Skandal NFC: KEADILAN Akan Serahkan Dokumen Asas Kepada Polis Petang Ini

Pihak penyiasat dari Bukit Aman telah menghubungi saya untuk memberikan keterangan berkenaan siasatan terhadap skandal NFC. Saya telah bersetuju untuk hadir dan memberikan keterangan di Bukit Perdana pada jam 3 petang hari ini.

Sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC. Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada KEADILAN.

Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali. Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC. Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri.

Siasatan lain dijalankan sendiri oleh KEADILAN berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu.

Oleh yang demikian, KEADILAN yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman KEADILAN sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan.

Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat sehingga ke peringkat tertinggi penglibatan dan kecuaian pimpinan kerajaan yang mengakibatkan kerugian RM250 juta wang rakyat ini, termasuklah:

1)      Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan

2)      Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang.

 

Semua maklumat yang saya miliki setakat ini saya akan serahkan kepada pihak PDRM petang ini untuk mempercepatkan siasatan.

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

4 JANUARI 2012

 

10 thoughts on “Skandal NFC: KEADILAN Akan Serahkan Dokumen Asas Kepada Polis Petang Ini”

  1. Tahniah kerana bersuara berteraskan fakta. Inilah kualiti yg ada pd org2 Petronas. Walaupn sy bersama Petronas xlama (kontrak) tp sy dpt lihat sendiri dan kagum dgn professionalism kakitangannya. Org yang berkualiti mcm ni la sepatutnya memegang jawatan penting negara. Sy tringin nak tgk Tan Sri Hassan Merican memegang jawatan penting negara. Sy ahli UMNO yang tidak akan sama sekali memberi peluang kpd UMNO dlm PRU13. Sy terpaksa jadi ahli UMNO pun sbb kerja kontrak dgn syarikat state govt Terengganu, bimbang tidak akan disambung kontrak sbb perbezaan pandangan politik. Harap lepas ni Sdr Rafizi dapat bongkar pula corruption disebalik program kerajaan negeri yg melibatkan 500 pekerja kontrak yg teraniaya kerana trdapat bnyk pelanggaran Akta Jabatan Tenaga Kerja oleh anak syarikat kerajaan negeri Trg selain program bernilai puluhan juta setahun kerajaan negeri yg zahirnya untuk pendidikan namun agenda tersirat hanya untuk kepentingan undi.

  2. Tahniah dan terima kasih kerana menampilkan bukti kebobrokan sistem pentadbiran negara oleh UMNO/BN. Jelas wang rakyat diguna untuk keselesaan kroni. Isu ini takkan basi sehingga wang itu habis diganti.

  3. Kalau isu dah basi tak payah siasat la…piiiiirah. Dia orang nak samakan ‘isu’ dengan ‘tren’ supaya senang nak ngelak. Orang tongong saja yang tak sensitif dengan semua isu sekeliling tak kira basi atau fresh.

  4. Bro, menarik… cash book… sumber segala maklumat serta bank statement… yg bestnya tu go dipper on the bank card director director tu…. mungkin banyak lagi…

    Ha… ha… the auditor…. wants any help email me…

  5. Bro… kalau PDRM betul betul competent.. dia tak perlu minta itu dan ini dari awak. PDRM can go straight to NFC and request for the documentation and berkampong seketika di sana dan go dipper into each and every transaction. This is no longer an audit but investigation…

  6. Tengok ni… perbelanjaan melalui kredit card yang tak tahu apa dibeli oleh salleh dan anak anak untuk tahun 2009 sahaja ialah RM549,000….. tengok analisa dibawah… ini belum lagi belanja golf club… nanti saya tolong downloadkan…

    PURCHASED THROUGH CREDIT CARD – CHAIRMAN
    “22/1/2009
    ” “Maybankard Center – Corporate Card Datuk Salleh Ismail
    ” 6,910.34
    “26/2/2009
    ” “CIMB Bank Card Centre – Credit Card – Datuk Salleh
    ” 49,138.32
    11/3/2009 “Maybankard Center – Credit Card Datuk Salleh
    ” 15,527.30
    “29/6/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Chairman
    ” 6,804.10
    “27/5/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Datuk
    ” 43,037.60
    4/8/2009 “Maybankard Center – Credit Card Datuk
    ” 2,530.83
    “28/8/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Izran & Datuk
    ” 57,783.36
    TOTAL CHAIRMAN- 2009 181,731.85
    PURCHASED THROUGH CREDIT CARD – IZZANA
    “22/1/2009
    ” “Maybankard Center – Corporate Card Izzana Salleh
    ” 49,431.02
    “13/4/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Izzana
    ” 16,569.86
    8/7/2009 “Maybankard Center – Credit Card Izzana Salleh
    ” 32,475.64
    “28/9/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Izzana Salleh
    ” 3,667.86
    TOTAL IZZANA – 2009 102,144.38
    PURCHASED THROUGH CREDIT CARD – IZMIR
    “22/1/2009
    ” “Maybankard Center – Izmir Salleh
    ” 47,763.06
    “27/5/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Izmir Salleh
    ” 35,761.59
    “30/9/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card Izmir
    ” 23,900.74
    2/11/2009 “Maybankard Center – Credit Card Izmir
    ” 14,977.04
    TOTAL IZMIR – 2009 122,402.43
    PURCHASED THROUGH CREDIT CARD – IZRAN
    “22/6/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Card – Izran Salleh
    ” 50,773.08
    “26/2/2009
    ” “CIMB Bank Card Centre – Credit Card -Izran Salleh
    ” 38,590.50
    12/10/2009 “CIMB Bank Card Centre – Credit Card Izran
    ” 1,716.18
    4/8/2009 “Maybankard Center – Credit Card – Izran Salleh
    ” 2,978.65
    TOTAL IZRAN – 2009 94,058.41
    NO DETAILS
    2/12/2009 “Maybankard Center – Credit Cards
    ” No details whose card 22,339.68
    “22/12/2009
    ” “Maybankard Center – Credit Cards
    ” No details whose card 26,341.69
    TOTAL 48,681.37

    JUMLAH KELUARGA SALLEH DAN SHAHRIZAT MEMBELANJAKAN WANG RAKYAT MENERUSI KREDIT CARD TAHUN 2009 549,018.44

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.