Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda PKR (AMK).
Beliau turut mengumumkan barisan regunya – dikenali sebagai Generasi Reformasi – yang akan bertanding jawatan utama dalam AMK.
Rafizi akan berganding dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK.
Manakala tiga lagi ADUN gandingannya akan bertanding jawatan naib ketua dan exco. Mereka ialah Sim Tze Tzin (Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang) dan Chang Lih Kang (Teja).
Sim dan Kesavan akan bertanding jawatan naib ketua manakala Chang dan empat orang lagi – Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion akan bertanding jawatan exco.
Menurut Mohd Rafizi, barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi.
Beliau dipercayai akan mendapat tentangan sengit daripada penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin, seorang lagi anggota MPP Badrul Hisham Shaharin dan seorang pemimpin cabang daripada Johor Hasmi Hashim.
Timbul isu baru
Ketiga-tiga mereka bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kesediaan mereka merebut jawatan yang sama.
Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi ini, Mohd Rafizi berkata, reformasi yang tercetus pada 1998 membuka lembaran baru apabila berjaya menggabungkan kumpulan yang berbeza pendekatan, warna kulit dan kepakaran, tetapi berkongsi matlamat yang sama.
Selepas pilihan raya umum lalu, tambahnya, walaupun isu pokok yang diperjuangkan – seperti pemansukan ISA dan kebebasan institusi kehakiman – masih sama, timbul pelbagai isu baru yang memerlukan perhatian sewajarnya.
“Oleh itu, AMK sebagai barisan utama dalam mendekati orang muda memerlukan dinamisme yang tinggi. Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi baru yang mempunyai citarasa yang berbeza.
“Pendekatan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang pada ketika ini tidak berminat dengan politik,” katanya yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.
“Berdasarkan misi in, saya dan rakan-rakan yang lahir dari semangat kebersamaan dan kepelbagaian hasil gerakan reformasi ingin menawarkan diri untuk menyuntik dinamisme itu dalam AMK. Sebagai persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13.”
Turut hadir dalam sidang media itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hanya memberikan sokongan tetapi tidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam AMK walaupun disebut-sebut sebelum ini.
God Speed!
ha ha thanks Baang, am not doing too badly with the blog eyh?
not at all 🙂 I’ll try my best to check from time to time, kalau ada yang senget ka apa ka, nanti saya betulkan.