Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Dato’ Seri Nazri Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.
Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini. Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan. Tindakan Dato’ [...]
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.
Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil [...]
Berita penutupan restoran-restoran yang dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura memberi ruang kepada saya untuk meneliti kembali beberapa urusniaga dan transaksi (transaction) yang melibatkan dana rakyat yang disalurkan melalui NFC.
Walaupun berita penutupan itu perlu disambut dengan rasa lega, ia tidak bermakna bahawa penyelewengan dana rakyat RM250 juta boleh disembunyikan.
Saya [...]
Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.
Sehingga kini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara [...]
Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.
Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan [...]
Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali.
Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap [...]
Saya menerima notis yang diserahkan secara peribadi untuk hadir memberi keterangan di Bank Negara di bawah Seksyen 87 (1)(a), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Saya telah bersetuju untuk hadir memberi keterangan pada hari ini jam 230 petang di Bank Negara.
Sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, saya juga [...]
Saya kesal dengan tindakan NFC dan Dato’ Ser Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.
Terbaru, beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari [...]
Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.
Selain dari pelbagai kondominium yang telah didedahkan kini, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana [...]
Saya mengalu-alukan persetujuan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa “penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar” merujuk kepada twit beliau “PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most [...]
Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.
Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa [...]
Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.
Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato’ [...]
KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi [...]
Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.
Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya
tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan
bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion [...]
Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:
1) Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas [...]
About

rafizi.ramli@gmail.com

Pengarah Strategi/
Director of StrategiesYoutube

You can search "rafizi ramli" for my videos and speeches on YoutubeTwitter
Facebook
My Facebook's friend's request at Rafizi Ramli is full, please follow me at my fanpage:
Rafizi Ramli
Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat
MUAT TURUN MANIFESTOBahasa Malaysia (BUKU)
Bahasa Malaysia (LEAFLET)
Bahasa Inggeris (BUKU)
Bahasa Inggeris (LEAFLET)
Jom Jadi Sukarelawan PACA Parlimen Pandan (Ejen Kira Undi)
Demi Rakyat
DEMI RAKYAT adalah tema kempen KEADILAN untuk mengenengahkan suara rakyat mengenai tanggungjawab kerajaan dan harapan mereka. Sertai kempen DEMI RAKYAT dengan menyebarkan klip video sebanyak mungkin.
DEMI RAKYAT is the theme of a campaign carried out by KEADILAN to highlight the voices of the common people and their hopes of what the government can do for them. Please join the campaign by promoting and distributing the videos.

VIDEO UTAMA
HARGA BARANG NAIK
Lawat www.demirakyat.org untuk video penuh.Cerita Kak Wan
Kenali Kak Wan dengan lebih dekat, melalui cerpen 6-siri yang boleh dimuatturun.
KAK WAN: MAKNA PERJUANGAN ISLAM
Lawat www.ceritakakwan.com untuk muatturun 6 cerpen bersiri dan video penuh.Kenali Buku Jingga
10 Janji Pakatan Rakyat dalam 100 hari berkuasa:
1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah
Muatturun Buku Jingga versi Bahasa Melayu
Download English's version of Buku Jingga
Muatturun Risalah 8-m/s dalam Bahasa Melayu
Muatturun Risalah 4-m/s (depan) dalam Bahasa Melayu
Muatturun Risalah 4-m/s (belakang) dalam Bahasa Melayu
Blogroll
- Amirudin Shari
- Anwar Ibrahim
- Azmin Ali
- Chang Lih Kang
- Democratic Action Party
- Dr Dzulkefly Ahmad
- Harakahdaily
- Lim Kit Siang
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Malaysian Insider
- Mansor Othman
- MCKK Class of 94
- Nik Nazmi
- Nurul Izzah
- Parti Islam Semalaysia
- Parti Keadilan Rakyat
- Selangorkini
- Sim Tze Tzin
- Sinar Harian
- Suara Keadilan
- Tok Guru Nik Aziz
- Tony Pua
- TV Selangor

