in solidarity of my decision to focus on 13GE work. It is a big sacrifice on their part and speaks volume of their sincerity in putting the party interest above political posts. I would like to say the heartiest thank you and congratulation to my colleagues:

YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves  (candidate for Deputy Chief of AMK)

YB Sim Tze Tzin, ADUN Pulau Jerejak (candidate for Vice Chief of AMK)

Sdr Halimey Abu Bakar, former AMK Chief of Selangor (candidate for EXCO)

Sdr Emmiza Hasmi Zul, former Deputy Division Head of Kampar (candidate for EXCO)

Sdr M A Tinagaran, Division Head of Ipoh Barat (candidate for EXCO)

Nevertheless, the agenda that we introduced remains relevant and important to breath a new life into AMK. My colleagues and I will continue to campaign to help our remaining candidates who will be contesting in this election.

I would like to ask for AMK members to give a full mandate to the following leaders who will bring our agenda for internal reform into AMK (while I and others contribute in other capacities in the mainstream party):

YB Kesavan Subramaniam, ADUN Hutan Melintang (candidate for Vice Chief of AMK)

Sdr Jaffery Jameon, AMK Chief of Kota Kinabalu (candidate for EXCO)

Sdr Yahya Sijari, AMK Chief of Bagan Datoh (candidate for EXCO)

Sdr Mohamad Azihan Che Seman, AMK Deputy Chief of Gombak and EXCO AMK Selangor (candidate for EXCO)

Sdr Saifullah Zulkifli, former Vice President of PKPIM and Secretary of International Bureau, PKR (candidate for EXCO)

Sdr Naim Jusri, former President of Karisma Students Group and Special Officer to ADUN Batu Tiga (candidate for EXCO)

I would also like to express my open support for YB Nurul Izzah Anwar’s candidacy for the post of Vice President since she too has been instrumental in formulating our agenda for internal reform and elevating the youth issues at the national level.

Generasi Reformasi would like to advise AMK members to choose the most qualified candidate for each post based on his/her vision, work performance so far, organisational leadership skills, the acceptance of the young voters, deep professional knowledge and the sincerity to serve the party, irrespective of which grouping they belong. Choose the candidates who can put the party interest over their own political ambition.

Finally, my colleagues and I would like to wish our gratitude to all who have assisted, supported us and shared our vision all this while. Our message is bigger than the party election, therefore we will work to galvanise the youth towards these objectives in whatever capacities we have in and out of the party.

MOHD RAFIZI RAMLI

Member of the Central Leadership Council of PKR/Division Head of Kemaman

Parti Keadilan Rakyat

16 October 2010

On behalf of Generasi Reformasi

YB AMIRUDIN SHARI, ADUN BATU CAVES & DEPUTY CHIEF OF GOMBAK DIVISION

YB SIM TZE TZIN, ADUN PANTAI JEREJAK & CHIEF OF BAYAN BARU DIVISION

YB KESAVAN SUBRAMANIAM, ADUN HUTAN MELINTANG & DEPUTY CHIEF OF BAGAN DATOH DIVISION

Hayati Perjuangan Dengan Meletakkan Kepentingan Parti Di Atas Kepentingan Peribadi

Generasi Reformasi memulakan kempen dengan objektif utama untuk membawa isu-isu dan program utama yang perlu diangkat AMK untuk sampai ke Putrajaya. Ini termasuklah menjaguhi isu-isu yang dekat dengan anak muda, fokus kepada pembinaan organisasi dan menyiapkan barisan pimpinan muda yang baru.

Sepanjang kempen, kami telah tekankan bahawa matlamat akhir Generasi Reformasi bukanlah untuk merebut jawatan tetapi memastikan barisan kepimpinan baru AMK mengambil kira isu-isu dan program utama ini. Tanpa penglibatan Generasi Reformasi dalam pemilihan kali ini, besar kemungkinan kempen pemilihan berkisar sekitar individu dan bukannya isu-isu anak muda.

Matlamat itu telah dicapai. Mesej reformasi dalaman yang kami bahawa sudah sampai ke semua negeri dan ribuan anggota yang kami temui di 13 lokasi yang telah kami jelajahi.

