Skandal NFC: Ketua Wanita dan Pengarah Strategi Melantik Peguam, Sedia Bersemuka di Mahkamah

Kami mengesahkan bahawa kertas saman yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil terhadap kami telah pun diterima.

Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa sahaja. Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan.

Kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan NFC ini akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelewengan NFC; termasuk dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

Kami juga bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini.

Oleh sebab itulah, kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat.

 

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA KEADILAN

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

8 FEBRUARI 2012 

One thought on “Skandal NFC: Ketua Wanita dan Pengarah Strategi Melantik Peguam, Sedia Bersemuka di Mahkamah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.