Perdana Menteri Perlu Lantik Pengerusi Baru Tabung Haji Untuk Kembalikan Keyakinan Rakyat

Saya dimaklumkan bahawa kadar pengeluaran deposit oleh penabung Tabung Haji adalah tinggi kebelakangan ini yang membimbangkan pengurusan Tabung Haji. Sehingga kini, maklumbalas dari kepimpinan kerajaan termasuklah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih belum berjaya menenangkan keresahan penabung kerana tidak menjawab isu-isu pokok yang ditimbulkan.

Saya pula akan terus membawa beberapa pelaburan Tabung Haji yang merugikan dan menimbulkan tanda tanya sama ada berlaku campur tangan politik dalam keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang besar.

Jika tidak ditangani dengan baik oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, keadaan ini akan berlarutan dan sedikit demi sedikit akan menghakis keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji. Selama ini, Tabung Haji berjaya mencatat prestasi bonus melebihi 5% walaupun pulangan portfolio pelaburannya tidak semestinya memberangsangkan berbanding dengan institusi pelaburan lain kerana suntikan tabungan yang tinggi dari rakyat setiap tahun seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

THfundmovement

Sokongan padu rakyat terhadap Tabung Haji selama ini telah membolehkan Tabung Haji mencatatkan purata pertumbuhan dana tahunan pada kadar 22.64% di antara 2009 hingga 2015 (unjuran). Oleh sebab itulah, jumlah simpanan baru bersih (simpanan tolak pengeluaran) setiap tahun adalah hampir 2 kali ganda dari jumlah bonus yang diumumkan.

Ini menerangkan bagaimana Tabung Haji tidak mempunyai masalah tunai untuk membayar bonus yang diumumkan kerana setiap tahun ia mendapat dana yang lebih besar daripada rakyat. Pertumbuhan dana tahunan yang tinggi ini juga menjelaskan bagaimana keuntungan yang diumumkan adalah semakin tinggi setiap tahun (mencecah RM3.53 bilion bagi 2015) walaupun jumlah keuntungan yang lebih besar setiap tahun itu sebenarnya menunjukkan kadar pulangan (% of return) merosot setiap tahun (berbanding saiz dana penabung yang semakin besar juga setiap tahun).

Sebab itu, adalah menjadi keutamaan untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada Tabung Haji dengan segera supaya penabung berhenti mengeluarkan deposit dan orang ramai mula menabung kembali di dalam Tabung Haji. Tindakan paling mudah untuk mengembalikan keyakinan rakyat adalah menukar Pengerusi Tabung Haji dengan melantik pengerusi baru yang lebih berkelayakan dan bukan dari kalangan ahli politik.

Saya telah mengadakan satu kajiselidik rawak di media sosial untuk mendapatkan sentimen rakyat secara kasar mengenai tokoh-tokoh yang lebih sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Tabung Haji. Saya memuatnaik dua kajiselidik rawak di Twitter (satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris untuk memastikan lebih ramai boleh turut serta) seperti berikut:

newChairmanTH

Sentimen umum rakyat melalui kajiselidik rawak di media sosial jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan Pengerusi Tabung Haji sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditukar. Ia juga menunjukkan bahawa imej Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di mata rakyat adalah tinggi dan majoriti besar mahukan beliau menerajui Tabung Haji sebagai pengerusi yang baru selepas ini.

Oleh yang demikian, saya berharap Dato’ Seri Najib Tun Razak mempertimbangan melantik Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru selepas tempoh perkhidmatan beliau sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia tamat dalam bulan April ini. Saya yakin langkah melantik Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menggantikan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji dengan segera.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

One thought on “Perdana Menteri Perlu Lantik Pengerusi Baru Tabung Haji Untuk Kembalikan Keyakinan Rakyat”

  1. Assalamualaikum YB,

    Sy ada mendapat msg mengenai pendedahan pegangan dan penglibatan TPM di beberapa syarikat yg listed.Adakah ini benar dan dapat dibuktikan kerana tindakan sebegini boleh diconsider sebagai stupid dan juga menyalahi undang2.