Pada masa yang sama, Pilihanraya Umum 13 (PRU13) sudah pasti semakin dekat dan pelbagai persediaan mendesak perlu juga diberikan perhatian di dalam keghairahan sebahagian besar pimpinan parti di dalam pemilihan kali ini. Ada peranan strategik yang perlu dimainkan oleh pimpinan anak muda dalam menghadapi PRU13.

Mengambil kira pandangan kepimpinan parti dan keperluan mendesak ini, saya telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat untuk bertanding bagi jawatan Ketua AMK Pusat agar dapat memainkan peranan ini serta-merta.

Saya berbesar hati kerana rakan-rakan senior di dalam Generasi Reformasi juga turut berkorban untuk tidak meneruskan hasrat bertanding dan bersama-sama menumpukan kepada usaha gerak kerja mendesak pilihanraya, sebagai tanda solidariti dengan saya. Ia pengorbanan yang besar dan melambangkan keikhlasan mereka berjuang untuk parti, bukannya kedudukan peribadi. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas pengorbanan ini kepada:

YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves  (calon Timbalan Ketua AMK)

YB Sim Tze Tzin, ADUN Pulau Jerejak (calon Naib Ketua AMK)

Sdr Halimey Abu Bakar, mantan Ketua AMK Selangor (calon EXCO)

Sdr Emmiza Hasmi Zul, mantan Timb Ketua Cabang Kampar (calon EXCO)

Sdr M A Tinagaran, Ketua Cabang Ipoh Barat (calon EXCO)

Pun begitu, gagasan yang dibawa oleh Generasi Reformasi tetap relevan dan penting untuk meniupkan nafas baru kepada AMK. Saya dan rakan-rakan akan terus berkempen dan membantu calon-calon kami yang bertanding pada pemilihan kali ini.

Saya menyeru supaya anggota AMK untuk memberikan mandat yang besar kepada pimpinan-pimpinan berikut dari Generasi Reformasi yang akan meneruskan agenda reformasi dalaman di dalam AMK (sementara kami yang lain memainkan peranan dalam parti dalam bentuk lain):

YB Kesavan Subramaniam, ADUN Hutan Melintang (calon Naib Ketua AMK)

Sdr Jaffery Jameon, Ketua AMK Kota Kinabalu (calon EXCO)

Sdr Yahya Sijari, Ketua AMK Bagan Datoh (calon EXCO)

Sdr Mohamad Azihan Che Seman, Timb Ketua AMK Gombak dan EXCO AMK Selangor (calon EXCO)

Sdr Saifullah Zulkifli, mantan Naib Presiden PKPIM dan Setiausaha Biro Antarabangsa PKR (calon EXCO)

Sdr Naim Jusri, mantan Presiden Rakan Siswa Islah KARISMA dan Pegawai Khas ADUN Batu Tiga (calon EXCO)

Saya juga ingin menyatakan sokongan secara terbuka kepada YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang akan bertanding kerusi Naib Presiden kerana beliau juga berkongsi pendapat yang sama mengenai isu-isu anak muda dan agenda reformasi dalaman yang kami bawa selama ini.

Generasi Reformasi juga menasihatkan semua anggota AMK supaya memilih calon yang paling layak bagi setiap kerusi yang ditandingi berdasarkan visi, prestasi kerja setakat ini, kemahiran urus tadbir, penerimaan pengundi muda, ilmu pengetahuan yang dalam dan keikhlasan berkhidmat tanpa mengira barisan yang dianggotai oleh mereka. Pilihlah mereka yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Akhir sekali, saya dan rakan-rakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberikan sokongan setakat ini. Mesej yang kami bawa adalah lebih besar dari pemilihan jawatan parti, maka kami akan terus menggerakkan anak muda ke arah itu dalam apa jua kapasiti yang ada di dalam dan luar parti.

