Pendapatan Isi Rumah Rakyat Tidak Meningkat, Harga Kereta Mahal Jadi Bebanan Utama

KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009). Maklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:

1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;

2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta, yang disebabkan oleh harga kereta yang tinggi adalah salah satu beban hutang utama kepada rakyat, pada kala sebahagian besar dari rakyat Malaysia hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

Pentadbiran Umno/Barisan Nasional yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga menyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian, yang disahkan oleh laporan tersebut apabila 71.9% dari seluruh isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta sebagai pengangkutan.

Oleh itu, dasar automotif Umno/Barisan Nasional yang menyebabkan harga kereta melambung tinggi adalah penyebab kepada tekanan hutang yang ditanggung oleh rakyat. Peningkatan hutang kenderaan persendirian yang kini dibiayai oleh sektor perbankan negara juga perlu dipantau supaya tidak melonjak naik pada kadar yang membimbangkan.

Makanya, satu-satunya jalan yang adil kepada rakyat adalah dengan mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Rakyat Malaysia tahu bahawa harga kereta di Malaysia yang mahal adalah akibat dasar Umno/Barisan Nasional yang mahu melindungi kepentingan kroni mereka dengan menindas rakyat. Walaupun hanya 2 juta rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai kerana pendapatannya melebihi had minima yang ditetapkan, hakikatnya setiap keluarga di Malaysia membayar cukai yang tinggi dalam bentuk pelbagai cukai yang dikenakan terhadap kenderaan persendirian.

Harga setiap kereta dilonjakkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan Umno/Barisan Nasional iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%.

Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar.

Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan kerajaan Umno/Barisan Nasional ini, bermakna rakyat dibebankan dua kali.

Isu ini adalah isu rakyat yang akan diperjuangkan oleh KEADILAN.

Pimpinan muda di dalam KEADILAN akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13.

KEADILAN juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan politik supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum akan datang berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN

24 JULAI 2012

34 thoughts on “Pendapatan Isi Rumah Rakyat Tidak Meningkat, Harga Kereta Mahal Jadi Bebanan Utama”

  1. salam saudara rafizi
    bagaimana dengan rakyat Malaysia yang macam saya yang baru sahaja membeli kereta
    adakah saya juga akan dapat bantuan daripada kerajaan baru nanti untuk strukturkan semula pinjaman kereta saya termasuklah harga kereta (cukai import + cukai jualan + cukai eksais) dan juga interest rate
    jika tiada, mohon dipertimbangkan sekali
    saya harap skim kerajaan PR tidak hanya tertumpu kepada pembeli baru semata….

    terima kasih kerana mendengar masalah rakyat ketika ini

  2. The govt should consider applying import taxes based on vehicle fuel consumption. It will promote: 1. Lower fuel consumption 2. Lower duel subsidy 3. Lower gasoline import. Govt should unserstand that our crude oil generates 40% yield of diesel n less than 15% of gasoline/components, which causes more gasoline import. High dependency in diesel would reduce import n diesel export. Proper planning might even control change us to be less of an importer.

  3. Assalamualaikum

    Paling utama saya ingin mengucapkan terima kasih kerana perihatin tentang masalah rakyat yang bergelut dengan hutang2 teruta hutang kereta. Kita selalu dengar bagaimana ramai orang telah diistiharkan muflis atas alasan tidak mampu membayar semula hutang kereta dan terpaksa ditarik dalam waktu2 terdesak.

    Saya disini ingin menyatakan sokongan tentang cadangan ini. Akan tetapi saudara Rafizi dapat melihat ini dari segi kesan pada industri kenderaan nasional. Jika tak silap saya asalnya mula cukai ini adalah untuk memberi peluang kepada Proton untuk berkembang tapi selepas banyak pendedahan tentang cukai ini disalahguna oleh kerajaan saya rasa adalah rasionalnya cukai ini dimansuhkan. Tetapi biarlah hanya melibatkan kenderaan tempatan. Ini kerana bukan semua lapisan rakyat dapat membeli kereta import walaupun cukai eksais ini dimansuhkan.

