Tindakan Undang-Undang Sivil Ke Atas NFC Tidak Menjamin Kutipan Rm250 Juta Dana Awam

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan “jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

16 OKTOBER 2012

5 thoughts on “Tindakan Undang-Undang Sivil Ke Atas NFC Tidak Menjamin Kutipan Rm250 Juta Dana Awam”

  1. “…..Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil…..”

    Apa la bodoh sangat, ni prinsip apa yg kau pakai? apa kena mengena org lain yg buat salah, (kalau betul berlaku kesalahan) orang lain pulak yang nak disuruh tanggung akibatnya?

    Nak berpolitik pun biarlah berpaksikan kebenaran dan keadilan bukan kerana nak lepaskan geram/balas dendam. Nampak sangat you are going after Shahrizat atas sebab politik bukan kerana fakta kes. Yang PR sebut setiap kali isu ini timbul pun nama Shahrizat, bukan nama sitiduduh walaupun mahkamah dah putuskan Shahrizat tak ada kena mengena dengan kes ini.

    Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan anda yang bakal membawa kepada kalahnya PR dalam PRU 13 nanti. Rakyat dah menyampah dah weii.

    1. wahai saudara bendol..sila lah ambil ayat penuh –> Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

      Ayat diatas merujuk kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Kenapa menggunakan Dato’ Seri Shahrizat Jalil? Kerana org Malaysia lebih mengenali beliau dan memudahkan proses penjelasan. Jika menggunakan nama suami beliau, ramai yg tidak mengenali.

      Saya tidak melihat kepada isu dendam disini, tetapi melihat bagaimana PKR mahu mendapatkan semula RM250juta tersebut.

      Mohon saudara bendul memahami konteks sekeluruhan dengan baik sebelum melampiaskan amarah yg membuta tuli.

      Pada pandangan saya, terjadinya byk projek perumahan terbengkalai adalah kerana tiada peruntukan “jaminan peribadi” dikenakan terhadap tokey2 projek yg terbengkalai. dan yg menjadi mangsa adalah pembeli.

      Jika ada rezeki PKR berkuasa, mohon penguatkuasaan dan dakwaan menggunakan “jaminan peribadi” agar dapat membela nasib org yg teraniaya. terima kasih

    2. Encik Bendul, hang dah kahwin ke? Ke hang ni jenis mcm shahrizat apa anak bini buat semua hang x tahu? Hang ingat dia boleh dpt ke projek tu klau shahrizat tu xde power. Bagi kat aku 250juta pun aku boleh beranak kan duit tu pegi invest kat property. Dah la interest pun ciput. Bayar blk duit lepas brp tahun. Baik hang gi komen kat facebook najib je la.. NI LA MENTALITY UMNGOK, MENTERI BAGI ANAK BINI KAYA TAKPE.. LGI SATU, KLAU HANG NAK KAYA MCM DEPA, HANG PERGI LA MASUK JADIK MENTERI MCM DIORG. HAHAHAHA.. ALL THESE IS STUPID STATEMENT FROM UMNO SUPPORTER.

  2. saudara rafizi, tahniah di atas pendedahan yg saudara tlh lakukan keatas pyelewengan dana awam oleh berberapa golongan individu. persoalan saya ialah apakah impak yg saudara telah lakukan ini boleh merubah atau setidaknya memberi kesan thdp golongan “parasit” ini? dan paling penting ialah mekanisme utk “whistleblower” group ini supaya dapat perlindungan, bukannya dihadapkan ke mahkamah diatas kesalahn pembocoran rahsia negara spt yg d alami oleh saudar sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.