Tender Baru Untuk Mengendalikan NFC Bertujuan Menutup Kesalahan Perdana Menteri

KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi … Continue reading Tender Baru Untuk Mengendalikan NFC Bertujuan Menutup Kesalahan Perdana Menteri

Saman Balas Ke Atas Dato’ Seri Shahrizat Jalil Untuk Pastikan Kes NFC Terus Masuk Mahkamah

Peguam-peguam saya dan YB Zuraida Kamaruddin pada hari ini telah pun memfailkan pembelaan berhubung saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kertas pembelaan yang telah difailkan itu juga telah dihantar ke peguam Shafee & Co yang mewakili Dato’ Ser Shahrizat Jalil petang ini. Pendirian saya adalah konsisten … Continue reading Saman Balas Ke Atas Dato’ Seri Shahrizat Jalil Untuk Pastikan Kes NFC Terus Masuk Mahkamah

KEADILAN Akan Bersemuka Dengan Pimpinan Tertinggi Barisan Nasional Di Mahkamah Untuk Merungkai Skandal NFC

Pihak saya dan Saudara Rafizi Ramli akan mengemukakan pembelaan kami terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada hari Jumaat ini, 9 Mac 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Pihak saya dan Saudara Rafizi juga telah membincangkan secara mendalam mengenai strategi pembelaan kami sekiranya tuntutan saman ini diteruskan juga … Continue reading KEADILAN Akan Bersemuka Dengan Pimpinan Tertinggi Barisan Nasional Di Mahkamah Untuk Merungkai Skandal NFC

Kenyataan NFC Mempertahankan Operasi Perniagaan Di Singapura Tidak Masuk Akal

Saya merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC yang disiarkan laman berita The Malaysian Insider bertajuk “NFCorp Justifies Its Expansion Into Singapore” bertarikh 1 Mac 2012. Beliau dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 … Continue reading Kenyataan NFC Mempertahankan Operasi Perniagaan Di Singapura Tidak Masuk Akal

Dato’ Seri Najib Perlu Jelas Kenapa Felda Farm Products Sdn Bhd Tidak Dilantik Menerajui NFC

Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato’ Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh … Continue reading Dato’ Seri Najib Perlu Jelas Kenapa Felda Farm Products Sdn Bhd Tidak Dilantik Menerajui NFC