Pertemuan Dengan ICAC Positif, Yakin Kes Dibuka Semula

Delegasi KEADILAN telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada jam 230 petang, 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan yang memakan masa satu jam itu.

Delegasi KEADILAN juga mengadakan pertemuan susulan dengan YB James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.

Delegasi KEADILAN disertai oleh YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang), YB Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), YB Chang Li Kang (ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) dan saya sendiri.

Semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

Malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Dato’ Seri Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Pun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan. Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan oleh ICAC.

Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi.

Oleh itu, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

YB James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Dato’ Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (“money laundering”) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia.

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 DISEMBER 2012

43 thoughts on “Pertemuan Dengan ICAC Positif, Yakin Kes Dibuka Semula”

    1. orang melayu kebanyakkannya tak berani nak ke hadapan dalam isu2 hak asasi dan keadilan, itu sebab ramai cina yang berani bersuara. Melayu (UMNO) hanya pak turut, tak berani bersuara, harga diri kurang (sori tu say walaupun pedih) so mereka tak berani tampil takut hilang kerja dan hilang anak bini! Berbeza dengan perjuangan Rasullullah. So bila ada kaum lain nak menonjol untuk menegakkan perkara yang betul maka dituduhnya pengkhianat dan nak musnah melayu. Apa jenis sikap dan sifat sebegini! Melayu musnah sebab sikap mereka sendiri yang tak berani menentang kezaliman pihak2 yang zalim walaupun pemimpin melayu sendiri. Saya melayu dan saya malu dengan sikap bangsa saya begini!

  1. Parti itu telah dua kali menunda proses pemilihan dan antara penyebabnya ialah kebimbangan kepimpinan yang mula menyedari sentimen akar umbi yang tidak menyenangi cara mereka ini.

  2. Beberapa orang yang menjadi pilihan Lim Guan Eng tewas dalam pemilihan, antaranya Wong Kah Woh dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik.

  3. Ini adalah petanda jelas ‘pemberontakan senyap’ oleh akar umbi DAP dan Tokong Lim tidak mampu lagi untuk menutup mata mengenainya.

  4. Masalah DAP menjadi lebih parah apabila PAS juga mula menunjuk taring terhadap parti itu yang selama ini dilihat sebagai Ketua.

  5. PAS yang juga menghadapi masalah keyakinan akar umbi terpaksa membuktikan yang mereka bukan anjing kepada DAP sepertimana yang dituduh oleh musuh mereka.

  6. yang menarik lagi ialah parti PKR pula memilih untuk berdiam diri dan enggan menonjol di kala sekutunya memukul gendang perang sesama sendiri, sedangkan musuh sudah mula mengasah senjata untuk menghadapi pilihanraya.

  7. Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR langsung tidak memberi kenyataan dalam menangani kemelut yang melanda parti-parti sekutunya

  8. Pihak ICAC masih enggan memberi pengesahan sama ada mereka akan membuka ataupun tidak membuka semula kes tersebut.

      1. ICAC cannot make a fast decision. THey need to look at the evidence thoroughly. PKR should respect ICAC process of conducting their investigation.

  9. Oleh itu, lebih baik PKR tidak membuat sebarang publisiti tentang apa-apa perkembangan masa depan kes RM40 juta Umno Sabah.

  10. Apa-apa kerahsiaan terjejas boleh menjejaskan siasatan serta keselamatan mereka yang terlibat dalam penyiasatan kes ini.

  11. wah! hebat pemimpin2 PKR cari bukti… ICAC siasat 4 tahun.. siap datang ke Sabah untuk jalankan siasatan selama sebulan.. tidak jumpa pun bukti “baru”.. Rafizi ambil masa 3 minggu saja??

  12. ketika pegawai2 ICAC datang ke Sabah, kenapa Lajim tidak berjumpa dengan ICAC untuk bekerjasama? kenapa pemimpin2 PR tidak bantu ICAC cari bahan bukti?? kenapa hanya selepas hasil siasatan diumumkan dan PRU semakin hampir baru terhegeh2 bagi kerjasama dengan ICAC?

  13. akuan bersumpah Lajim boleh dijadikan bukti ka?? banyak istilah “mengesyaki” pula tu.. bagaimana jika pemimpin2 BN buat akuan bersumpah dengan “mengesyaki” bahawa Lajim terlibat dengan skandal projek KKLW dan Rafizi terlibat dengan skandal mengakayakan Zuraida Kamarudin?

  14. kalau saya bandingkan akuan bersumpah Lajim dengan Abdul Murad, akuan bersumpah abdul murad lebih detail, jelas dan sarat dengan fakta.. akuan bersumpah Lajim???? nama individu yang terlibat pun dia takut nak sebut..

  15. ketika Abdul Murad buat akuan bersumpah, Rafizi kata “berdasarkan siasatan saya, bla, bla, bla rm3 billion Murad yang sapu..” saya pun boleh cakap berdasarkan siasatan saya rm40 juta Lajim yang sapu..

  16. Sekiranya pr berjaya memerintah malaysia, InsyaAllah. Kami sebagai rakyat amat sy mengharapkan keadilan, oleh itu badan berkuasa seperti pdrm, sprm, jab. Peguam negara, atm dll jauhkn dari kawalan perdana menteri, menteri, jadi suruhanjaya pun masih badan eksekutif/menteri control..dari segi perlantikan hingga kenaikn pangkat.sepatutnya terus dibwh kuasa parlimen bukan spa atau jpa..setiap laporan,tindakn dan hasil siasatan terus dibentangkn diparlimen..buat secara langsung ditv..supaya rakyat tahu perkara sebenar..pegawai yg beramanah/menyalahgunakuasa terus diambil tindakn oleh parlimen

Leave a Reply to Hang jebat Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.