Forum #turunhargakereta Dan Kedai Online #turunhargakereta

Kempen #turunhargakereta yang telah mula bergerak ke seluruh negara akan dipergiatkan lagi minggu ini dengan beberapa program.

Forum #turunhargakereta akan dilancarkan pada 13 September 2012 (Khamis) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) bermula jam 8 malam.

Forum kali yang pertama ini akan membariskan YB Dr Dzulkifly Ahmad, YB Tony Pua, Saudara Wan Saiful Wan Jan, Saudara Rafizi Ramli dan akan dikendalikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai moderator.

Forum #turunhargakereta bagi Lembah Klang ini adalah salah satu dari siri yang akan mengunjungi juga Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching dalam bulan September dan Oktober ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk turut sama mendapatkan pelekat kereta dan kemeja-t #turunhargakereta.

Memandangkan permintaan yang begitu tinggi terhadap pelekat kereta #turunhargakereta, KEADILAN juga telah mewujudkan satu kedai online (online store) yang membolehkan orang ramai mendapatkan pelekat kereta dan kemeja-t #turunhargakereta secara online. Ini bagi membolehkan orang ramai yang sukar untuk hadir ke program ceramah atau program yang berbaur politik untuk turut serta menyokong kempen ini, memandangkan golongan inilah (atas pagar) yang setakat ini paling kuat menyokong usaha menurunkan harga kereta.

Orang ramai boleh membuat tempahan bagi mendapatkan pelekat kereta dan kemeja-t #turunhargakereta di kedai online Kempen Rakyat di alamat www.kempenrakyat.com bermula jam 5 petang hari ini (11 September 2012). Pelekat kereta dan kemeja-t akan dihantar melalui pos mengikut tempahan.

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

11 SEPTEMBER 2012

Bukti Baru Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Boleh Disiasat Di Bawah Anti Money Laundering Act (AMLA)

Berita penutupan restoran-restoran yang dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura memberi ruang kepada saya untuk meneliti kembali beberapa urusniaga dan transaksi (transaction) yang melibatkan dana rakyat yang disalurkan melalui NFC.

Walaupun berita penutupan itu perlu disambut dengan rasa lega, ia tidak bermakna bahawa penyelewengan dana rakyat RM250 juta boleh disembunyikan.

Saya ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai 3 syarikat utama yang beroperasi di Singapura melalui sokongan dana RM250 juta NFC, iaitu:

1. Meatworks Singapore Pte Ltd yang mengendalikan restoran-restoran mewah

2. Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mengendalikan pasaraya

3. Global Biofuture Pte Ltd yang mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading)

Setakat ini, siasatan dan pendedahan KEADILAN banyak bertumpu kepada Meatworks Singapore Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd sehingga menyebabkan operasi yang dikendalikan kedua-dua syarikat ini terpaksa ditutup.

KEADILAN kini mengalihkan pula tumpuan kami terhadap syarikat Global Biofuture Pte Ltd untuk memastikan operasinya juga disiasat dan segala pemindahan wang dari dana awam RM250 juta dihentikan serta merta.

Hari ini, KEADILAn tampilkan satu contoh transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Malaysia dan Singapura yang disyaki melakukan pemindahan wang yang bertentangan dengan mandat dan tujuan NFC.

Pemindahan wang sebegini perlu disiasat di bawah Anti Money Laundering Act (AMLA) yang menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat sebarang transaksi yang disyaki, sama ada disyaki sumber kewangannya atau disyaki tujuan pemindahan wang dibuat.

Saya sertakan 3 dokumen seperti berikut:

1. Email dari Donna Yong, kakitangan Meatworks Singapore yang bertanggungjawab terhadap operasi syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura bertarikh 25 Oktober 2010 kepada Jabatan Kewangan NFC dan disalinkan kepada ketiga-tiga anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

2. Borang permohonan penyediaan cek oleh National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil agar satu bayaran berjumlah US$990,402 (bersamaan hampir RM3 juta) dibuat kepada sebuah akaun bank di Singapura.

