Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.
#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:
21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka
Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.
Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.
Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).
Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013
saya bersetuju dengan anda, pertanyaan saya kenapa tidak kita bongkarkan seluruh isu GLC
secara umumnya dengan project economi corridor pantai timur iskandar johor dan sarawak serta sabah dengan detailkan maping yang ada…harapan saya harap anda dapat pulang untuk bertanding DUN dibawah parlimen besut atau setiu agar dapat kita berkerjasama untuk mengutuhkan lagi apa di sebalik perebutan daerah besut antara terengganu dan kelantan dan ianya adalah satu satunya daerah ibarat jantung semenanjung..sekian quirul 0129608310 pengerusi persatuan timbuk anak kelantan.PITAK 🙂
Ya, semoga target rakyat yang membantah keputusan PRU13 lepas akan tercapai agar dapat membuktikan bahawa rakyat sememangnya benci akan tipu daya UMNO.
Ini kalilah! UBAH.
Ok. You won the majority but PR lost the game.
End of story.
Tak payah dah nak berhimpun
halimunan!..org 2 mcm ko umpama katak bawah tempurung dan bersikap mementingkan diri.. salah ke berhimpun sebab ada dalam perlembagaan..lagipun ko nak g x nak g x sape yg paksa.. cuma ko harus berfikir kaedah perjalanan pilihanraya tu yang dipertikaikan..aku cdgkan ko ajaklah pengerusi SPR datang ke perhimpunan dan berdialog secara terus dengan pemimpin2 berkenaan di saksikan oleh semua peserta perhimpunan dan disiarkan secara langsung.Jgn sembunyi di belakang tembok… apa macam.. ada berani?
Aliran is running an expose on alleged vote buying:
http://aliran.com/13813.html
One person who had turned up to collect his money or out of curiosity told the Aliran special investigation team that the vouchers were obtained during a 1Malaysia dinner. When asked whether these vouchers were related to the 1Malaysia lucky draws, he said, “Tak, ada satu meja ditepi di mana kami kena daftar.”
Another Penangite told an Aliran member:
This is true. BN held several (yes, SEVERAL) 1Malaysia dinners at Teluk Bahang (N40). I attended one just out of curiousity … the reps there gave the people RM160 vouchers and told them they could cash it when BN wins. I only stayed for a few minutes and felt that the whole experience was nauseating … enough for me to leave.
Who are satisfied with the way of the election … no need to attend the rally. For those who feel and believe the EC fool Malaysia election … please come to the black gathering. The law allows people protest as long as the assembly does not affect public safety. Ignore words from any UMNO BN ” pencacai ” who do not know the meaning of human rights. Make sure the assembly in Kedah become a mega rally. We send a message to the authorities. Until today EC have no brave to face and attend forum or debate with PR pertaining this issue.
EC until now failed to declare a formal election results. They deliberately delay the declaration to find a way dispose of all evidence following the petition will be made by PR. Failure of EC chairman or their representative to present forum session with Rafizi in Penang on May 16, 2013 is evidence of the regime and their machinery in trying to protect the malfunction occurred. And if you love this country and your generation, then you must be present. We must STOP the corruption, fraud and injustice that is happening for a long time. Let us UBAH together!. Suara Rakyat Suara Keramat!
Saya mulakan dengan pendapat peribadi saya : memang segala macam perhimpunan pasca PRU13 memenatkan walaupun sangat mengujakan mereka yang hadir. Cuma sekadar nak puaskan hati dengan bertanya : apakah yang bakal terhasil dari segala macam perhimpunan itu? Saya suka mengambil nasihat Pak Aspan dalam entrinya “Pemimpin Sejati Bukannya Yang Berjaya Mengalahkan Musuhnya”.
Tolonglah ada sesuatu hasilnya nanti ye.Moga-moga. Janganlah sekadar jadi seperti PRU11 dan PRU 12, habuk pun tak dapat.
Saya bukan atas pagar. Tak pernah. Sejak 1999 lagi saya dah pilih, dan pilihan saya tetap, masih lagi yang itu juga sebab saya yakin mereka mampu membuat sesuatu! InsyaAllah.
Hello, saya pun sebenarnya ada pendirian dan minat yang cenderung ke arah ‘sana’ tu, hanya saya tak suka pula melupakan yang ‘satu lagi’ tu.
Kita orang berniaga hati semua pihak mesti dijaga :-). Senang hati juga hendak menulis pendapat seseorang di sini … “Lebih baik kita beri undi kepada “..” sebab pihak yang lagi satu pun tidak (belum) dapat membuktikan yang mereka lebih baik dari yang lagi satu itu kan. Kalau ada pokok tumbang kat sini, siapa yang datang tolong alih dan buangkan pokok tumbang itulah yang akak pilih (sebagai wakil rakyat)”.
Oh! Benar! Sesungguhnya betul pendapat itu’ disamping memperjuangkan hak ‘psikologi’ rakyat yang lainnya.
Di kesempatan ini, saya berharap YB En. Rafizi Ramli atau YB Tuan Iskandar Samad segerakan usaha baiki jalan berlubang dahulu. Saya rasa jalan kat Lendu Melaka ni (jalan menuju ke pejabat di Masjid Tanah) lebih baik dari jalan di Taman Dagang alamat dalam kad pengenalan saya tu. Lagi satu, jemputlah datang ke rumah jenguk ayah saya yang sedang terlantar kerana angin ahmar. InsyaAllah dapat menggembirakan sedikit hati rakyat Pandan dan Cempaka itu. Lima (5) tahun tak lama, kerja pula sangat banyak untuk diselesaikan. Dahulukan yang penting yea! Selamat maju jaya.
Oh satu perkara lagi … mungkin baik membaca dengan teliti artikel dalam akhbar ‘percuma’ theSundaily oleh R. Nadeswaran (Citizen Nades) “The Evidence, please” posted 14 hb Mei 2013. Ya, tolonglah, tolonglah kemukakan bukti-bukti tentang blackout tu. Tentang pelbagai lagi tuduhan terhadap SPR. Orang seperti saya perlukan bukti. Senang nak jawab kepada yang bertanya nanti. Bukti yang konkrit ok. Salam dan salam sejahtera.
– Perempuan dari Batu Berendam