Tonton #FBLive | Wakil Rakyat Aku Buat Apa? 


Anda pernah terfikir sebenarnya apa yang dibuat oleh Ahli Parlimen sepanjang mereka bersidang? Sebenarnya berapa hari setahun mereka bersidang? Minggu ini ada pengundian paling penting iaitu #Bajet2017. Jika Ahli Parlimen anda mengundi menolak bajet itu, Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri hari ini.

Mulai minggu ini, setiap minggu sepanjang Dewan Rakyat bersidang, INVOKE Malaysia akan memanggil dua orang Ahli Parlimen dari pelbagai parti untuk disoalsiasat oleh Syed Ibrahim Syed Noh dan Midi Rahim dalam slot khas #WakilRakyatAkuBuatApa 

Minggu ini kami menampilkan Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Manivanan Gowin, Ahli Parlimen Kapar atas tanggungjawab mereka sebagai Ketua Whip dan Naib Ketua Whip ahli-ahli parlimen KEADILAN di Parlimen.

Jika ada kesempatan, datang ke INVOKESpace bit.ly/directioninvokespace atau pastikan anda menonton #FBLive bermula jam 9 malam di FB Page saya (Rafizi Ramli)

Anda boleh tweet soalan kepada mereka ke Twitter @invokemalaysia 
Mohon sebarkan!

One thought on “Tonton #FBLive | Wakil Rakyat Aku Buat Apa? ”

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera, YB saya ingin menyampaikan satu kebimbangan sebenar rakyat harini yang saya kira wajar untuk YB dan rakan2 renung sama2 dan fikir secara terperinci mengenai pendirian parti. Mesej utama yang saya kira perlu untuk YB berikan perhatian ialah mengenai keseimbangan undi PRU akan datang.

    Jaminan secara umum yang mampu saya lontarkan kepada YB ialah kekalahan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang bukan retorik. Maknanya, penyelesaian yang perlu untuk YB rangka dan jalankan sebenarnya tertumpu kepada penyelesaian segala bentuk isu dalaman setiap parti pembangkang yang sebenarnya mampu membawa kepada penyatuan 1 lawan 1.

    Cadangan utama yang ingin saya tujukan kepada YB sendiri ialah mengenai persefahaman sesama parti yang semakin pudar. PKR sememangnya hampir dilihat sebagai parti yang bersikap “orang tengah” dalam isu yang melanda hari ini. Namun, hakikat yang perlu untuk YB sendiri terima ialah penyatuan sememangnya membawa kebaikan kepada semua.

    Isu perpecahan yang berlaku sebenarnya bukanlah malapetaka buat pembangkang, namun isu ini sebenarnya membuktikan kredibiliti setiap parti yang tegas dengan pendirian masing2. Maknanya, andai kata persefahaman yang baru dapat dicapai, maka hubungan yang lebih utuh dapat dibina kerana pengalaman perpecahan yang besar dijadikan iktibar dan sejarah.

    Mungkin YB tidak percaya dengan penulisan seseorang seperti saya yang masih belum menceburi bidang pekerjaan, walau apa pun kita lihat satu contoh. Kembali ke zaman Nabi Muhammad SAW, penyatuan yang dibuat oleh baginda kepada penduduk Madinah yang terdiri daripada banyak kabilah termasuk Yahudi, Aus, Khazraj, Quinaqa dan sebagainya sebenarnya jauh lebih besar daripada masalah yang melanda pembangkang. Kesannya, pembangunan Madinah yang pesat dan dakwah Islam dapat tersebar secara meluas.

    Maka secara keseluruhan, kepercayaan yang rakyat berikan kepada YB sendiri sememangnya satu anugerah bermakna dan perlu untuk YB buktikan. Saya berharap pendapat saya ini dipertimbangkan sewajarnya dan bukannya dianggap seperti batu di tepi jalan.

    Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.