3. Invoice bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd berpusat di Darwin berjumlah US$990,402 kepada Global Biofuture Pte Ltd berpusat di Singapura yang dimiliki dan dikawal oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Dokumen-dokumen ini mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Pembelian lembu dari luar negara dibuat melalui sebuah syarikat broker Global Biofuture Pte Ltd yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

2. Pembelian lembu berjumlah jutaan ringgit ini dibayar pula oleh syarikat NMLC yang menggunakan wang rakyat yang diberikan kepada NFC, sedangkan pembelian lembu-lembu tersebut dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd yang langsung tiada kena mengena dengan NMLC dan NFC.

Ini bermakna wang NFC telah dipindahkan secara haram melalui NMLC kepada Global Biofuture Pte Ltd yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil. Transaksi ini sepatutnya disiasat serta merta oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa memandangkan ia berkemungkinan melanggar Anti Money Laundering Act (AMLA), apatah lagi ia membabitkan penyelewengan wang rakyat.

Pada masa yang sama, kehadiran Global Biofuture Pte Ltd sebagai orang tengah dalam pembelian lembu ini pada harga yang tinggi menimbulkan persoalan:

Apakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mengambil untung dua kali dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada NFC?

Apakah Global Biofuture Pte Ltd makan untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual pula lembu-lembu tersebut kepada NFC?

Kenapakah NFC tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?

KEADILAN merasakan bukti baru ini adalah mencukupi agar Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa menyiasat keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil atas kemungkinan melanggar Anti Money Laundering Act (AMLA).

Satu laporan baru akan dibuat pada hari Khamis ini untuk memastikan siasatan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa secepat mungkin.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

11 SEPTEMBER 2012

Serangan Ke Atas Bas Kempen Jelajah #merdekarakyat Cubaan Gagalkan Kempen Keadilan

Jelajah #merdekarakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan pada 31 Ogos 2012 adalah satu inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Ia bertepatan dengan citarasa dan tuntutan pembaharuan yang dibawa oleh rakyat. Sambutan hangat yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini.

Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN.

Pada jam 420 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah.

Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

Jelasnya, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 430 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 514 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

KEADILAN akan meneruskan Jelajah #merdekarakyat seperti yang dirancang dan rombongan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke Perak pula hari ini.

Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.

Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Ini bukanlah kali pertama keselamatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan KEADILAN dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan KEADILAN dirosakkan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN.

Kereta Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi.

Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara.

Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini.

Menjelang pilihanraya umum ke-13, saya yakin serangan akan meningkat dan KEADILAN akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN

1 SEPTEMBER 2012

Speak Up

Some of the more blatantly BN-propagandist newspapers and TV channels are now having to answer in court for their lies. These cases are between the media agency and the aggrieved individual, but I would like to suggest that we, responsible (and disgusted) citizens, should also play our role in putting a stop to this unethical “information”.

Recently I did just that.

Recently I visited one of my regular bookstores, a well-known one in the Klang Valley. As I was about to pay for my purchases, I noticed, prominently displayed just next to the cashier’s desk, several copies of a book entitled “Anwar dan Boneka Cina (Anwar and the China Dolls)”. A quick glance was sufficient to reveal that this book was nothing more than a collection of baseless innuendos, and far from being a bona fide study was another crude attempt to scuttle Anwar Ibrahim’s career and besmirch his good name – remember “50 Reasons Why Anwar Should Not Become PM” (the ‘50 dalil book’), which launched the disgraceful saga which then gave birth to the Reformasi movement?

Before paying for my books, I picked up a copy of the offending book, made my way to the Customer Service desk and asked to see the Supervisor. She agreed to meet me and after introducing myself as a loyal book club member of the store, I told her that I wished to lodge a complaint about this book. I presented two arguments.

Firstly, the book was obviously not a bona fide study, and clearly had malicious intent, and it was my opinion that the store was destroying its own hitherto good reputation by carrying such a book (what more having it prominently displayed at the cashier’s counter).

