Taklimat Rakan Skuad Komunikasi Selangor: Diskusi Strategi Mendekati Orang Muda

Alhamdulillah sempat bersama-sama Cikgu Faris Musa, Timbalan Ketua AMK dalam satu program bersama-sama anak-anak muda dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang membentuk rakan SKS (Skuad Komunikasi Selangor). Saya hadir bersama-sama YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves), atas jemputan Cikgu Faris dan penganjur untuk mengulas mengenai strategi mendekati orang muda menjelang pilihanraya umum ke-13.

Diskusi bermula dengan berkongsi beberapa senario mutakhir, termasuk bacaan kedudukan keputusan pilihanraya sekiranya diadakan sekarang. Yang paling jelas, keputusan PRU13 akan ditentukan oleh orang muda, yang membentuk hampir 50% dari jumlah pengundi keseluruhan.

Pengaruh pengundi muda juga tidak boleh ditolak ke tepi, kerana berdasarkan keputusan PRU12, peranan orang muda dalam membawa mesej pembaharuan dan reformasi ke desa adalah lebih berkesan dari peranan yang dimainkan oleh TV dan media (kalau tidak masakan Kelantan makin kukuh bersama-sama Pakatan Rakyat).

Persoalan yang lebih utama adalah bagaimana mahu mendekati jumlah pengundi muda yang dianggarkan berjumlah 4.6 juta orang ini, terutamanya dalam keadaan mereka tidak begitu berminat dengan politik, tidak percayakan media arus perdana tetapi pada masa yang sama tidak pula mengunjungi media alternatif (berdasarkan culaan yang dibuat setakat ini).

Malaysia sebenarnya melalui proses biasa  iaitu kematangan demokrasi dan proses ini juga mengundang sedikit side effect – menurunnya minat golongan muda kepada politik. Proses ini berlaku di Eropah, Jepun dan negara-negara lain.

Sebab itu, dalam suasana sebegini, usaha untuk mendekati golongan muda yang pelbagai citarasa, minat, kecenderongan dan kadang-kadang mempunyai dogma masing-masing adalah sangat kritikal.

Saya unjurkan kepada peserta bahawa parti memerlukan kepelbagaian dalam pendekatan untuk menarik minat anak muda ini. Sentimen reformasi sebaiknya dijadikan landasan kukuh untuk membina keyakinan kepada perjuangan, tetapi pada masa yang sama barisan yang ditampilkan serta bentuk pendekatan yang diambil perlu juga mempunyai kepelbagaian yang boleh menarik minat kumpulan anak muda yang berbeza-beza.

Sebab itu, parti perlu keluar dari sentimentaliti yang melampau sehingga lupa bahawa kumpulan yang ingin kita dekati telah berubah. Kalau dulu, di awal gerakan reformasi, objektif utama gerakan anak muda adalah membawa mesej bahawa ketidakadilan telah berlaku dan mempertahankan hak untuk bersuara. Mesej ini penting untuk memastikan rakyat sedar perkara sebenar yang berlaku dibelakang tabir wayang kulit yang dimainkan pemerintah.

Tetapi persepsi rakyat kepada kita sekarang lebih berkisar kepada persoalan keyakinan untuk memerintah – mengambil kira bahawa sebahagian besar anak muda sudah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional.

Persoalan ini perlu dirungkai dengan baik, maka saya syorkan kepada peserta tempoh hari, sebagai agen perubahan akar umbi, mereka mesti peka kepada permasalahan orang muda dan membawa isu yang dekat dengan orang muda, walaupun kadang-kadang kumpulan orang muda itu dan isu yang dibawa bukanlah isu atau sasaran tradisional kita.

