Calon BN Permatang Pauh Perlu Nyatakan Pendirian Terbuka Mengenai GST & Kepimpinan Najib

28 APRIL 2015

Sehingga kini tidak ada seorang pemimpin Umno pun yang berani berdebat mengenai GST di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Malah, Dato’ Ahmad Maslan yang dikenali sebagai Duta GST pun sehingga kini telah menolak jemputan untuk berdebat dengan saya mengenai GST pada 2 Mei 2015 ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Pada hari ini pula, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh menerangkan kenapa tidak ada gambar-gambar Dato’ Seri Najib Tun Razak di PRK Permatang Pauh sedangkan sebelum ini gambar Perdana Menteri itu lebih diserlahkan dari gambar-gambar calon sendiri.

2 isu yang paling dominan dalam PRK Permatang Pauh setakat ini ialah pelaksanaan GST dan ketidakpuasan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Culaan setakat ini menunjukkan tahap penolakan pengundi Permatang Pauh terhadap GST mencecah 75% – maknanya dari setiap 4 pengundi, 3 menolak GST. Ini termasuklah dari kalangan pengundi Umno/BN sendiri.

Oleh yang demikian, calon Barisan Nasional iaitu Suhaimi Sabudin tidak boleh berdiam dan bersembunyi di belakang pimpinan Umno seperti Dato’ Ahmad Maslan dalam isu GST ini.

Oleh kerana GST adalah isu yang paling penting, wajarlah beliau membuat pendirian sama ada beliau menyokong GST atau pun tidak.

Begitu juga dengan isu kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak terutamanya di kalangan pengundi Umno sendiri yang rata-ratanya menolak kepimpinan Presiden Umno itu. Calon Barisan Nasional iaitu Suhaimi Sabudin juga perlu menyatakan pendirian sama ada beliau menyokong atau menolak kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Justeru, kempen KEADILAN di PRK Permatang Pauh selepas ini akan mula meningkatkan tekanan terhadap calon Barisan Nasional ini untuk mula bersuara dan menyatakan pendirian. Setakat ini, beliau hanya bersembunyi di belakang pimpinan Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Ahmad Maslan.

Bagi pihak KEADILAN, saya menjemput beliau menyertai Forum GST: Antara Realiti dan Persepsi yang dianjurkan khusus bagi PRK Permatang Pauh ini menggantikan Dato’ Ahmad Maslan yang tidak berani hadir. Forum pada 2 Mei 2015 di Tapak Ekspo Seberang Jaya ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyatakan sendiri pendirian beliau mengenai GST.

Jentera KEADILAN juga telah merancakkan penerangan mengenai GST kepada pengundi Permatang Pauh. Sebagai sebahagian dari kempen dan usaha menyedarkan rakyat menolak GST, saya telah menyiapkan 4 video dalam siri #GST101 untuk membidas hujah-hujah Dato’ Ahmad Maslan.

Dalam tempoh 16 jam, video yang dimuatnaik di laman Facebook telah mencapai “reach” 1.156 juta pengguna Facebook, ditonton sebanyak 120,213 kali dan dikongsi sebanyak 17,085 kali.

gst101-1

Video-video ini telah dimuatnaik di laman Facebook saya https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan

dan laman Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=oCF-tpKRcys

Video pertama dalam siri #GST101 yang telah mencapai “virality” ini akan ditayangkan di setiap program penerangan kempen KEADILAN dan akan disambung dengan video-video seterusnya dalam siri #GST101 ini untuk memastikan GST kekal isu yang menyebabkan Barisan Nasional paling dibenci.

Bermula minggu ini juga, KEADILAN akan mula menaikkan poster-poster besar calon Barisan Nasional yang menunjukkan beliau bersama-sama Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Ahmad Maslan menyokong GST. Saya yakin dengan kehadiran poster-poster, kain rentang dan papan tanda (“billboard”) besar ini calon Barisan Nasional tersebut tidak ada pilihan kecuali menyatakan pendirian beliau mengenai GST.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

2 thoughts on “Calon BN Permatang Pauh Perlu Nyatakan Pendirian Terbuka Mengenai GST & Kepimpinan Najib”

  1. dengan perswatan dapat kurang pebelanjaan, bukah dasar pr hak kurang kan kaki tangan kerajaan. Kalau macam itu tak buat perswatan, kita upah macai ada. Kalau guna swarta mana ada tak keuntungan , macam ini buat iklan gst pun perlu perlakon tak kan gunakan rtm kot, rtm tak menghasilkan pelakon . Jawapan aku satu je kastam ada ke teknologi berikan wang itu pada pelancong ia itu lagi pun perlukan orang mahir teknologi, untuk melantik mereka melakuan kerja perlu masa, cuba korang tengok agensi kerajaan pun ada pakai komputer buruk . Jabatan kerajaan dan kerajaan selangor panggil orang luar untuk betul system komputer nya, Kenapa kerajaan selangor tak buat sendiri bukan itu lagi menjimatkan. Kemudian kita kurangkan kaki tangan kerajaan selangor itu lagi jimat , kita kena sokong manifesto dan cakap parti dap kurangkan kaki tanggan kerajaan selangor dan penang itu lagi jimat.

    Hidup fafizi hidup fafizi

  2. dengan perswatan dapat kurang pebelanjaan, bukah dasar pr hak kurang kan kaki tangan kerajaan. Kalau macam itu tak buat perswatan, kita upah macai ada. Kalau guna swarta mana ada tak keuntungan , macam ini buat iklan gst pun perlu perlakon tak kan gunakan rtm kot, rtm tak menghasilkan pelakon . Jawapan aku satu je kastam ada ke teknologi berikan wang itu pada pelancong ia itu lagi pun perlukan orang mahir teknologi, untuk melantik mereka melakuan kerja perlu masa, cuba korang tengok agensi kerajaan pun ada pakai komputer buruk . Jabatan kerajaan dan kerajaan selangor panggil orang luar untuk betul system komputer nya, Kenapa kerajaan selangor tak buat sendiri bukan itu lagi menjimatkan. Kemudian kita kurangkan kaki tangan kerajaan selangor itu lagi jimat , kita kena sokong manifesto dan cakap parti dap kurangkan kaki tangan kerajaan selangor dan penang itu lagi jimat.

    Hidup fafizi hidup fafizi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.