Sumbangan Ramadhan, Berbuka Puasa & Wang Ehsan

Semalam, Keadilan Kemaman sempat mengadakan sedikit majlis menyampaikan bantuan Ramadhan kepada kaum ibu/keluarga yang memerlukan di sekitar Kg Dusun Nyior. Kg Dusun Nyior adalah sebuah penempatan di belakang bandar lama Chukai dan berdekatan dengan Sg Chukai.

Semuanya berjalan baik, kecuali pada satu ketika Hj Alias (Ketua Penerangan Keadilan Kemaman) semakin berkobar-kobar memberi ucapan, beliau ada menyentuh sedikit mengenai dasar-dasar Barisan Nasional yang tidak memartabatkan Islam.

Serta-merta ada isyarat dari bawah meminta supaya dia berhenti, atau tidak bercakap sebegitu. Ha ha kadang-kadang saya sendiri terlupa realiti berada di bawah kerajaan Barisan Nasional yang masih membelenggu negeri-negeri seperti Terengganu, kerana sudah lama berada di bawah Pakatan Rakyat di Selangor.


Rakan-rakan Keadilan Kemaman

Ada perkembangan positif dari segi keberanian mak cik2 yang turut hadir, walaupun kita tahu ada amaran keras jangan hadir ke program Pakatan Rakyat kalau mahu menerima wang ehsan. Bila diulas mengenai keperitan hidup akibat gaji yang tidak meningkat dan kos sara hidup yang main menjadi-jadi, maklumbalas dari mak cik2 dan kaum hawa yang hadir menunjukkan ia satu isu yang benar-benar meruntun rakyat di bawah.

Malang sekali apabila harta rakyat, hasil minyak yang menjadi milik seluruh rakyat Terengganu digunakan sebagai senjata politik. Saya sukar menerima bagaimana orang-orang tua ini boleh diugut dan diberikan maklumat sedemikian yang merunsingkan mereka, sedangkan pada usia sebegitu mereka sepatutnya dibelai dan diberikan perhatian tanpa bersyarat. Alangkah baik kalau pendekatan bantuan rakyat yang tidak mengenal pegangan politik seperti yang diamalkan di Selangor, juga diamalkan di negeri-negeri Barisan Nasional. Bayangkan kalau kita membuat syarat menyokong Barisan Nasional sebelum memberi air percuma ha ha, pening kepala pembaca meter Syabas!

Program disudahi dengan jamuan berbuka puasa bersama-sama penduduk setempat, lebih 200 orang hadir.

Terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan di Kemaman – Sdr Laidin, Sdr Chin, Sdr Din, Sdr Din (yg seorang lagi), Sdr Jamal, Sdr Anies, Sdr Suffian & lain-lain yang kian giat merancang dan mengaturkan program di Kemaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.