George Kent Gagal Dalam Penilaian Bidaan, Bahayakan Nyawa Orang Ramai

Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.

Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Dato’ Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).

Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:

1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;

2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;

3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;

4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;

5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan

6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.

Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.

Jika niat Dato’ Seri Najib Tun Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.

Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 JULAI 2012

Prasarana – Summary of Evaluation

Halcrow – Technical Evaluation Summary

6 thoughts on “George Kent Gagal Dalam Penilaian Bidaan, Bahayakan Nyawa Orang Ramai”

  1. Syabas Rafizi…satu dimensi baru dalam politik Malaysia. Teruskan cara begini supaya masyarakat kita lebih peka kepada ketelusan, kalaupun PM atau pemimpin sekarang masih belum sedar tapi untuk PM-PM dan pemimpin-pemimpin akan datang tak kira dari ideologi mana supaya wajib beretika dalam memimpin. Mungkin cara pembuktian sebegini lebih baik dari membuat tuduhan dengan percakapan saja dan tanpa bukti.

  2. Saudara Rafizi:

    Kalau semua ini benar, saya cadangkan Saudara hebahkan kepada semua rakyat dan pengundi melalui semua cara yang ada.

    Rakyat di kampong bukan tau sangat. Yang tua tak tau guna komputer, apa lagi internet. Yang tau pula mereka tak berminat baca blogs.

    Bukan mahal sangat kertas2 yg murah. Edar seluruh pelusuk negara.

  3. Di samping apa yang akan saudara rafizi buat, kita sebagai rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu mereka mereka yang tidak mempunyai informasi terkini.

    ayuh, mari kita share semua maklumat kepada kawan kawan di pedalaman, yang tak ada komputer…

  4. tahniah rafizi…
    dimensi baru di dlm kita menegakkan kebenaran dan pembuktian… dgn fakta dan data…

    namun dalam masa yg sama, still kita tidak terhenti memberi penerangan secara pendekatan lain yg terbukti berkesan.. selagi tidak fitnah dan pembohongan…

    now,… certain masa,jauh lebih percaya apa rafizi cakap berbanding seluruh BN

  5. @Pantherian- Saya sebagai seorang jurutera yang banyak terlibat dalam penilaian teknikal untuk sesuatu projek mengakui bahawa penilaian teknikal adalah amat penting dalam memilih syarikat yang layak untuk memenangi tender tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.