Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.

Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;

2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);

3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;

4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;

5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;

6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;

7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;

9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;

10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan

11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).

Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

Bukti Deepak Membayar Pembelian Barang Kemas Datin Seri Rosmah Mansor

Firestone Summary of Accounts, Invoices and Bank Slips

Dehres Ltd Invoice and Bank slip

24 thoughts on “Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah”

  1. shabas diatas pendedahan dan dan keberanian saudara perjuangan saudara amat mulia dan pada saya saudara sepatutnya kini sedang berada sebagai ahli PAS dan amat sayang sekali kedudukan saudara didalam PKR
    ini memandangkan perjuangan2 pihak mpt didalam pkr pada saya hanyalah sekadar lepas batuk ditangga apa yang mereka janji dan katakan dari mulut mulut mereka semuanya adalah janji manis dan setakat mengambil hati ahli dan yang lain

    mereka2 ini hanya pandai tunjuk sikap perjuangkan rakyat tapi perjuangan mereka hanyalah setakat melepaskan batuk ditangga
    saya adalah penyokong refomarsi dan seawalnya telah dituduh dimahkamah masa itu ada yb. yang kata babi peguam dan kitipan ceramah setiap minggu pulohan ribu ringgit apabila kes berjalan peguam minta saya fee dan tarik diri sen\masa perbicaraan sebab fee tak dibayar
    dah la duit jamin isteri saya pinjam kat kawanya kini kena lantik peguam pula, lantik bachan & kartar fee kena pinjam along
    masih lagi berjuang dan hantar surat kat kak wan masih tiada tindakan
    anuar keluar buat perjumpaan di hotel di tmn melawati berjumpaokt2 dan kata ada dana tolong ahli tapi setakat janji kosong
    pru 12 saya telah mendapat kemalangan jatuh tiang bener ketinggian 20kaki patah di sentul pasar pada mallam tersebut kebanyakan ajk pas datang melawat malangnya dari pkr habuk pun takada masuk wad sentosa hosp buat oa keluar, nak beli alat sokongan tidak cukup wang minta tian chua bantu separuh 3 X tian chua janji (5 bulan )setakat janji kosong masa sama buat ubah suai rumah dia ada duit

    saya dirujuk ke Pusrawi dan setelah pemeriksaan dapati kecederaan saya alami c3-c4,c4-c5,c5-c6,c6-c7 T10-T11;T11-T12 L3-L4,L4L5,L5-S1 kedua belah bahu ligmen koyak, lutut kiri dan kanan,bukulalinkanan fibola berlubang sehingga kini tidak kurang 12 X pembedahan dan kos keselurohan melebihi RM800,000.00 tiada siapa ambil peduli

    inilah nasib seorang pejuang walaupun gaji isteri lebih RM6,000.00 kini lebih merempat dari asnaf kerana terpaksa menangung hutang peribadi,kad kerdit untuk menampung separuh dari kos rawatan

    jesteru itu saya telah berjumpa kak wan dan dato seri anuar di masjid keramat semasa pemergian aruah Dr.LoLo
    dan telah beri nombor talipon bimbit saya dan menerangkan secara ringkas masaalahn saya dan mereka berjanji akan hubungi saya secepat mungkin tapi sehingga kehari ini habuk pun tak ada

    sekian
    sheikh mohamad arshad
    0172026956

    1. Salam Sheikh, kenapa duk cerita dalam ni. Susah kami nak percaya kerana dengar dari sebelah pihak je. Cubalah bagi bukti dan saksi kejadian ke yg boleh menguatkan tuduhan berat ini. Berdasarkan cerita Sheikh memang ramai yg simpati tapi sekarang ni ada macam cerita tentang PKR khasnya DSAI yg kesemuanya fitnah, jadi ini semua mengelirukan.

  2. Syabas Sdra Rafizi…PR menang nanti…sama2 kita lelong barang2 kemas rosmah untuk perumahan dan kebajikan rakyat yang amat kritikal sekarang…

  3. Good work Bro.. But do you think this will work out ?
    They keep silent until end only..
    Anyway good luck to you..