MOHD RAFIZI RAMLI

Ahli Majlis Pimpinan Pusat/Ketua Cabang Kemaman

Parti Keadilan Rakyat

16 Oktober 2010

Bagi pihak Generasi Reformasi

YB AMIRUDIN SHARI, ADUN BATU CAVES & TIMBALAN KETUA CABANG GOMBAK

YB SIM TZE TZIN, ADUN PANTAI JEREJAK & KETUA CABANG BAYAN BARU

YB KESAVAN SUBRAMANIAM, ADUN HUTAN MELINTANG & TIMBALAN KETUA CABANG BAGAN DATOH

Politik Baru Maknanya Gagasan Bertunjangkan Idea (Merdeka Review)

Mohd. Rafizi Ramli, nama yang mungkin tidak begitu terserlah sebelum ini, menjadi tumpuan media selepas menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Angkatan Muda Keadilan.  Pada usia 33 tahun, beliau kini menyandang jawatan Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.  Dengan kata lain, beliau salah seorang yang berada di sisi Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli  menyertai PKR pada tahun 1999, dan dilantik sebagai EXCO Pemuda Keadilan pada tahun 2001.  Namun, beliau meletak jawatan pada tahun 2004.  Ketika mengungkit tindakannya yang kontroversi ini, beliau berkata, “Konotasi saya meletakkan jawatan kerana protes AMK membuka pintu kepada pemudi adalah salah.  Pertikaian lebih rumit dan delicate dari itu – saya tidak bersetuju dengan cara pimpinan Pemuda pada masa itu memaksakan keputusan kepada kami, tanpa ruang yang cukup untuk dibincangkan secara demokrasi.  Itu dua perkara yang berbeza.”(*Sila rujuk nota akhir)

Beliau bertanding dalam pasukan yang menggelar diri sebagai “Generasi Reformasi”, mencungkil pertikaian daripada “reformis yang turun ke jalan raya” sebelum ini.  Bagaimanapun, yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Mohd. Rafizi Ramli yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK dalam pemilihan PKR hujung November ini.

1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang.  Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?

Persoalan asas AMK sekarang adalah persoalan yang sama kepada mana-mana organisasi – apakah peringkat peningkatan yang seterusnya, setelah berjaya membina satu imej dalam masa satu dekad.

Selama sedekad, Pemuda Keadilan/Angkatan Muda Keadilan berada di hadapan membawa isu-isu salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan Barisan Nasional kepada rakyat.

Sumbangan ini banyak membantu PKR dan PR meyakinkan rakyat untuk berubah semasa PRU12.

Atas kejayaan itu jugalah, AMK sekarang berada di persimpangan – setelah berjaya membentuk imej sedemikian rupa, apakah bentuk peningkatan yang seterusnya?

Saya ajukan kepada AMK dan parti bahawa masanya sudah sesuai untuk AMK mencapahkan bentuk-bentuk isu yang diperjuangkan agar meliputi isu mendesak anak muda seperti kos sara hidup, pembiayaan pendidikan melalui PTPTN yang membebankan, kerjaya yang berkualiti, masalah perumahan – walaupun ini bukan isu tradisional yang sebelum ini biasa dengan AMK.  Tetapi kita perlu mengangkat isu ini ke peringkat nasional kerana inilah isu yang menarik minat anak muda di luar, terutamanya 4.6 juta pengundi muda.

Pada masa yang sama, untuk memastikan mesej kita sampai dan diyakini ahli dan pengundi, AMK perlu juga mengukuhkan organisasi di peringkat akar umbi kerana hanya dengan organisasi yang kuat, kita dapat menyampaikan mesej secara berkesan kepada rakyat.

2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu.  Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan.  Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah.  Mengapakah situasi ini berlaku?

PKR lahir di tengah-tengah perjuangan rakyat yang secara tiba-tiba bangkit menentang kezaliman BN, setelah bertahun-tahun diadu-dombakan.

Secara langsung, tekanan kepada PKR dan pemimpinnya juga luar biasa sejak sedekad yang lalu.  Pelbagai bentuk sekatan, ugutan dan tindakan diambil yang menyebabkan rakyat secara keseluruhannya tidak begitu berani mendekati PKR.