    Akan tetapi untuk meningkatkan mutu kenderaan tempatan, saya juga minta saudara Rafizi mencadangkan supaya mutu kenderaan tempatan dipertingkatkan selari dengan kualiti kereta import. Adalah tidak guna sekirannya cukai ini dimansuhkan tetapi mutu kereta masih ditahap lama dan berbeza dengan kereta Proton yang dieksport ke luar negara.

    Ini adalah cadangan peribadi saya. Harap saudara Rafizi dapat menaiktambah cadangan saya pada tingkat yang lebih tinggi.

    Sekian

    Terima Kasih

  4. Jadikan salah satu manifesto utama pr pd pru13,penurunan harga kereta suatu yg dinantikan oleh rakyat malaysia,apatah lagi dgn bebanan income yg x masuk akal,bagi explanation detail flm bahasa yg mudah difahami,camne pr akan menurunkan harga kereta,apakah kesan harga kpd pemilik kereta “second hand”, used car dan seumpamanya,ini akan memberi kesan undi yg besar kpd pakatan rakyat

  5. Topik yang menarik dan sudah lama memikirkannya…kesimpulan nya TIADA GUNA PROTON PERODUA diwujudkan kerana tidak sedikit pun membantu rakyat Malaysia melainkan yang berkepentingan… 🙂

    1. proton/perodua create a jobs for those who want to works….they have many workers work in their factory…do u want they to loose their job?

  6. Sgt bersetuju dgn inisiatif ini. Statistik kemalangan jlnraya menunjukkan ramai penunggang motorsikal jadinkorban setiap hari. Bila kereta bukanlah barang mewah tp satu keperluan maka x ramai lg menunggang motorsikal. Secara kasarnya setiap keluarga tidak lg terbeban dengan hutang bayaran ansuran kereta yg tinggi setiap bulan. Harga sebuah kereta secondhand di UK berharga semurah 50 pound x sampai rm500. Good job rafizi semoga ini dipromosi dan dijadikan manifesto utama PR.

  7. Kalau di US (semasa saya di sana dulu..sekarang mungkin berbeza)..budak yg baru graduate dan baru bekerja, sudah mampu membeli used-car melalui gaji bulan pertama mereka..tetapi jangan harap di Malaysia…malah orang yang sudah lama bekerja pun masih belum tentu mampu untuk membeli kereta..sehinggakan terpaksa “menipu” dan “mencipta” slip gaji palsu supaya pinjaman kereta mereka diluluskan…

  8. First of all, let me declare that I am not a supporter taksub of any political parties, whether BN or PR. Apakah jaminan PR yang kos lain tidak akan meningkat. Saya tahu PR boleh turunkan harga kereta bagi mengurangkan “kos pembelian”. Adakah kos kepada kerajaan ini akan ditanggung dengan kenaikan cukai lain yang menyebabkan “kos penggunaan” i.e. minyak, penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan etc. naik? All I want is for me and my friends to enjoy better quality cars at reasonable price. Since PR has never govern malaysia, this is my concern. I have always asked you and I will always as you again. What is the catch? Thank you.

  9. Saban tahun PR & BN seakan “berlumba2” menawarkan bonus raya dsbnya.. Saya cadangkan PR laksanakan Sistem Gaji 13 sebagai bukti komitmen hargai kakitangan awam yang bertanggungjawab mengutip hasil & realisasikan program kerajaan.. Sistem Gaji 13 yang dibawa oleh Cuepacs ditolak saban tahun dgn alasan tiada peruntukan kewangan yg tinggi, tetapi tiap2 tahun masing2 cuba sedaya upaya menjadi hero umum bonus.. Gaji minimum telah berjaya, seterusnya PR perlu bawa Sistem Gaji 13 sebagai minifesto PRU13.. Tiada modal (kerana kerajaan lebih dari mampu, bukti: nyatakan tahun bila tiada bonus?).. Tetapi impak yang sangat besar….tq.