  4. Syabas Bethe …

    But will Najib do without your nonsense ? You know what you are wrote is just a fabrication and you all well known the chances of pakatan is definately dimmed for coming election..

    Any way good jokes.

  5. Bodoh rafizi gay ni….Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd…oklah…katalah resit-resit photostat tu betul…so what? Mana satu resit yang ada nama Rosmah? Memang ada pembelian barang kemas….tapi mungkin untuk mak rafizi atau mungkin untuk shamsidar bagi pihak Anwar…TERPENTING…- bukti yang barang kemas itu dihantar kepada rosmah…mana bukti itu? So, kalau ada pembelian barang kemas banyak tu pun…soapan terpenting untuk siapa? Main cakap aje Rosmah senanglah

  6. Seikh mohamad….
    1. Bila masa pulak Dr Lolo aruah? Aku tak peka kot?
    2. Fuyooooo, belanja pembedahan dah 800 000.00!! Kesian!
    3. Masuk BN ajer ler, mudah-mudahan dapat bantuan setelah diwawancara nanti. Masuk PR ni semuanya percuma dan secara sukarela. Nak harap habuan memang tak ade ler. Kira Istiqomah aje.
    4. Jangan guna kad kredit lagi. Kad kredit umpama ceti moden. Riba kredit kad ni lebih kurang along!
    5. Elok seikh post gambar sekali supaya pembaca dan penyokong PR simpati kat seikh! Ye lar, kecederaan itu sememangnya tersangat seriusnya.

    Apapun diharap seikh banyak bersabar.

  7. Seikh muhamad….
    Rupanya baru aku tersedar bahawa Dr Lolo telah meninggal dunia pada 17 Julai yang lalu. Begitulah tidak pekanya aku pada isu2 yang berlaku. Alfatihah untuk Almarhumah Dr Lolo. Keluarga aku pernah mendapat rawatan daripada Almarhumah semasa beliau bertugas di Pusat Rawatan Islam Jalan Ipoh, KL lama dulu. Beliau seorang doktor yang disenangi dan sentiasa tersenyum ketika memberi perkhidmatan biarpun kadang-kala waktu telah melepasi lewat tengah malam.

  8. Dear Rafizi
    You have done a service to the nation. In fact, you have done a lot for the nation. We will support you.And may Allah bless you always.
    THE ONLY WAY TO GET RID OF THE CORRUPT NOW IS TO CHANGE THE GOVERNMENT.
    I HOPE UMNO MEMBERS SHOULD ALSO SUPPORT OUR CAUSE. THIS IS FOR THE NATION AND OUR FUTURE GENERATIONS.

  9. Mengapa tak ada modal lain ke. oleh kerana dia isteri perdana menteri tak boleh kah beliau membeli barang mewah. Ramai isteri orang kaya di Malaysia membeli barang kemas mengapa tidak didedahkan. adakah Rosmah tidak boleh beri barang mewah dan menggunakan duitnya sendiri? yg pihak pembangkang tak habis habis guna modal lapuk. Adaakah najib orang miskin. Anda sudah dibeli oleh Yahudi melalui org yang anda tidak sangka sangka kerana anda terlalu percaya yg menutup semua kesalahannya.. yg ingin merosakkan negara kita.

  10. Deepak made a statement denying everything n even said ur lying bro.which one la wei jenuh nak pilih masa satu nih

  11. bro, deepak tak pernah mention nama Rosmah, so mcm mana nak kaitkan dgn Rosmah. Kalau dia kata itu hanya untuk bini dan saudara mara dia mcm mana?

