Peluang Kerjaya: Pegawai Data dan Media

Template-Portrait-1200

Saya menjemput calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai pasukan saya sebagai Pegawai Data dan Media seperti berikut:

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA

  1. Menyelia dan menyenggara pengkalan data bersaiz sederhana yang mengandungi maklumat sukarelawan, pengundi dan lain-lain
  2. Membangunkan sistem komunikasi yang berkesan supaya maklumat elektronik dapat dihantar kepada sukarelawan, pengundi dan kumpulan sasaran yang lain secara berterusan dan berkala
  3. Mengendalikan sistem komunikasi dengan menghantar berita dan maklumat secara berkesan kepada sukarelawan, pengundi dan kumpulan sasaran yang lain
  4. Mengendalikan beberapa laman web untuk memastikan maklumat dikemaskini dari semasa ke semasa
  5. Menghasilkan rekagrafik dan video secara berkala untuk memastikan mesej kempen yang berkesan

KEMAHIRAN UTAMA

  1. Kemahiran membangunkan dan mengendalikan pengkalan data
  2. Kemahiran membangunkan sistem komunikasi melibatkan sebaran melalui aplikasi maklumat terkini
  3. Kemahiran membangunkan dan mengendalikan laman web
  4. Kemahiran membangunkan dan menyunting video
  5. Kemahiran rekagrafik

KELAYAKAN

  1. Mempunyai ijazah atau sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan
  2. Mempunyai pengalaman bekerja; walau bagaimana pun graduan yang belum mempunyai pengalaman digalakkan memohon
  3. Mahu menyumbang kepada perubahan politik di dalam negara dan terlibat di dalam kegiatan politik KEADILAN dan reformasi

Gaji yang ditawarkan ialah RM2,500 sebulan.

Pemohon yang berminat boleh menghantar CV (mengandungi maklumat Facebook, Twitter dan Instagram pemohon) bersama-sama contoh rekaan grafik/video yang pernah dihasilkan ke email [email protected]sebelum 25 Disember 2015.

Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.