Aliran Tunai Selepas Cukai Eksais Dihapuskan Dalam Tempoh 5 Tahun

Ada segelintir yang terkeliru dengan kos untuk menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat. Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan beberap angka yang ditimbulkan oleh Umno, terutamanya setelah PR membentangkan bagaimana dasar ini akan dibiayai dan kesannya kepada rakyat.

Sebelum saya ulas lanjut, untuk memastikan pembaca benar-benar faham hubungkait di antara cukai eksais, cukai import, cukai jualan dan AP dengan harga kereta, wajarlah membaca panduan yang telah saya sediakan untuk menjawab kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir suatu ketika dahulu:

Panduan Harga Kereta Untuk Dato’ Mukhriz

Apabila pembaca menghadam panduan itu, barulah boleh memahami bahawa AP tidak mempengaruhi kereta terbanyak yang 90% tidak dikenakan AP kerana dipasang di Malaysia. AP ini adalah cukai untuk kereta mewah yang dibawa masuk ke Malaysia.

Sistem AP diteruskan oleh Barisan Nasional untuk memberi keuntungan kepada kroni tertentu walaupun bertentangan dengan peraturan perdagangan bebas yang ditandatangani dengan WTO dan AFTA. Sebab itu, AP hanya boleh dilaksanakan sehingga 2015 seperti yang dipersetujui oleh Barisan Nasional sendiri.

Bertitik tolak dari sinilah, maka kesempatan ini digunakan untuk memaksimakan pendapatan negara dalam tempoh tiga tahun, agar peruntukan tahunan untuk mengimbangi kekurangan hasil apabila cukai eksais dipotong adalah rendah.

Saya telah membentangkan kos program-program PR ini sejak setahun yang lepas dan menulis di pelbagai penerbitan. Contohnya, saya pernah membidas YB Khairy Jamaluddin dalam satu penulisan yang disiarkan oleh akhbar ekonomi The Edge lewat 2012 seperti berikut (petikan di bahagian yang membabitkan potongan cukai eksais):

I had also recently presented a cashflow breakdown of PR’s scheme to phase out hefty excise duty on cars in order to reduce car prices. If such a policy is carried out on a straight-line basis over 5 years and coupled with the extra revenue from the auction of APs, I anticipate the following cashflow:

2013

2014

2015

2016

2017

Loss of revenue from reduced excise duties on cars

(1.4)

(2.8)

(4.2)

(5.6)

(7.0)

Additional revenue from auctioned APs

2.0

2.0

2.0

Additional tax revenue from spurred domestic consumption

0.28

0.56

0.84

1.12

1.40

Average allocation reserved to cover for shortfall in 2016 onwards

2.0

2.0

1.0

1.0

1.0

Cashflow excess/shortfall c/f

2.88

5.20

5.68

3.32

0.12

A phased reduction in excise duty will gradually pump in extra cash into the economy in the form of higher public spending that translates to higher direct tax revenues for the government. The federal government only needs to set aside RM2 billion in 2013-2014 to fund the scheme. By 2017, PR’s economic policies to cut wastages and liberate the economy from the shackles of rent seeking and cronyism are expected to bear fruit with the economy growing at its potential of 6% annually. This will bring enough additional tax revenue to make up for the loss of RM7 billion annually from the phased out excise duties on cars.

 

Oleh yang demikian, rancangan PR adalah:

1) memotong cukai secara berperingkat 20% setiap tahun

2) menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP

3) memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan

cashflowkereta
Perkara ini ditunjukkan dengan jelas dalam pembentangan kos program PR di dalam forum-forum dan pihak media.

Persoalannya: apakah kita tidak mampu menabung RM2 bilion setiap tahun bagi tahun 2013-2014 supaya aliran tunai berimbang apabila potongan cukai mencecah 60% dalam tahun 2015, sedangkan Barisan Nasional membelanjakan ratusan bilion untuk projek mega?

Itu pun kalau PR mahu memastikan pendapatan dari cukai eksais diganti agar aliran tunai kerajaan berimbang sepanjang masa. Barisan Nasional selalunya mengambil jalan yang lebih nakal – terus berhutang dan membiarkan aliran tunai negara defisit sepanjang masa, sejak zaman Tun Mahathir lagi!

Untuk memahami dengan menyeluruh aliran tunai dan kos program-program PR, boleh muat turun dan menghadam pembentangan berikut:

Download (PDF, 929KB)

4 thoughts on “Aliran Tunai Selepas Cukai Eksais Dihapuskan Dalam Tempoh 5 Tahun”

  1. Katakan cukai kereta 20%. Maka rakyat akan mampu menukar kereta yang lebih cekap dan selamat dengan lebih kerap.
    Maka kerejaan akan mendapat cukai kerana kekerapan belian kereta + jimat subsidi petrol kerana kereta lebih efisien + jimat kerana kurang kemalangan + aktiviti ekononomi lebih rancak kerana rakyat boleh pergi kemana-mana tanpa bimbang kos perjalanan yang tinggi.
    less tax per head but more tax collection from many source tax contribution.

  2. Selain dari penjimatan petrol melalui kereta yang efisien kerajaan perlu membina jalan raya yang efisien supaya kereta lebih jimat penggunaan bahan api. Sebagai contoh rekabentuk jalan raya yang meminimakan kesesakan dan berhenti-berhenti kerana byk lampu trafik dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Jalan raya efisien + kereta efisien = Jimat bahan api = jimat subsidi.

  3. As salam Saudara Rafizi,

    Pandangan peribadi saya penghapusan cukai atas kereta secara berperingkat memang suatu langkah yang patut dibuat sejak dari dulu lagi. Namun penurunan secara berperingkat ini akan menjejaskan harga2 kereta terpakai di pasaran. Bagaimanakah PR akan menangani isu ini?

    Pada masa yg sama bagi mereka yg sudahpun membeli kereta adakah PR akan membayar balik cukai yg sudah dijelaskan (mungkin tempoh 3 tahun pembelian). Perlu diambilkira bahawa hak pembeli kereta ni harus juga ditegakkan.

    Sekian.

    1. Setuju dgn pendapat saudara.

      Penurunan cukai dlm tempoh 5 tahun blh dikira agak drastik. Mungkin dalam tempoh 5 tahun, ramai pengguna kereta akan “menunggu” dari membeli @ menjual kereta, so industri kereta akan terjejas.

      Pemilik kereta semasa pn akn rasa akibat die sbb harga kereta second hand akan jatuh mendadak, sehingga mungkin lagi rendah dari baki hutang di bank.

      Mungkin PR perlu satu rancangan yg lebih realistik untuk kurangkan cukai kereta.

Leave a Reply to khairul Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.