Jadi kami membesar dalam keadaan perlu bersuara lantang tetapi tidak cukup sokongan organisasi di belakang.  Sebahagiannya kerana tidak mempunyai sumber dan masa untuk menumpukan perhatian membina organisasi itu kerana isu-isu nasional yang mendesak sering dijadikan keutamaan, sebahagiannya juga kerana tidak ramai yang sanggup tampil ke depan menjadi aktivis dan pemimpin akar umbi kerana tekanannya kuat.

Tetapi keadaan selepas tahun 2008 berbeza kerana kita ramai ahli baru yang berduyun-duyun menyertai PKR dan AMK.  Sebab itu bagi saya ini adalah persimpangan yang baik untuk mula mengukuhkan organisasi, kita tidak ada alasan untuk mensia-siakan dokongan rakyat ini.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?

Saya banyak menumpukan masa membina akar umbi di Terengganu, selain membantu pentadbiran parti dan penggubalan dasar parti di peringkat pusat.

Perkara yang paling saya tekankan di dalam gerak kerja di Terengganu adalah untuk menghidupkan seramai mungkin anggota sedia ada untuk menyumbang dan membina kekuatan akar umbi, kerana PKR juga tidak lari dari masalah sama organisasi yang lain iaitu ramai ahli tetapi sebilangan kecil yang aktif.

Untuk mencapai perkara ini, kepimpinan cabang perlu pastikan seberapa ramai ahli mereka menerima maklumat yang berterusan dan ada aktiviti dari semasa ke semasa yang menghidupkan ukhuwwah sesama anggota di peringkat akar umbi.  Apabila perkara ini berlaku, barulah kita boleh mengenalpasti anggota yang berbakat dan disesuaikan dengan tugasan masing-masing.

Sebab itu, kita tidak boleh rendahkan peranan sistem komunikasi untuk membina jentera akar umbi.  Di Terengganu, kami mensasarkan setiap cabang mempunyai 200 orang anggota aktif yang dijaringkan dengan sistem sms yang berterusan dan email (bagi mereka yang mempunyai email).  Apabila jaringan ini telah wujud, barulah mudah untuk menyebarkan maklumat dan membuat culaan anggota mana yang cergas dan tidak.

Proses ini perlu dilakukan walaupun rumit.  Ia tidak popular dan tidak nampak gah, tetapi inilah bentuk-bentuk kerja akar umbi yang membina organisasi.

4. Anda bertanding atas nama pasukan “Generasi Reformasi”, menganjurkan pendekatan yang lebih bercorak “elit”, apabila mendakwa zaman berdemonstrasi di jalan raya telah berlalu.  Namun demikian, penindasan dan ketidak-adilan yang berlaku 12 tahun lalu, masih wujud dalam sistem politik negara terkini, misalnya akta draconianyang mengekang kebebasan, mencabul keadilan dan sebagainya.

Persoalannya, apakah reaksi AMK terhadap kewujudan akta draconian, malah, seandainya perlu berdepan dengan senario seperti Anwar dipenjarakan, kenaikan harga minyak dan sebagainya?

Saudara membuat kesimpulan sendiri dan terbawa-bawa dengan tuduhan yang dibuat di blog-blog.

Saya pernah mengajukan soalan ini dalam pertemuan-pertemuan dengan aktivis akar umbi – kalau elit itu dimaksudkan berpendidikan tinggi dan berlatar belakangkan profesional, adalah tidak bertanggungjawab kalau ada sekelompok di dalam parti yang cuba menyekat golongan ini aktif di dalam parti, kerana budaya itu adalah budaya lapok UMNO yang takut dengan bayang-bayang sendiri.  Perbezaan kita berbanding dengan UMNO adalah kerana kita meraikan semua pihak dan mengalu-alukan penyertaan golongan berpendidikan dan profesional, sebab itu kita nampak lebih menarik berbanding parti-parti BN di mata rakyat.

Jadi kalau ada angin-angin tidak sihat di kalangan anggota AMK yang sudah terbawa-bawa dengan perangai takut bayang-bayang sendiri ala UMNO dengan memainkan isu elit ini, saya rasa ia perlu diperbetulkan dan ditentang, jika perlu.

