Alizes Marine Limited, Syarikat Palsu Pindah Wang Dari Projek LCS

Hari ini, saya ingin mendedahkan bahawa sebuah syarikat pesisir luar pantai (“offshore incorporated company”) telah dinamakan di dalam siasatan dalaman sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk memindahkan wang dari projek LCS ke akaun-akaun di luar negara.

Syarikat yang dinamakan adalah Alizes Marine Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malta. Syarikat ini juga dinamakan di dalam siri pendidihan Panama/Paradise Papers yang mendedahkan bagaimana syarikat-syarikat pesisir luar pantai digunakan untuk menyembunyikan wang dari aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di seluruh dunia.

(Semak https://offshoreleaks.icij.org/nodes/55047357 )

Laporan siasatan dalaman ke atas projek LCS membuat kesimpulan berikut:

  • Setelah menyemak invois-invois dari pembekal-pembekal tertentu, pasukan penyiasat menemui sejumlah bayaran palsu berjumlah RM23.37 juta. Invois dihantar kepada subkon projek LCS untuk perkhidmatan teknikal yang sebenarnya tidak wujud.
  • Apabila pembekal-pembekal ini dijejaki, syarikat sebenarnya tidak wujud kerana maklumat alamat yang diberikan adalah palsu. Malah, semakan menunjukkan bayaran dibuat ke akaun-akaun lain.

Modus operandi yang digunakan mirip kaedah yang digunakan untuk mencuri wang 1MDB. Syarikat-syarikat palsu ditubuhkan di seluruh dunia yang namanya menyamai sebuah syarikat yang benar-benar wujud.

Invois dihantar dari satu syarikat, sebaliknya arahan bayaran adalah supaya invois dibayar ke satu akaun yang didaftarkan di bawah syarikat yang namanya hampir sama tetapi syarikat berlainan.

Siasatan dalaman menamakan Alizes Marine Limited sebagai salah sebuah syarikat yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan sebegini.

Alizes Marine Limited dilantik oleh subkon projek sebagai pembekal alat-alat gantian (“spare parts”) untuk projek ini atas cadangan DCNS, kontraktor teknikal yang menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal kapal kelas Gowind.

Siasatan dalaman projek LCS, dalam menamakan Alizes Marine Limited sebagai syarikat yang memindahkan wang dari projek LCS, juga membuat penemuan-penemuan berikut:

  • Alizes Marine Limited dicadangkan untuk menjadi pembekal atas alasan ia sebuah syarikat pembekal pertahanan dari Perancis (menggunakan Alizes Marine France).
  • Pengurusan projek LCS dimaklumkan bahawa Alizes Marine France mempunyai lesen eksport sedunia (“global export license”) yang memberi kelebihan kepadanya untuk membekalkan alat-alat ganti pertahanan. Pengurusan projek LCS melantik Alizes Marine atas pertimbangan ia mempunyai lesen eksport sedunia.
  • Maklumat itu sebenarnya palsu kerana Alizes Marine Limited tidak mempunyai sebarang lesen, sebaliknya hanyalah sebuah syarikat pesisir luar pantai tanpa operasi.
  • Walaupun projek LCS menerima invois yang nampak seperti datang dari Alizes Marine France, bayaran-bayaran sebenarnya dibuat akaun di Singapura yang dimiliki sebuah lagi syarikat lain yang menggunakan nama Alizes Marine Limited (hampir sama tetapi berlainan).

Kesimpulan siasatan dalaman secara terang-terang menamakan penglibatan DCNS dalam skim menyelewengkan dana ini:

DCNS used Alizes Marine as a front to benefit from the supply of spare parts on the arrangement made and carved in Malaysia.”

“DCNS menggunakan Alizes Marine sebagai syarikat palsu untuk mendapat manfaat dari pembekalan alat gantian berdasarkan muslihat yang dibuat di Malaysia.”

