Musim ceramah tetap hangat nampaknya, walaupun dalam bulan Ramadhan.
Saya memang dalam perjalanan balik ke Kemaman untuk program penyerahan bantuan bersempena Ramadhan kepada anak-anak yatim anjuran Keadilan Kemaman, jadi diminta oleh penganjur untuk sama-sama memeriahkan majlis.
Alhamdulillah, ramai pimpinan Keadilan yang turun bertandang ke rumah Hj Suhaimi Said, tokoh aktivis yang telah lama berjuang dan kini terkedepan membawa isu-isu penindasan masyarakat Felda.
Antara pimpinan Keadilan yang mengunjungi Temerloh malam tadi: YB Azmin (Naib Presiden), YB Sivarasa (Naib Presiden), Sdr Shamsul Iskandar (Ketua AMK), Dato’ Fauzi Rahman (Pengerusi MPN Pahang), YB Fuziah Salleh (Pengarah Pilihanraya), YB Amiruddin (ADUN Batu Caves), Sdri Latheefah Koya (Ketua Penerangan), ahli-ahli MPP yang terdiri dari Pak Khalid Jaafar, Hj Ismail Yusuf, Sdr Zakaria Abdul Hamid; selain pimpinan di peringkat negeri dan cabang.
Ceramah menarik: YB Sivarasa menerangkan perkembangan terbaru kes beliau mempertahankan peneroka Felda, Sdr Shamsul Iskandar tentang laporan qazaf beliau berkenaan fitnah yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar dan YB Azmin mengajak pendengar menghayati semangat Ramadhan dalam melakukan perubahan yang besar, di samping mengulas isu-isu yang lain.
Saya kekal dengan isu yang paling saya mahir – mengulas pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu dalam bidang ekonomi. Saya ada menyentuh perbezaan pendekatan sasaran ekuiti 30% yang dibawa Umno yang tidak mempunyai apa-apa erti kepada rakyat terbanyak, berbanding pendekatan Keadilan yang mensasarkan pendapatan isi rumah minima sebanyak RM4,000 dalam tempoh 5 tahun berkuasa.
Ceramahnya bagus, makannya bagus – yang tak bagus memandu pulang ke Terengganu. Sampai di rumah bateri telefon sudah habis dan mak ayah tidak mendengar ketukan pintu, mujurlah ada plag elektrik di luar, sempat caj kembali bateri.
dear rafizi,
welcome aboard.your biodata is impressive.it is great to know young malaysian working towards a
better malaysia.
this must come with real solution via real action and not just ideas.your strength seems like many
but weakness may come in the form of youth and experience.
stay thoughtful and kind.empathise the people you meet and if you can,help them.that will go a long way.
be honest and nice.
the rgt4000 promise is not honest and you know it.your tan sri mb selangor is a non performer to the
point of being a traitor.this is terrible.
anyway,cheers to the next many years.surely godwilling you will be a positive individual contributing towards
a better malaysia.
proud of you.
Sdr
Thank you for the kind words.
The RM4,000 is doable and achievable, as even now our income per capita is RM2,000+. The issue is always about income distribution.
Even if 2 people in a household already earns a minimum wage of RM3,000 – that’s already about RM3,000.
So I view the issue not so much from the perspective of capacity of our economy; but the willingness to ensure the prosperity is spread equally.
ps: Ha2 on MB we all have our opinions 🙂
correction: I meant minimum wage of rm1,500
Sasaran pendapatan RM4k seisi rumah dalam masa 5 tahun adalah logik dan pastinya saya bersetuju.
Cuma bimbang juga pada kadar inflasi yg tinggi yg menyusutkan kuasa beli kita. Berapa lah agaknya kuasa beli RM4k pada 5 tahun lagi kalau setiap tahun purata kadar inflasinya 5%. Mgkn RM4k (2015) ~ RM3k (2010).
Harap dapat meleraikan ‘kebimbangan’ ini. Hehe.
Tapi tuan, lepas dibanding balik, nilai kuasa beli RM 3k (2010) pastinya lebih baik daripada paras miskin semasa Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM 1k-1.5k.
Hilang bimbang sat. Tuan ada komen tambahan?