Anak muda perlukan muafakat baru pemimpin muda, yang boleh mengolah isu orang muda dan mengangkatnya dengan sebaik mungkin di persada kebangsaan. Pada masa yang sama, tumpuan kepada pembinaan organisasi tidak boleh diabaikan kerana kita sudah melepasi era bergantung kepada sentimen semata-mata. Putrajaya hanya boleh dimenangi dengan gabungan memikat harapan rakyat melalui isu yang tepat; dan organisasi yang kukuh untuk meyakinkan rakyat kita punya kekuatan untuk melaksanakan janji kita.

Sessi berakhir dengan beberapa soal jawab yang menarik – seterusnya ditutup secara rasmi oleh Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Malaysia.

10 thoughts on “Taklimat Rakan Skuad Komunikasi Selangor: Diskusi Strategi Mendekati Orang Muda”

  1. Mungkin isu-isu ini boleh dikupas dengan hujah dan fakta bagi menarik minat Pengundi Muda ke arah politik(kenegaraan):

    – Hutang PTPTN
    – Harga Minyak & Tol
    – Wang KWSP yg byk dipinjamkan ke projek mega(Bakun & Felda)
    – Projek Perumahan Mewah (>400k) yang tak mampu milik
    – Kemajuan Sukan (Bola, Hoki, Takraw, Badminton, Sukan Rakyat)
    – Isu Wanita(Cuti bersalin, waktu kerja anjal,tempat asuhan di tempat kerja)
    – Muzik liberal yang berinti mesej positif

    Pengundi Muda pastinya cepat terkesan dengan isu yang menjejaskan aktiviti hibur dan libur mereka, belanja harian yang terganggu dan semangat kpd sukan EPL khususnya(saluran bola ASTRO naik harga). Hehe saya rasa lah.

  2. Ya Sdr, ini ialah isu-isu yang perlu diangkat diluar kerangkan isu anak muda yg selama ini menjadi base traditional kita 🙂

    ha ha muzik liberal, saya akan heret Monologue teman baik dari zaman sekolah ha ha!

  3. The youth yearns for inspiration. Inspiration leads to hope, which in turn increases morale and optimism.

    Be inspirational and the youth will respond.

  4. Sdr Yasir,

    Base tradisional – kumpulan2 atau isu2 yg dekat dengn kita & kita selesa bawa selama ini. Cth: apabila orng sebut AMK, orng bayangkan isu rasuah, isu pertahankan DSAI, isu ISA dll.

    Ini cukup baik, ttp ada juga isu2 besar di kalangan anak muda yg kita tidak biasa bawa, mungkin kerana kita rasa tak “cool” (ha ha), atau tidak sesuai dgn gaya kita.

    Ini yg perlu diubah sedikit, kerana pembawaan kita mesti serasi dgn orng muda di luar & isu majoriti yg hendak didengar oleh orng muda, klu tidak kita syok sendiri 🙂

    Wallahualam 🙂

  5. Dear Zamir

    Thanks, history uses all sorts of yardsticks to measure the greatness of leadership – but one common trait that never escapes any historian’s observation is one’s ability to inspire; because out of inspiration comes the desire to be led. Only a leader who leads can bring greater heights to its people.

    The demand & expectation of your generation is harder & more complex – it presents a new sets of challenges to those who wish to lead 🙂

  6. My generation? Haha x jauh sgt pun kite ni kut!

    On another note, I find Yb Nurul Izzah’s points to Perkasa very inspiring. Do send my regards to her and keep up the good work.

  7. No worries bro…one thing that crossed my mind during the brainstorming session in mbsa the other day was that seeing so many young MPs n Aduns was really a breath of fresh air. No more ‘towering malay’ syndrome and excessive protocols that can hamper creativity and wastes time. Kudos to everyone.

  8. ha ha Zamir, skrng masa utk pastikan lebih ramai orng muda datang ke depan & menyumbang – the elders tidak ada pilihan kecuali utk mendengar, sbb kuasa yg ada pada orang muda.

    we may make mistakes, but let’s learn from our mistakes. It’s better to make mistakes than not learn anything at all for fear of the mistakes (mak cik aku ckp laaa… ha ha)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.