Latiff Ahmad Adalah Kenalan Perniagaan Jaya Sudhir Yang Pernah Terbabit Dalam Pelbagai Kontroversi Skandal Besar

Selasa lalu, saya telah memfokuskan kepada sebuah syarikat bernama JSD Corporation Pte. Ltd. yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik sebagai syarikat yang menerima bayaran untuk khidmat teknikal untuk projek-projek pertahanan laut negara. Audit dalaman BHIC (anak syarikat Boustead yang dilantik menjadi kontraktor utama projek LCS) menunjukkan bahawa bayaran dibuat kepada JSD Corporation Pte. Ltd. … Continue reading Latiff Ahmad Adalah Kenalan Perniagaan Jaya Sudhir Yang Pernah Terbabit Dalam Pelbagai Kontroversi Skandal Besar

Akuan Bersumpah Pengisytiharan Harta

Saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No kad pengenalan: XXXXXX-XX-XXXX) yang beralamat di [XXXXXXXXXXX] dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 bagi tujuan mengisytiharkan harta saya sebagai seorang yang berminat menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum ke 15. Akuan bersumpah ini di buat sejajar dengan sebahagian dari syarat-syarat yang ditetapkan oleh Parti Keadilan … Continue reading Akuan Bersumpah Pengisytiharan Harta

Rakan Niaga Latiff Ahmad Dinamakan Sebagai Penerima Bayaran Palsu Dalam Projek SGPV

Saya mengalu-alukan pengumuman Dato’ Seri Latiff Ahmad, pimpinan BERSATU/Perikatan Nasional yang terpalit dengan skandal LCS untuk tidak bertanding dalam PRU15. Saya juga masih menunggu surat saman sivil dari beliau selepas pendedahan-pendedahan saya menunjukkan penglibatan beliau dalam skandal LCS melalui sebuah syarikat palsu yang bernama Alizes Marine Ltd. Saya ambil maklum kenyataan beliau minggu ini yang … Continue reading Rakan Niaga Latiff Ahmad Dinamakan Sebagai Penerima Bayaran Palsu Dalam Projek SGPV

Batal Surat Niat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri

Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin yang memberi maklum balas positif mengenai pendedahan kontrak pembekalan meriam artileri SPH berjumlah RM834 juta. Saya telah mendedahkan bagaimana keputusan Kerajaan Persekutuan melantik MA Analytics Sdn Bhd, sebuah syarikat setahun jagung untuk dianugerahkan kontrak ini secara rundingan terus adalah bertentangan dengan kehendak pertahanan negara. Kementerian … Continue reading Batal Surat Niat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri

Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat: Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan Arahkan Rundingan Terus Dengan Syarikat Berusia Dua Tahun

Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera. Salah satu perolehan besar yang menjadi sebutan dan kontroversi terkini ialah pembelian meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta. … Continue reading Perolehan Sistem Meriam Artileri Tentera Darat: Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan Arahkan Rundingan Terus Dengan Syarikat Berusia Dua Tahun