Tidak Banyak Yang Berubah ;-)

Ahad lalu beribu-ribu yang turun menyertai rapat umum membantah kebongkakan Syabas dan kroni Umno untuk terus menindas rakyat.

Seperti biasa, perkara biasa yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak:

1) Kenapa perlu merosakkan ketenteraman awam dan menyusahkan “rakyat”

2) Kenapa tidak dibuat di dalam stadium sahaja, senang dan tidak perlu berdepan dengan polis

Saya agak letih melayan pandangan-pandangan sebegini yang tidak mengerti bahawa hak untuk berkumpul itu adalah hak rakyat. Jika kita mengambil pendekatan berdolak dalih seperti menerima hujah tempang bahawa rapat umum hanya boleh dibuat di stadium tertutup demi “kesenangan” sesetengah pihak, maka kita menerima dan mengiyakan bahawa pihak berkuasa boleh menakrifkan ruang litup “hak rakyat” ikut sesuka hati mereka.

Maka, perkara berkumpul di tempat awam bagi rapat umum, adalah perkara prinsip. Jika kita berundur dari prinsip itu, maka lunturlah prinsip.

Pun begitu, rapat umum berjalan dengan baik di sebalik semburan air asid dan gas pemedih mata. Saya perhatikan ramai anak-anak muda yang mengambil tempat di depan, maka all is not lost and those who come later are in the good footsteps of those before them.

Yang agak menarik adalah dengan kehadiran media baru, liputan serta-merta dapat dikongsi secara terus dengan orang ramai di seluruh dunia, siap dengan gambarnya sekali. Terima kasih Twitter dan blackberry.

NOTA KAKI

Ramai juga yang tidak faham bahawa double standard pihak polis yang membenarkan perarakan dan rapat umum kumpulan-kumpulan sebelah sana seperti PERKASA, UMNO dan terbaru GAPS adalah bukti bahawa jalan kekerasan yang diambil polis bukanlah sangat atas pertimbangan keselamatan awam, tetapi pertimbangan politik.

Tidak banyak yang berubah walau kepalanya sudah berubah 😉

One thought on “Tidak Banyak Yang Berubah ;-)”

  1. Agreed. Saya tak nampak apa masalahnya untuk berhimpun dan menyuarakan kehendak rakyat. Polis sebagai pihak yang berkuasa untuk mengawal keselamatan seharusnya bertindak untuk membantu memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman, bukan dengan jalan menggertak dan bersiap sedia dengan gas pemedih mata, dsbnya. Memang betul suara dan kehendak rakyat ini boleh dilontarkan menerusi surat khabar dan sebagainya, tetapi berapa ramaikah wartawan dewasa ini yang cukup berani dan telus untuk menyampaikan suara tersebut menerusi ruang penulisan mereka? Akibat budaya akhbar masa kini yang menyampaikan berita untuk tujuan menjaga periuk nasi semata-mata, berita-berita yang dipaparkan tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di kalangan rakyat. Bila tarif elektrik naik, di akhbar2 dan di media elektronik terpampang wajah-wajah rakyat yang menyatakan bahawa kenaikan itu baik dan itulah yang diambil oleh media2 tersebut untuk membuat satu statement besar bahawa “kenaikan tarif elektrik diterima baik oleh rakyat”. Retorik yang sama juga berlaku bagi isu-isu lain spt kenaikan harga minyak, emel !Malaysia dan sebagainya. Masyarakat luar bandar yang tidak terdedah kepada internet akan terus mengambil bulat-bulat segala yang mereka baca dan tonton. Sebab itu perlu untuk majoriti rakyat yang mewakili wajah sebenar situasi yang berlaku di Malaysia turun berhimpun untuk menyatakan kehendak rakyat. Jika sekadar berdiam diri, BN akan anggap bahawa kita OK dengan situasi yang berlaku sekarang. Pembodek dan tukang kipas kpd yg di atas akan memberitahu kepada pemimpin mereka bahawa misi mereka menipu rakyat telah berjaya. Sekurang2nya jika rakyat bersatu untuk menegakkan kebenaran, sedikit-sebanyak akan menggetarkan kroni-kroni BN seperti Utusan dan TV3. Ingatkan mereka bahawa BN tidak selama-lamanya akan berkuasa. Ketuanan sebenar adalah ketuanan rakyat, bukan semata2 bersandarkan kepada parti atau pun kaum. All the best for BERSIH 2.0!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.