    1. Bodoh betul la nasrun ni…yang ni kenapa nak sarankan PR buat benda tu sarankan la dulu benda yang berfaedah..mamai ker apaer????

  10. saya sangat bersetuju dengan perjuangan PR untuk memperjuangkan isu penurunan harga kereta.. boleh dicadangkan juga untuk menyemak cas -cas tidak munasabah syarikat tambang murah air asia yang membebankan rakyat juga.

  11. Satu cadangan yang baik. Tetapi perlu di fikirkan akan kesan negatif akibat dari penurunan harga kereta ini. Sebagai contoh, apabila harga kereta turun, bilangan kereta di atas jalan semakin banyak. Dan ini akan menyebabkan kesesakan jalanraya. Seperti yang kita tahu, sekarang pun kita sudah mengalami masalah kesesakan jalanraya. Terutamanya di bandar-bandar. Pada pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya dapat di pertingkatkan perkhidmatan awam. Macam saya sekarang berada di Jepun, perkhidmatan awam diorang memang boleh dikatakan terbaik. Walaupun tanpa kereta, diorang boleh pergi kemana-mana dengan mengunakan Train,Subway,Shinkansen, dsb. Walaupun di kawasan pendalaman dan kampung, tp masih ada Train untuk menghubungkan dari kampung ke pekan, pekan ke bandar, dan sampai ke pusat bandar Tokyo. Mungkin di Malaysia untuk kita mencapai tahap ini mungkin mengambil masa yang lama. Tetapi, sekiranya ada perancangan yang betul tidak mustahil kita boleh sampai tahap seperti di Jepun. Ini adalah pendapat peribadi,mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. Apapun, apa yang dicadangakan saudara Rafizi adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia. Terima kasih atas keperihatinan saudara.

    1. aku memang tak bersetuju dengan pendapat ko…mintak maaflah. Isu yg ko cuba ketengahkan di sini adalah pengangkutan awam…ko banding dgn jepun…aku pun dah naik bullet train kt beijing, naik bas kat los angeles…kita tk payah nk banding jauh2…cukup setakat thailand…ko tahu harga keta honda dgn toyota kat sana berapa? ko bukak site honda/toyota ko click tab langkawi…ko tahu maximum loan bank di siam? 5 tahun…ko tahu keadaan highway di siam macamana? takde tol bro..so satu soalan sampai bila nk tunggu sistem pengangkutan di msia jadi mcm jepun? mcm usa? bagi 50 tahun lagi kot kat bn? kahkahkahkah jari tengah la…dekat kl pun mcm hampeh jem x habih2…camana pulak dgn pedalaman sabah sarawak? sudah la bro..kita tumbangkan je puak2 umno bn yg sebenarnya tk jemu2 menjarah harta rakyat…itu sebenarnya penyebab puak2 lahanat tu nk kekal berkuasa..

      1. most malaysian always think in a short terms….improve our public transport, lower the interest to buy the new, improve our roads, reduce the toll rate….that a win2 situation for car owner and new car owner….not like this kind of idea…when u have a car and your a driving in road that full of holes, stuck in traffic jam…this cause you wasting you car fuel…your car maybe having a problem cause drive thru not proper maintain road…you will lost more money than you earn…please think for the long term than a short one….

      2. sorry ar rakus…jgn igt nak beli kereta je..balik kampung raya nak nampak cool je buat ape kalau tak berduit…harga kereta makin rendah…nafsu membeli meningkat..org yang gaji 3000 sekarang ni nak pakai kereta honda civic…takde duit buat perangai org takde duit lah…saya sokong faizaru..kerajaan tak kira sape pun yang menang kena perjuangkan transport yang lebih murah efficient dan more accessible to all…bukan hanya certain2 kawasan je..sorry rakus..