  12. Sdr Rafizi!
    Saya ada bberapa soalan utk sdr jelaskan (soalan versi debat dgn KJ)
    Sdr sedar tak sdr spt saje nk bgi first lady of 1Malaysia tak tidor lena??
    Sdr tau tak pabila seaeorg tu kurang tidoq yg mana tidoqnya pun meracau2 & kekadang mamai, emo, tension, over stress & makan pun tak lalu boleh sebabkan susut berat badan itu merupakn 1 kesalahan?
    Sdr tau ke mengangu keharmonian BN tu jenayah sewel yg amat dahsyat hukumanya?
    Sdr beringat2 dah ke bhwa fitnah yg ditujukan pd BN tu punya body guard yg merupakan presiden tak berpelioq parti terbesar Umat Melayu Naif Otak nya?
    Bukan kah sdr berisiko kena luku & sekeh dgn mengaitkan skandal2 tersebut akn mengegarkn jabatan Polis Raja Di Malaysia yg sdr sendri dah tau POLIS tu akn Pukol Orang Lemah Ikut Suka kelak sdr kena spt DSAI yg ditudoh melebamkan mata sendiri?
    Sdr memang dh redy ke dgn judo, kuntaudo, takewando & silatdo utk menghadpi manusia bodo2 alang tu nanti yg mana spt Tn Guru Hj Omar Din Mahaguru Silat Lincah Malaysia walu membelasah org & beliau jdi buangan di Pulau Jejak namun di anugrahi Datuk setelah bebas! camtu ke sdr rafizi?
    Sdr mengisafi tak?, dgn pembongkaran sdr tu telah menelanjangkn rupa diri yg menjelekan BN maka ianya menyemarakkan kami utk beramai2 mengunjungi Stadium Negara pd 12 Januari 2013 nanti bersempena Hari Kebangkitan Rakyat dimana kami mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya utk tidak menjadi kaldai tungangan dlm memenangkan umno d PRU ke 13 nanti!
    Sdr insafi ke bencana yg akn brlaku pd 1 Mlaysia sempena Hari Kebangkitan Rakyat tu nanti?
    Jika sdr Rafizi tetap dgn keras kepala sdr tu, kami juga berdegil utk tetap akan merealisasikan 1juta kehadiran penyokong2 PR yg cintakan perubahan politialaysia.
    Nasihat kami, dgn kedegilan sdr tu adlh adlah lbh bagus sdr turun padang pd tarkh & tempat yg sama utk buat perhitungan antara sdr Rafizi dgn pendokong2 yg menyokong Gagasan 1 Malaysia utk TOLAK UMNO Be End pd PRU le 13 nantti!
    Saudara Rafizi ada teloq namun ada BRAN?

  13. Tengok gambar deepak di tun M birthday party logicnya to assume deepak kenalan tun M. Deepak melalui 3rd party purposely serah invois tu untk u siasat bcoz dlm PR u r good and always tempting at this kind of issue. Now deepak menafikan…deny isu dokumen invois tu. So..ada yg tak kene pada proseqs ‘ flow ‘ of this issue. I suggest u back off fr pursuing hal ni and bekerjasama dgn deepak. If deepak nk dedahkan apa2 let him do it himself. PR just take the benefits of the doubts. Biar deepak do it himself. Pr don’t need to involve into his mess to win pru 13.jangan jadi alat deepak to achieve his goal it should be otherwise ok. …Be careful of what u r saying and doing with deepak. I see this as a trap. Sama macam kes LTAT

  14. tak sudah2 la merabih duit rakyat. TAhniah kepada smua rakyat kerana beri BR1M pada rosmah. Betullah tu BR1M, Bantuan Rakyat 1 malaysia, semua pi kat dia sbb tu shopping sakan. untung laaaa, org lain susah2 cari duit, bayaq tax, tak campur lagi kena AES. last2 dia dok hebat..senang keta besaq, umah besaq, rambut pon besaq..

    Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan- apa2 rakyat kena dulu, asalkan pencapaian diorg tercapai. brilliant!

  15. tak sudah2 la merabih duit rakyat. TAhniah kepada smua rakyat kerana beri BR1M pada rosmah. Betullah tu BR1M, Bantuan Rakyat 1 malaysia, semua pi kat dia sbb tu shopping sakan. untung laaaa, org lain susah2 cari duit, bayaq tax, tak campur lagi kena AES. last2 dia dok hebat..senang keta besaq, umah besaq, rambut pon besaq..

    Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan- apa2 rakyat kena dulu, asalkan pencapaian diorg tercapai. brilliant!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.