Semak Semula Projek Kereta Nasional Ketiga

Saya membaca laporan-laporan akhbar mengenai hasrat Kerajaan Persekutuan melancarkan projek kereta nasional yang ketiga menjelang 2020. Perkara ini turut diumumkan oleh YB Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan seperti yang dilaporkan The Star bertarikh 4 Ogos 2018 (capaian https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/04/third-national-car/).

Saya ingin melahirkan rasa bimbang sekiranya Kerajaan Persekutuan secara berterusan mahu meneruskan projek ini dalam keadaan tentangan rakyat terhadapnya adalah jelas.

Pakatan Harapan dipilih atas platform untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat. Sementara rakyat masih memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji-janji manifesto (walaupun ada yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari), melaksanakan sesuatu yang tidak popular dan bertentangan dengan tawaran Pakatan Harapan akan mengundang rasa sinis rakyat.

Sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, parti-parti yang menjadi majoriti di dalam Pakatan Harapan (iaitu KEADILAN, DAP dan pimpinan yang meninggalkan PAS untuk membentuk AMANAH) secara berterusan menyatakan hasrat untuk menghapuskan duti eksais yang dikenakan ke atas penjualan kereta kerana cukai kereta itu dilihat sangat membebankan.

Cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta menjadi lebih mahal berbanding negara-negara lain.

Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan. Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen Pakatan Harapan atau manifesto Pakatan Harapan yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga.

Saya berpandangan usaha untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat, seperti berikut:

1. Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?
2. Badan kerajaan mana (GLC, GLIC atau MOF Inc) yang akan mengambil tanggungjawab melaksanakan projek ini?
3. Adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?

Apabila Menteri Pembangunan Usahawan telah menetapkan tempoh masa yang khusus iaitu pelancaran projek kereta nasional ketiga menjelang tahun 2020, saya tertanya-tanya sama ada satu perancangan khusus yang menilai kesan kewangan kepada negara telah dijalankan?

Untuk mengurangkan sindiran dan serangan ke atas Kerajaan Persekutuan, saya menyeru supaya perkara ini dipertimbangkan semula.

Memandangkan ia bersabit perkara dasar, ia sewajarnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan bersama parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan. Sementara saya menghargai keperluan Jemaah Menteri membuat keputusan, tetapi keputusan yang bersabit perkara dasar mestilah diperhalusi secara prinsipnya di peringkat Pakatan Harapan sebelum boleh dilaksanakan melalui Jemaah Menteri.

Pandangan saya ini akan mengundang pelbagai kontroversi.

Saya tidak begitu bimbang dengan serangan dari dalam dan luar apabila saya menyuarakan pandangan-pandangan berhubung kebajikan rakyat seperti ini kerana saya yakin pentadbiran Pakatan Harapan lebih terbuka dengan pandangan dan kritikan membina.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

 

10 thoughts on “Semak Semula Projek Kereta Nasional Ketiga”

  1. Third national car project a lose money, as people don’t want to have such project. People want to MRT, or LRT to Klang Valley, not the idea of third national car. In the next five years, firm are now promote the use of e scooter, e shoes, e unicycle, as a short distance to MRT or LRT.

  2. Certainly you hv the basis for saying tht. And of course any major decisions affecting national policy must be explained to the public & get our overall feedback bfo implementation. We hope cabinets shd not bulldozed public concerns bfo being given the go ahead. I agree with you RR

  3. Setuju dengan pandangan saudara supaya kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut untuk elak kemelut bisnes yang pasti dihadapi oleh industri yang penuh saingan global. Sejarah proton sewajarnya diteladani apabila syarikat berdepan dengan masalah dalam persaingan yang akhirnya terpaksa dijual sebahagian saham kepada pasaran luar.

  4. Agree.. This should not go through.

    Tun Mahathir should consult all relevant parties and get their approval before making such a decision that has deep and long lasting impact (in this case likely more negatives than positives). We have already seen it in Proton.. we don’t need another white elephant project that is going to cost the government tons of money through the many years!

    We should spend on important things and not simply waste on the unnecessary. It is already known we have such a huge debt to clear/reduce so why not work on that first? And if need to upgrade important infrastructure (even if it means through loan).. then go ahead.. Rakyat will surely approve if they are important!

    Thank you Rafizi for speaking up on behalf of the Rakyat. Keep up the good work!

  5. Kata hutang negara 1 trillion, mcm2 janji tak tunai sbb nk kurangkan belanja. Ini mau tmbah parah, Proton 2.0? Saya setuju kata tuan RR, buat kajian mendalam dan berbincang dengan komponen parti yang lain. Kemenangan bukan dtg dgn usaha 1 individu, tapi dari usaha semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.