      3. sory en RAKUS.. ko kata ko penah naik kat beijing la, usa la..tp aku pelik cara ko ckp pn x educated.. mcm budak2 bru abis blajar je.. cmne ko gi sane eh… dgr pndapat org skit.. jgn nk main hntam suke ati ko je…

  12. tuan,

    Saya plan nak beli kereta baru menjelang hari raya nanti. then dgr kata PR nak rombak struktur cukai kereta kalau menang PRU, then saya rasa ada baiknya saya tunggu. lagipun kebarangkalian PR menang skrg tinggi.

    Jadi, persoalannya, kalau PR menang, berapa lama masa diperlukan untuk cukai tersebut dihapuskan supaya harga kereta jadi murah. adakah immediate or need grace period 2-3 years?

    Kalau benda ni take time, baik saya teruskan niat beli kereta skrg. kalau immediate, baik saya tunggu.

    Mohon pencerahan tuan.

    TQ.

    -Khairuddin-

  13. HASILKAN JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM YANG LEBIH EFFISIEN,STABIL DAN MANTAP UNTUK NEGARA. ITU LEBIH UTAMA, BILA LAGI RAKYAT MALAYSIA MAMPU BERSIKAP PRODUKTIF DAN CEKAP KALAU SISTEM PENGANGKUTAN PUN TIDAK CEKAP. BAHRAIN,QATAR,DUBAI,UAE SEMUANYA ADA JARINGAN TRAIN YANG MANTAP FOR THE WHOLE NATION. TIADA MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA. SAMPAI KE TEMPAT DENGAN SELAMAT DAN MASA YANG TEPAT.WAHAI PAKATAN RAKYAT, PILIH LAH UNTUK MEMACU NEGARA KE ARAH NEGARA MAJU ATAU KERAJAAN BN YANG AKAN MULAKAN SEMUA ITU? ADAKAH PR ADALAH CALON YANG BENAR-BENAR LAYAK UNTUK MEMAJUKAN NEGARA ATAU MASIH LAGI KALAH DENGAN IDEOLOGI DALAM KOTAK SEBEGINI?? PILIHAN DITANGAN RAKYAT DAN PEMIMPIN SENDIRI

    1. bernas…saya suka ayat hujung2 tu…IDEOLOGI DALAM KOTAK SEBEGINI….

      Pleae IMPROVE OUR PUBLIC TRANSPORT AND INFRASTRUCTURE….

  14. SOKONG SAUDARA FAIZARU, MUNGKIN KAMI YANG PERNAH BERHIJRAH KE NEGARA-NEGARA SEBEGINI PERNAH MERASA APA YANG DIPANGGIL SEBAGAI KEMAKMURAN SESEBUAH NEGARA..BEGITULAH NEGARA SEPERTI JEPUN, JERMAN, BAHRAIN,QATAR DAN UAE MENGAGIHKAN KEKAYAAN NEGARA UNTUK KEMUDAHN RAKYAT..SAYA FIKIR SAUDARA RAFIZI JUGA SUDAH MAKLUM TENTANG PERKARA INI..SILA AMBIL DAN BUAT PELAN TINDAKAN SEGERA…TERIMA KASIH

  15. Menurut saya komen saudara Farizal Farhan di atas berkenaan “kos pembelian” dan “kos penggunaan” amat menarik.

    Sebagai pengguna kenderaan yg sedia ada. saya tentunya tidak akan mendapat sebarang “keuntungan/kebaikan” dari penurunan “kos pembelian” ini. Hendak beli yang baru tidak mampu kerana masih ada yg lama (masih berhutang bank). Nak jual (trade-in) pula tidak laku kerana “kos pembelian” yang sudah turun.

    Malah saya mungkin akan berada dalam lebih kerugian kalau pendekatan menaikkan “kos penggunaan” dilakukan untuk menampung penurunan “kos pembelian”.