Mengenai demonstrasi, saya juga kesal kerana ada pihak yang cepat melatah dan memutar belitkan kenyataan.  Ini tidak sihat kerana kita dipandang rakyat – dan rakyat yang membaca faham bahawa saya tidak pun pernah mengatakan kita perlu meninggalkan demonstrasi.

Yang saya sebut adalah kita perlu keluar dari imej demonstrasi jalanan semata-mata dan mula juga membawa isu-isu yang selama ini kita tidak begitu dekat, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.  Maksud saya kita perlu versatile, hak yang wajib diperjuangkan seperti kebebasan berhimpun dan bersuara perlu terus dibawa, tetapi janganlah itu sahaja yang boleh dibawa oleh AMK.

Pimpinan AMK seharusnya boleh mengapalai rapat umum yang besar (tidak kiralah apa isunya – harga minyak naik atau ISA), tetapi boleh juga duduk di dalam forum ilmiah mengupas isu ekonomi dan sosial secara tersusun dan intelek.  Pimpinan sebegini yang boleh memikat rakyat, sebab itu saya syorkan supaya AMK membuat anjakan supaya mengembangkan lagi pendekatan kita dengan rakyat.

5. Anda cuba menawarkan satu pasukan belia/pemuda yang berkemampuan untuk mengetengahkan dasar yang memanfaatkan rakyat, khususnya dari segi ekonomi.  Namun, matlamat anda akan lebih bermakna seandainya PKR-Pakatan Rakyat berkuasa sebagai kerajaan.  Persoalannya, bagaimana jika ia tidak berlaku? Dan bagaimana pula AMK di bawah pimpinan anda menunjukkan keprihatinan terhadap isu setinggan, remaja dan sebagainya?

Kita bawa politik baru, ia langsung tidak ada kena mengena sama ada kita berada di dalam kerajaan atau tidak.  Politik baru maknanya gagasan yang bertunjangkan idea, apa yang dipanggil thought leadership bukannya ketaksuban kepada tubuh badan pemimpin semata-mata.

Tidak ada parti politik yang patut turun gelanggang dengan prasyarat ia akan berkuasa, gerakan siasah bermakna kita bawa gagasan untuk meyakinkan rakyat – jadi isu sama ada berkuasa atau tidak, bagi saya tidak relevan.

Dari segi keprihatinan kepada isu-isu rakyat, saya rasa sekarang pun, sejak mengumumkan untuk bertanding, Generasi Reformasilah yang mempelopori isu-isu sebegini untuk dibawa kepada anggota AMK dan rakyat.  Kalau tidak, saya sendiri sebelum ini khuatir pemilihan 2010 hanya berkisar kepada persoalan individu (atau individual cultism) semata-mata – sebab itu kami yang paling awal gagaskan beberapa isu rakyat yang pokok yang perlu dijawab oleh calon-calon yang ingin bertanding.

6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998.  Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Pertama, ia tidak boleh lari dari semangat asas yang mengikatnya dulu iaitu kebersamaan.  Gerakan reformasi pada tahun 1998 tidak pernah membezakan sesiapa dan mengalu-alukan sumbangan semua pihak, maka kita tidak hairan apabila PAS, DAP dan NGOs boleh duduk bersama merancang gerak kerja.

Tetapi kita juga telah melepasi peringkat semangat dan pemahaman, jadi sewajarnya di dekad ini semangat reformasi itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, apatah lagi apabila kita sudah menguasai negeri-negeri penting dan di ambang ke Putrajaya.

Sebab itu, manifesto Generasi Reformasi menggagaskan supaya roh reformasi yang diikat oleh semangat kebersamaan itu, diterjemahkan untuk dilaksanakan melalui organisasi yang berkesan di bawah kepimpinan yang berketrampilan.

Jadi jika saudara tanyakan apakah bentuk dan hala tuju baru gerakan reformasi – ia adalah membina keberkesanan melalui organisasi dan menampilkan pimpinan yang berketrampilan, agar ideal reformasi itu dapat dilaksanakan selepas 12 tahun diperjuangkan.

7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO.  Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?