    Berikut adalah msgnya:

    Nama: Ahmad Zahid bin Hamidi, Datuk
    ID Baru: 530104-08-6055
    Alamat: 389, Jalan Bayu Nyaman
    Country Heights
    43000 Kajang, Selangor
    No Syarikat Nama Syarikat

    098342 Kulim Enterprise Sdn Bhd
    352275 Poliperkasa Realty Sdn Bhd
    358454 Innovation Wood Sdn Bhd
    284688 Eksekutif Kualiti Sdn Bhd
    153388 YGP Holdings Sdn Bhd
    118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan
    017892 Federal Power Sdn Bhd
    272712 Kelana Impian Sdn Bhd
    235313 Excellent Sempuria (M) Sdn Bhd
    413100 Rainbow Bay Sdn Bhd
    064775 Measurement (Malaysia) Sdn Bhd
    377274 Dutaace Industries Sdn Bhd
    283239 Poliperkasa Sdn Bhd
    128885 Airod Sdn Bhd
    395240 Esprimax Sdn Bhd
    273972 BCM Electronics Corporation Sdn Bhd
    159826 Page Development Sdn Bhd
    159407 Sabahmas Plantations Sdn Bhd
    159414 Red Logging Sdn Bhd
    159408 Gepa Lumber Sdn Bhd
    159413 Logmerc Sdn Bhd
    319744 Permodalan BSN Berhad
    312664 Yadim Equities Sdn Bhd
    312661 Yadim Holdings Sdn Bhd
    133400 Kod Harta Sdn Bhd
    317861 KHB-Jeffa Project Management Sdn Bhd
    325617 Halmont Consultancy Sdn Bhd
    003707 Seng Hup Corporation Berhad
    450719 Comlenia Sdn Bhd
    447252 Bank Simpanan Nasional Berhad
    284036 Eratime Resources Sdn Bhd
    043644 Timberwood Sdn Bhd
    160143 YGPH Equities Sdn Bhd
    222077 Perdana Sakti Sdn Bhd
    338409 Aru Bina Sdn Bhd
    224204 Interfund (Malaysia) Sdn Bhd
    332468 Winpalm Development Sdn Bhd
    341594 Poly Sepakat Sdn Bhd
    239834 Pepeco Sdn Bhd
    342561 Janawajib Sdn Bhd
    143630 Kobena General Agencies Sdn Bhd
    191854 Ramatex Textiles Industrial Sdn Bhd
    043351 Gimmill Induatrial (M) Sdn Bhd
    343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd
    357967 Westman Sdn Bhd
    437450 Ira Development Sdn Bhd
    412499 Tekgi Mahir Sdn Bhd
    423512 Yayasan Akalbudi Sdn Bhd
    129234 Comintel Sdn Bhd
    053057 Bintang Angkasa Sdn Bhd
    068090 Syarikat Capakaya Sdn Bhd
    096429 Syarikat Kretam Plantations Sdn Bhd
    048937 Syarikat Kretam Ladang Sdn Bhd
    372672 Ramatex Berhad
    357125 Tekala Corporation Berhad
    377435 Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd
    168285 Kretam Holdings Berhad
    155095 Kretam Management Sdn Bhd
    048881 Syarikat Kretam Mill Sdn Bhd
    278196 Nilai Tamaddun Sdn Bhd
    352042 Poliperkasa Corporation Sdn Bhd
    281627 KHB Nanyang (Malaysia) Sdn Bhd
    286028 Red Palm Oil Industries Sdn Bhd
    261397 KHB Project Management Sdn Bhd
    114724 Translab (M)Sdn Bhd
    281431 Pantai Dalam Development Sdn Bhd
    119031 N.H. Holdings Sdn Bhd
    285544 Rising Resources Sdn Bhd
    111606 E-Channel Sdn Bhd
    282224 KHB Power Sdn Bhd
    118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan Sdn Bhd
    258033 KHB Telecommunications Sdn Bhd
    065099 Newcon Machinery Sdn Bhd
    297195 KHB Nusantara Sdn Bhd
    260309 KHB Construction Sdn Bhd
    162659 YGPH Property Development Sdn Bhd
    111795 Amaz Bina Sdn Bhd
    265365 Luminous Square Sdn Bhd
    122073 Jeffa Construction Sdn Bhd
    323717 Wilahriang Sdn Bhd
    316255 Tri-Man Corporation Sdn Bhd
    304767 Yadim Development (Selangor) Sdn Bhd
    315977 KHB Foodlinks Sdn Bhd
    322827 Alglobe Progress Sdn Bhd
    316256 DST Citra (M) Sdn Bhd
    268052 KHB Foodchain Sdn Bhd
    167994 KM Plantations Sdn Bhd
    317863 KHB Project Management Holdings Sdn Bhd
    271736 Top-Mech Cranes & Hoists (M)Sdn Bhd
    261396 KHB Development Sdn Bhd
    264151 KHB Realty Sdn Bhd
    310479 KHB Management Sdn Bhd
    343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd
    216824 White Horse Ceramic Industries Sdn Bhd

    Betul ke? No wonder jam tangan ratus ribu…memang mampu beli le

    Harap YB dapat memberi pencerahan dan sekiranya benar diharap YB dapat membuat pendedahan sepenuhnya kerana ianya sukar utk dibuktikan on paper lebih2 lagi listed company.

    Ribuan terima kasih saya dahului diatas usaha dan perjuangan YB untuk rakyat dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.