    Kalau keadaan ini berlaku (penurunan “kos pembelian” dan kenaikan “kos penggunaan”), saya pengguna kederaan sedia ada dilihat seolah2 memberi ‘subsidi’ kepada pembeli kenderaan baru. Jikalau mengikut statistik diatas, hanya 28.1% pemilik baru yang mendapat keuntungan dari penurunan “kos pembelian” ini. Walhal 71.9% pemilik kenderaan sedia ada tidak mendapat apa2, malah akan rugi jika mahu trade-in kenderaan mereka (nilai rendah) dan lebih rugi lagi kalau “kos penggunaan” dinaikkan.

    Saya secara peribadi berpandangan, adalah lebih baik pendekatan menurunkan “kos penggunaan” dilakukan daripada penurunan “kos pembelian”. Ini kerana, kita membeli kereta bukan sekadar harga kereta itu semata2. “kos penggunaan” juga sebenarnya menjadi pertimbangan. Harga minyak (petrol/miyak hitam), tol, parking, road tax, insuran, kos alat ganti kenderaan dan lain2 juga menjadi pertimbangan.

    Saya percaya kesannya lebih luas kalau “kos penggunaan” dikurangkan. contoh paling mudah adalah minyak, minyak yang murah mungkin secara kecil memberi kesan atas pembelian kenderaan, tetapi ia juga secara tidak langsung akan mengurangkan harga barang. Kesan (penurunan harga) ini mungkin dapat dipertingkatkan lagi dengan penurunan cukai jalan, premium insurance, cukai alat ganti kenderaan dll. Dengan ini 71.9% akan mendapat kebaikan, 28.1% lagi tidak akan gusar untuk membeli kerana “kos penggunaan” yang murah dan 100% akan mendapat kebaikan dari penurunan harga barang (kerana kita selalu dikaitkan kos pengangkutan yang tinggi menyebabkan harga barang naik).

    Ingat, ada yang sanggup membeli used toyota/honda dari used kia/naza kerana takut tidak mampu menyenggara used kia/naza walaupon harganya jauh lebih murah dari used toyota/honda. “kos pembelian” yg rendah tidak memberi erti kalau “kos penggunaan” adalah tinggi.

    Ini sekadar pendapat saya sebagai pengguna kereta (itupun hujung minggu, ulang alik kerja menunggang motosikal kerana “kos penggunaan” skrg pon sebenarnya sudah tinggi).

    Mohon kajian mendalam dari pihak yang selayaknya.

    1. pendapat yg bernas….kebanyakkan penduduk malaysia hanya berfikiran singkat…bagi saya baiki dan menaik taraf sistem pengangkutan awam jaringan jalanraya…kurangkan kadar tol dan faedah atas pembelian kenderaan….

  16. Apa yg saudara rafizi kemukakan adalah stu manifiesto utk meringankn beban rakyat….ini hny satu, xkn dgn mnurunkn hrga kereta shja rkyat akan menukar krajaan..
    Bg sya, segala ‘penurunan’ mstilah selari dgn kemampuan rkyat dr segala segi contohnya penurunan hrga minyak,seperti saudara smua sedia maklum,kita jga merupakan negara yg mempunyai sumber minyak.
    Bg sya hrga minyak bg Negara yg mengeluarkn minyak masih blh dikwal, sya bg contoh sbgai brunei, hrga minyak di brunei jauh lbih murah brbanding malysia…maaf jika info sya silap,sya jga tidak brpa ariff tentang hrga psaran minyak dunia,tetapi apa yg sya tgk, klu hrga pasaran minyak dunia naik, cpat je diumumkn,Tetapi apabila hrga pasaran minyak dunia trun..masing2 mmbisu.. apapun yg dikemukakn oleh saudara rafizi jnji meringankn beban rakyat sya sntiasa mnyokong..truskn prjuangan..

  17. Idea cerdik dan bernas.
    Isu cukai 70% satu hal.
    Isu interest bank lebih 40% pon satu hal.
    Harap dapat buahkan lagi satu idea mengenai loan’s interest ni.
    Penurunan interest pasti dapat membantu disposable income.

