Skandal Projek Lembu: Bukti Seluruh Keluarga Menteri Terlibat

Sehingga kini Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai desakan KEADILAN agar beliau menjelaskan kegagalan projek ternakan lembu nasional setelah menelan peruntukan yang besar dan mendapat kurniaan tanah kerajaan yang luas.

Malah, syarikat tersebut kini memulangkan soalan untuk dijawab oleh Menteri Pertanian dan Agro-Industri, Dato’ Noh Omar seolah-olah mereka mencuci tangan.

Sementara kita menunggu siasatan dan penjelasan dari menteri yang diarahkan, rakyat Malaysia jangan ragu-ragu bahawa National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Perkara ini sebenarnya lebih besar dari persoalan lembu yang hilang atau kemewahan lembu-lembu ternakan yang dipelihara di ladang yang terlalu besar berbanding saiz ternakan.

Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan dan semua menteri terlibat:

1) Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan diuruskan oleh seorang anak muda di awal 20an diberikan tanggungjawab besar mengendalikan projek berimpak tinggi di bawah RMK9?

2) Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut?

3) Apakah proses bidaan dan penilaian yang dibuat sebelum syarikat milik anak beranak menteri ini dilantik mengendalikan projek lembu terbesar ini.

Sementara kita menunggu jawapan, saya sertakan bukti bahawa syarikat NFC ini benar-benar dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil:

20111027-180228.jpg

6 thoughts on “Skandal Projek Lembu: Bukti Seluruh Keluarga Menteri Terlibat”

  1. Rafizi pandai carik contact details pejabat NFC, tapi tak pandai baca Laporan Ketua Audit Negara ke? Ke sebenarnya tak pandai download? Dalam tu dah terang-terang dinyatakan pihak mana yang diberi mandat membersihkan kawasan itu dan ia BUKAN NFC! Cukuplah tunjuk kebodohan. Rakyat dah muak!!!!! Dan janganlah jadi bodoh bila mempersoalkan mengan Noh Omar yang kena jawab. Sebab, memang keselurahan projek ini memang dibawah kementerian Noh Omar! Belajar tinggi-tinggi, tapi bodoh bertingkat-tingkat!!!

  2. Hi… It is true that the family members of Dato’ Seri Shahrizat Jalil is running and managing the show in NFC.

    Again…. it is badly managed and misuse of Rakyat money.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.