Penyiasat-penyiasat turut menyimpulkan bahawa DCNS dan sebuah lagi syarikat dari Perancis adalah sebahagian dari skim yang memindahkan wang dari projek ini yang melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Perkara ini disahkan apabila penyiasat membandingkan jumlah yang dibayar oleh projek LCS untuk membeli alat-alat gantian kepada Alizes Marine Limited (berbanding jumlah perolehan yang dilaporkan di dalam penyata kewangan Alizes Marine France) bagi tempoh 2011 hingga 2015.

Sepanjang tempoh itu, subkontraktor projek LCS membayar EUR43.69 juta (bersamaan sekitar RM210 juta) kepada Alizes Marine France (berdasarkan invois-invois yang dihantar tetapi dibayar ke akaun-akaun lain di bawah Alizes Marine Limited) bagi pembelian alat-alat ganti.

Sebaliknya, jumlah perolehan yang dilaporkan di dalam penyata kewangan Alizes Marine France yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Perancis hanya EUR3.53 juta (bersamaan sekitar RM18 juta).

Ini bermakna, sejumlah RM192 juta telah dipindahkan ke akaun syarikat-syarikat pesisir luar pantai yang tidak dapat dijejaki.

Sebab itu saya bertegas bahawa skim mencuri dana rakyat yang sebegini rumit tidak boleh berlaku tanpa dilindungi oleh orang-orang atasan yang lebih berkuasa dari seorang pesara Panglima Tentera Laut yang didakwa baru-baru ini.

Jika skim-skim yang melibatkan syarikat-syarikat pesisir luar pantai dituduh bersabit dengan DCNS, dan DCNS mempunyai rekod membayar rasuah kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Razak semasa skandal Scorpene dahulu, maka wajarlah rakyat terus menuntut siasatan untuk mengetahui siapa dalang sebenar yang mempunyai kuasa melindungi DCNS.

Hanya Najib Razak, Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussin yang boleh menjawab soalan ini.

RAFIZI RAMLI

6 thoughts on “Alizes Marine Limited, Syarikat Palsu Pindah Wang Dari Projek LCS”

  1. Tak tahu nak cakap apa lagi
    Sejak awal lagi aku memang mengesyaki sesuatu yang tak kena apabila lavish style kak MAH bermula just after his husband appointment as PM.
    Dengar drpd rakan2 dr sebuah stesen televisyen tempatan macam2…

    Aku sedih kerana kejahatan pemimpin yang dianggap baik dan diagungkan oleh rakyat..banyak menyebabkan kerosakan imej Malaysia di dalam dan di luar negara.

    Aku sedih kerana terlalu ramai pentaksub kerajaan be end sehingga saat ini MASIH lagi menyalak mengata itu ini kpd DSAI sedangkan DSAI TIDAK pernah dituduh atau disabit apa2 kesalahan rasuah atau penyelewengan wang negara. Malah masih ada yang mengaitkan beliau dengan aktiviti2 songsang serta kononnya bersahabat dengan DAP yang dikatakan sinonim dengan rasicm dan anti melayu.

    Apalah nk jadi masyarakat Melayu khasnya…
    Ada pemimpin baik dan bagus difitnah dan dipenjarakan… pemimpin yang korup pula diangkat naik sehingga taik2 mereka bertaburan jatuh atas kepala kita semua…pun masih lagi senyum kononnya taik.pemimpin pemimpin sendiri basuh….pooorrraaahhhh

    1. Some Wives are asset to their Husbands like Tun Siti Hasmah.. and some Wives are Liabilities to their Husbands….

  2. Thank you Rafizi & geng for your very hard, hard work. I don’t how many sleepless nights & sacrifices all of have done…for the love of our country & our people😭 You all are the true TOKOH MERDEKA. WE ARE SUPER-LUCKY TO HAVE YOU WORK THAT HARD FOR US ALL❤️🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  3. All praise to Allah for creating you Mr. Rafizi. May you always be in His Mercy and Protection, May Allah be please with all that you have done, have been doing, and will do in the future. Blessing from me, a sabahan waiting for my resources to be returned to us.

  4. Some Wives are asset to their Husbands like Tun Siti Hasmah.. and some Wives are Liabilities to their Husbands….

Leave a Reply to Luna Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.