MAS dan AirAsia

Pelbagai pendapat diberikan mengenai urusniaga antara Khazanah dan AirAsia yang menyaksikan pemilik AirAsia bukan sahaja memegang 20.5% saham MAS, malah turut berada di dalam Lembaga Pengarah MAS.

Saya lihat rata-rata penganalisa pasaran menyambut baik urusniaga itu, atas dasar sinergi perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Antara yang sebut ialah peluang untuk menyelamatkan ratusan juta kos MRO dan rasionalisasi laluan yang akan memaksimakan keuntungan.

Saya tertarik dengan pandangan mengenai sinergi ini. Urusniaga yang mengakibatkan satu pihak mengambilalih pegangan yang besar dan mengawal operasi pihak yang satu lagi bukanlah perkara yang baru. Ada yang menyebutnya sebagai “white knights”, ada yang menyifatkannya “hostile takeover” bergantung siapa yang mengambilalih.

Namun urusniaga MAS-AirAsia ini lebih pelik.

Pertamanya, AirAsia adalah pesaing utama MAS. Pandangan bahawa satu kerjasama akan menguntungkan kedua-dua pihak adalah kurang munasabah, kerana secara akalnya pemilik AirAsia sudah tentu mengutamakan kepentingan AirAsia mengatasi MAS. Maka, keputusan yang dibuat bagi pihak MAS oleh si tuan punya AirAsia secara akalnya lebih cenderong untuk memberi keuntungan jangka panjang kepada AirAsia.

Sebab itu konsep tatakelola korporat (“corporate governance”) ini bukan satu konsep yang hanya perlu ditulis atas kertas, tetapi wajar dipertimbangkan pelaksanaan praktikalnya. Amatlah sukar untuk seorang pemimpin korporat yang bermusuhan dengan pesaingnya selama ini untuk berlaku adil dan saling bertukar peranan, kerana kebiasaanya keputusan beliau akan cenderong untuk memberi keutamaan kepada syarikat miliknya. Keadaannya makin berbahaya sekarang apabila beliau ada peluang untul mempengaruhi keputusan besar MAS yang akan menguntungkan AirAsia bagi jangka masa panjang. MAS rugi, AirAsia untung. Jangka masa panjang, MAS mungkin rebah dan terus hilang, AirAsia mengambil tempatnya.

Itu belum lagi pertimbangan bahawa urusniaga ini ditentang pekerja MAS dan akan melemahkan semangat dan jatidiri profesional mereka.

Saya tinggalkan persoalan-persoalan ini untuk pembaca buat penyelidikan lanjut. Kalau ada masa, Insya Allah saya akan tulis lebih lebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.