Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.

KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI

8 MEI 2012

 

3 Responses to Peneroka Felda Berhak Mendapat RM50,000 Satu Keluarga, Bukannya RM15,000

  1. hassan says:

    assalamualaikum saudara rafizi..
    Soalan:
    Dgn penyenaraian ke bursa saham, adakah tanah2 peneroka felda akan tergadai sekiranya terdapat kerugian dr aktiviti pasaran saham?

  2. John Labu says:

    Najib Razak….The Great Malaysian Robbery

  3. adam says:

    nk tnye skit ye??
    ne soalannye..
    harta2 pusaka yg warisnye da xdak,sama ad tak dijumpai atau tiada waris or x di tuntut bernilai berbilion2 rm yg di pegng oleh Amanah Raya Berhad (ARB) pegi kemana???????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.