Syarikat Palsu Dimiliki Keluarga Menteri

Minggu lalu, saya telah mendedahkan bagaimana syarikat-syarikat palsu yang mirip nama syarikat Perancis (yang benar-benar wujud) telah digunakan untuk menjadi pembekal alat-alat ganti (“spare parts”) kepada projek kapal LCS. Siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan saya menunjukkan kesimpulan-kesimpulan berikut: Dua buah syarikat palsu yang menggunakan nama Alizes Marine telah didaftarkan. Sebuah syarikat bernama Alizes … Continue reading Syarikat Palsu Dimiliki Keluarga Menteri

Alizes Marine Limited, Syarikat Palsu Pindah Wang Dari Projek LCS

Hari ini, saya ingin mendedahkan bahawa sebuah syarikat pesisir luar pantai (“offshore incorporated company”) telah dinamakan di dalam siasatan dalaman sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk memindahkan wang dari projek LCS ke akaun-akaun di luar negara. Syarikat yang dinamakan adalah Alizes Marine Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malta. Syarikat ini juga dinamakan di dalam siri … Continue reading Alizes Marine Limited, Syarikat Palsu Pindah Wang Dari Projek LCS

Subkon Baru Tubuh 45 Hari, Terus Buat Tuntutan RM178 Juta

Kebelakangan ini kerajaan PAS-UMNO-BERSATU cuba mengalih perhatian dari isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat. Mesin propaganda PAS-UMNO-BERSATU yang diketuai Dato’ Seri Najib Razak cuba meyakinkan rakyat bahawa tiada penyelewengan berlaku, hanyalah kelewatan projek. Sehingga kini, Najib sendiri belum menjawab soalan-soalan pokok yang saya utarakan sejak saya mendedahkan butiran projek LCS yang mengesahkan ada penyelewengan: Kenapa … Continue reading Subkon Baru Tubuh 45 Hari, Terus Buat Tuntutan RM178 Juta

Subkontraktor CAD & CED Milik Majoriti Boustead Tetapi Dikawal Bukan Rakyat Malaysia

Saya telah mendedahkan bagaimana projek kapal perang LCS menggunakan dua lapis subkontraktor (iaitu CAD dan CED) sehingga menyebabkan kos naik tiga kali ganda (kos sebenar dari DCNS hanya RM397 juta tetapi yang dituntut dari kerajaan oleh subkontraktor adalah RM1.2 bilion). Seperti yang diduga, Dato’ Seri Najib Razak dengan cepat menjawab bahawa subkontraktor Contraves Advanced Devices … Continue reading Subkontraktor CAD & CED Milik Majoriti Boustead Tetapi Dikawal Bukan Rakyat Malaysia

DCNS Guna Tiga Lapis Syarikat, Kos Naik Tiga Kali Ganda

Penelitian saya terhadap skandal kapal perang LCS setakat ini menunjukkan ada perancangan dari awal untuk menyembunyikan penglibatan DCNS (syarikat Perancis yang sering dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Razak) dari projek ini. Secara logiknya, jika DCNS adalah pembekal utama kepakaran, reka bentuk dan pembinaan kapal LCS, sewajarnya Kerajaan Malaysia melantik DCNS secara terus (seperti yang dibuat … Continue reading DCNS Guna Tiga Lapis Syarikat, Kos Naik Tiga Kali Ganda