  18. Typical malaysian….

    always thinking in a short term….please improve our public transport…that the main thing…

  19. saye menyokong perjuangan rafizi.
    w/pun harga kereta turun, proton dan perodua tidak terjejas, beroperasi seperti biasa dan salesman tetap dpt komisyen spt biasa, krn yg dilupuskan cuma duti eksais lebih kurang > 60%..
    sesungguhnye kite tak boleh nak puaskan hati semua pihak, yg telah membeli kereta jgn lah memikirkan anda loser.. rezeki Allah itu luas, Allah dh aturkan yg terbaik utk anda.
    dr segi rangkaian jalan raya, public transport jem etc.. sye tak pernah rasa ada masalah.. kerana setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian.. salah satu cara naik motorbike confirm takkan jem punye kan.. so kurangkan ego anda, naik moto je ke tpt kerja takkan hilang gaya dan penampilan anda..
    apabila harga kereta diturunkan, tak semua mampu membeli kereta import.. mereka yg tdk berkemampuan masih akan membeli proton atau perodua.. be positive alwiz.. di luar sana masih ramai yg miskin tegar.. bersyukurlah kite mampu memiliki rumah, kereta, motor dll.

  20. Saya bekerja di Labuan. Saya beli kereta import kerana Labuan adalah Pulau Bebas Cukai (PBC) di mana saya dapat menikmati pengecualian cukai, walaupun saya terpaksa meninggalkan keluarga di Semenanjung. Bila saya dipindahkan tugas ke Semenanjung, saya terkedu apabila duti import (30%) + duti eksais (80%) + cukai jualan (10%) untuk bawa pulang kenderaan. Kira punya kira, terdapat kenaikan 100% drpd pekeliling terdahulu. Apa insentif rakyat untuk bekerja di Labuan? Yang mengejutkan, jika cukai tersebut dibayar, harga keseluruhan kereta melebihi harga semasa kereta yang sama di Semenanjung. Saya amat terbeban dengan peraturan baru ini. Kastam dan kerajaan BN sangat rakus dalam hal ini dan saya tahu wang cukai kebanyakannya akan digunakan untuk mengenyangkan kroni2 mereka. Sila batalkan cukai eksais yang tidak masuk akal!

  21. Cadangan yang baik dari sdr. Rafizi. Memang harga kereta di Malaysia agak tinggi dan bagi rakyat yang memang perlu memiliki kenderaan sendiri, ini pasti akan meringankan beban mereka.
    Selain dari itu PKR perlu menambaik sistem pengankutan awam yang ada sekarang. Sedikit sebanyak, ini akan mengurangkan bilangan rakyat yang perlu memiliki kenderaan sendiri.
    Harap selepas ini PKR juga boleh menurunkan harga rumah dan menyediakan rumah mampu milik bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Harga yang tidak masuk akal pada masa ini perlu dikawal dan dikaji semula agar semua rakyat mampu memiliki kediaman sendiri.
    Hutang kereta dan rumah adalah hutang terbesar rakyat Malaysia. Jika ini mampu dilaksanakan, pendapatan isi rumah rakyat pasti meningkat.

  22. Apo koh ingat buat JALAN ni makan masa setahun ke ??? Bertahun2.. Ni dah. Dahlah sistem pengangkutan awam tak cekap! kereta mahal! At least bgi keta murah dulu !!

  23. Solihin ..kau ni cakap mcm Pok Lah! Nak improve cam Mano kalau memasing nak kayo ngan bisnes ngan rakyat sendiri!! Mcm kau jual nasik kat anok koh sendiri .. sampe sudah susah blka…

    kasik keta murah ..yg masuk akal n buat tender AP … nie keta masuk rega 25k jual kat rakyat sampai 130k ..!!

    dunia ..dunia !! ok fizi ..teruskan..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.