Saya berpendapat Khairy berkebolehan, tetapi beliau juga berdepan dengan cabaran tertentu di dalam UMNO.  Kebolehan peribadi beliau, kalau tidak berjaya membawa perubahan kepada UMNO, akan sia-sia begitu sahaja.

8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kiri), Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY.  Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?

Saya tidak banyak berurusan dengan mereka, apatah lagi mereka pemimpin yang lebih senior dan berpengalaman.  Saya tidak fikir perbezaan antara kami akan menjadi isu, kerana seperti mana PKR, PAS dan DAP saling melengkapi di dalam PR, pemimpin sayap muda ketiga-tiga parti juga akan saling melengkapi.

9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.

Pertama, membina organisasi dengan memastikan selepas 3 tahun, kesemua 202 cabang PKR seluruh Malaysia mempunyai AMK yang berfungsi dan lengkap.

Kedua, meletakkan fokus kepada menampilkan pimpinan bawah 30 tahun sebagai pewaris yang akan mengambil alih kepimpinan AMK sepenggal lagi – maka mereka perlu diberikan ruang sebesar-besarnya untuk diuji dan memimpin.

Ketiga, membawa isu-isu mendesak anak muda yang saya sebut sebelum ini ke peringkat nasional agar ia akhirnya mendapat pembelaan pimpinan tertinggi PR dan BN, bukan sahaja dipandang sebagai isu belia semata-mata.

10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?

Saudara perlu tanya anggota-anggota di bawah, mereka lebih arif dan memahami kerana mereka yang akan memilih.

Democracy supermarket (dari Sinchew Daily)

By TAY TIAN YAN
Translated by DOMINIC LOH

PKR members should be delighted that they can choose a deputy president from three very different types of leaders.

The first one is Azmin, who is staunchly loyal to the party with deeply ingrained hatred towards Umno. He is probably the only person who will stay back if all other PKR members have jumped ship. Moreover, he has a lot of ideas as well as vibrancy and has passed the tests of time. He is simply a born politician.

The second one is Zaid Ibrahim, a futuristic type of leader who advocates open and progressive politics. He has an obligation towards a pluralistic society and democracy that works perfectly well with the ideals of PKR.

The third one is Selangor menteri besar Khalid Ibrahim, an administrative expert, CEO-type of leader who is fair and clean and someone you can hardly find fault with.

If these three are not enough, we still have Mustafa and the fast rising star Nurul Izzah all the more ready to join in the race.

But PKR members are also a troubled lot, as they must choose the right person among the trio to be their post-Anwar deputy.

And this deputy president must be able to take the place of Anwar to bring the party together and lead, instead of creating more fission.

Unfortunately all these three deputy presidential candidates have their own shortcomings.

Azmin is smart and an all-rounded politician, but he has not shown that kind of style a political leader should have.

A young party like PKR needs a leader that can create a political vision to lure the public. Unfortunately, we have so far not seen this from Azmin.

Zaid Ibrahim is a sharp contrast to Azmin. He has all that is lacking in Azmin. He can talk about aspirations and visions, democracy and righteousness, in a way that will convince and captivate the audience.

But he lacks the wisdom and tactics of Azmin.

In electoral politics he is already an out-of-control bomb that can blast off himself and his party. If he opens his mouth, there is 80% chance he will say something inappropriate that would either offend people or scare the supporters away.

And then we have Khalid Ibrahim. Although he is loyal and enthusiastic, he lacks a political aptitude. He doesn’t have the political senses of Azmin nor the charisma of Zaid.

If we were to choose a minister or chief secretary to the government, Khalid is the most ideal person to pick, but his election to deputy presidency, and future presidency, is likely to make many tremble with concerns.

In politics, only the wolves would survive, not the Little Red Hats.

Democracy is like a supermarket. So long it is well stocked, the merchandise is in steady supply and not overdue, there is bound to be market and customers. The this goes well with the supply-demand principles as well as the laws of democratic politics.

On the contrary, if the stock is in short supply and the products have outstayed their expiry dates, the situation could become very worrisome.

A political party that has only a handful of old men, no young talents and no competition is destined to wind up.

As such, PKR should count its blessings. A multi-cornered fight is not a bad thing at all no matter how tough it could get.

Sin Chew Daily