Pakatan Harapan Tumpu Isu-Isu Membela Kebajikan Rakyat, Elak Polemik Politik

backdrop

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan sedia maklum dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh PAS sejurus berlangsungnya Ijtima’ Pilihanraya PAS Selangor hari ini.

Walaupun ada kenyataan-kenyataan itu yang menjurus terus kepada parti-parti di dalam Pakatan Harapan, Majlis Setiausaha berpendapat bahawa misi paling utama Pakatan Harapan sekarang ini adalah untuk menumpukan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan segala tindakan dan dasar Dato’ Seri Najib Tun Razak. Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan kemudharatan kepada rakyat akibat dari pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat.

Dalam bulan Januari 2016 ini, ada beberapa peristiwa penting yang akan berlaku yang membawa kesan besar kepada rakyat. Ini adalah proses semakan semula Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2016 yang terpaksa dibentangkan semula oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana unjuran pendapatan Kerajaan Persekutuan kini tidak lagi dapat menampung perbelanjaan. Satu lagi peristiwa penting ialah sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari 2016 untuk membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang akan membawa kesan besar kepada rakyat.

Oleh yang demikian, mengambil semangat kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP dan AMANAH yang dimeterai di dalam Perjanjian Pakatan Harapan semalam, Majlis Setiausaha mengambil pendirian supaya semua pimpinan Pakatan Harapan tidak terjebak di dalam polemik politik yang tidak berkesudahan kerana ini akan mengalihkan perhatian kami dari membawa isu-isu rakyat dan membendong keborosan Umno/Barisan Nasional. Malah, polemik politik yang berlebihan itu tidak disenangi rakyat dan memberi kelebihan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk kekal berkuasa.

 

10 Januari 2016

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH YB RAFIZI RAMLI YB LOKE SIEW FOOK HAJI MOHAMAD ANUAR TAHIR
 

Ketua Setiausaha PH

 

Setiausaha Agung KEADILAN

 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

 

Setiausaha Agung AMANAH

 

2 thoughts on “Pakatan Harapan Tumpu Isu-Isu Membela Kebajikan Rakyat, Elak Polemik Politik”

  1. Kami berharap Pakatan pegang pada Janji sebab sekarang sudah terbukti bahawa MB Selangor sekarang sejak dapat Dato Seri adalah seperti Kacang Lupakan Kulit.
    Selagi isu SUKE dan lainya tidak ditolak sebagaimana dimana ianya menyusahkan kaum keluarga kami,haram bagi kami menyokong Pakatan lagi.Negara sudah jahanam maka tidak beza antara Pakatan dan BN.
    Kami amat berharao MB Selangor digugurkan.Kami sangat terluka dimana dia tak berbeda dengan menteri yang bodoh yang ada sekarang hingga boleh bercakap yang dia rela bertemu di mahkamah.Orang yang membantu kita kerana rumah kami dipaksa ambil secara haram.MB Selangor tidak kurang bodoh seperti MB yang lain yang kini menjahanamkan negara kami.

  2. Kami dah benci PKR.MB bodoh telah merosakan kepentingan orang ampang dengan membela SUKE highway.Tak ada beza dgn kerajan .
    Phui.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.