Secondly, I recounted how, after Anwar was released from prison, he sued the author of the ‘50 dalil book’, and was subsequently awarded damages amounting to RM4 million. On the other hand, all the court cases against Anwar relating to alleged sexual misconduct have been overthrown, revealing such allegations to be mere slander. I told her that the first time around, the ‘50 dalil book’ had been distributed privately, but the bookstore was now putting itself at risk of being sued by carrying this new book openly.

She thanked me for my input and I went to pay for my books. As the payment was being processed, the supervisor herself came and removed all the copies of the book I had complained about.

So there is something YOU can do.

Animah Ferrar

Ambil Alih EDL Buktikan Prinsip Ekonomi Buku Jingga Tepat

KEADILAN mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL) di Johor Bahru setelah desakan rakyat menentang tol yang membebankan rakyat memuncak.

Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak itu benar-benar mengesahkan prinsip asas tata kelola ekonomi yang disyorkan di dalam Buku Jingga iaitu:

1. Kerajaan perlu bersifat pragmatik dalam model pembiayaan projek infrastruktur, dengan membandingkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan secara keseluruhan (termasuk pampasan yang perlu dibayar setiap tahun) dengan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh pemegang konsesi swasta;

2. Kerajaan perlu mengutamakan kebajikan pengguna termasuklah bebanan kepada perbelanjaan harian dalam menentukan perjanjian konsesi bagi projek infrastruktur; dan

3. Secara amnya, adalah lebih baik jika rakyat tidak dikenakan bayaran jika kerajaan mampu menanggung kos pembinaan dan operasi, kerana ini akan meningkatkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat yang bila dibelanjakan kelak, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Tiga prinsip asas inilah yang mendorang KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Rakyat menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai salah satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat bila berkuasa kelak.

Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah (reasonable rate of return for investment) yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS.

Ketika Buku Jingga mula-mula dilancarkan dan cadangan ini dibawa oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seluruh kepimpinan Umno/Barisan Nasional mengkritiknya atas alasan ia tidak mampu dilaksanakan dan akan memufliskan negara.

Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan pengambil alihan EDL sebenarnya mengesahkan bahawa prinsip asas tata kelola ekonomi yang dibawa Buku Jingga boleh dilaksanakan dan lebih bermanfaat kepada rakyat.

Walau bagaimana pun, saya khuatir jika pengambil alihan ini juga adalah satu helah supaya wang rakyat boleh diseludup keluar kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional, terutamanya apabila pemegang konsesi EDL adalah MRCB yang rapat dengan Umno.

Kebelakangan ini, ada satu kegilaan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menggunakan dana rakyat dan membeli pelbagai aset dan konsesi kroni yang jumlah urusniaganya mencecah berbilion ringgit. Sebelum ini, dana 1MDB yang dikawal oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan pembelian dua buah syarikat penjana bebas dari kumpulan yang dikawal Genting dan Ananda Krishnan pada harga keseluruhan melampaui RM7 bilion. Kedua-dua tokoh perniagaan ini sering dikaitkan dengan kepimpinan Umno/Barisan Nasional.

Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur penyelewengan.

Oleh yang demikian, saya mengesyorkan kepimpinan Pakatan Rakyat memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat menuntut dua perkara seperti berikut:

1. Bila mana prinsip asas tata kelola ekonomi Buku Jingga diterimapakai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam pengambil alihan EDL, prinsip itu terbukti boleh dilaksanakan kepada konsesi lebuhraya yang lain. Saya sarankan Dato’ Seri Najib Tun Razak umumkan secepat mungkin senarai lebuhraya dan konsesi lain yang juga akan diambil alih oleh kerajaan dalam masa terdekat; dan

2. Sebuah Jawatankuasa Parlimen (Parliamentary Select Committee) perlu ditubuhkan dalam sidang dewan akan datang untuk mengkaji, menyemak dan memastikan kesemua urusniaga yang melibatkan pembelian aset besar dari syarikat berkepentingan dibuat secara adil dan tiada unsur penyelewengan.

KEADILAN akan membawa isu ini ke sidang Parlimen akan datang untuk diberikan perhatian utama.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

31 OGOS 2012

%d bloggers like this: