Kenapa Pentadbiran Dato’ Seri Najib Denda Pegawai Kerajaan Yang Cukainya Dikira Oleh Kerajaan?

HANTAR ADUAN LDHN KE
bit.ly/aduanlhdn

Saya telah membawa isu taksiran tambahan yang dikenakan oleh LHDN kepada segenap lapisan masyarakat ekoran tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak memperkenalkan sistem komisen yang mengikat LHDN kepada sasaran kutipan cukai tertentu yang perlu dikutip setiap tahun. Saya sendiri pernah melalui perkara ini.

Saya sertakan dokumen-dokumen taksiran dari LDHN dan segala surat menyurat seperti di bawah:

1. Makluman dari LHDN kepada Parlimen mengenai taksiran tambahan dan denda ke atas saya

12 - 18 - 2a

2. Saya hanya disalinkan sahaja

12 - 18 - 2b

3. Saya didenda kerana kononnya tidak mengisytiharkan pendapatan secukupnya, sedangkan pengisytiharan pendapatan dan taksiran dikira di antara LHDN dan Parlimen

12 - 18 - 2c

4. Tidak ada satu pun angka pengisytiharan dari saya, semuanya dari LHDN. Malah, saya tidak menuntut apa-apa pelepasan sedangkan saya juga ada membeli buku, membayar insurans dan lain-lain

12 - 18 - 2d

5. Perincian oleh LHDN yang menunjukkan saya didenda dua kali di bawah Seksyen 112(3) iaitu kelewatan mengemukakan Borang Nyata dalam tempoh yang ditetapkan. Saya telah membayar denda ini dalam tahun 2015 dan kini membayar sekali lagi kerana LHDN yang membuat taksiran dalam tahun 2015 tersalah buat taksiran!

12 - 18 - 2e

6. Jenis-jenis denda dan juga penalti tambahan akibat kelewatan membayar denda. Penalti tambahan seperti ini sama seperti faedah ke atas denda

12 - 18 - 2f

7. Sebenarnya LHDN sendiri yang mengirakan cukai untuk saya dalam tahun 2015 kerana taksiran tahun 2014 adalah tahun pertama saya menjadi Ahli Parlimen dan saya tidak tahu pendapatan mana yang dicukai dan mana yang tidak dicukai. Maka, LHDN salah kira dan mendenda saya atas kesilapan LHDN dan mendenda saya lewat memfail Borang Nyata sedangkan ia dibuka semula oleh LHDN.

12 - 18 - 2g

 

Sebab itu saya menyuarakan berkali-kali mengenai perkara ini kerana saya bimbang berlaku banyak penganiayaan kepad rakyat biasa, walaupun jumlahnya mungkin kecil.

Apatah lagi dalam kes pegawai-pegawai kerajaan, yang menentukan jumlah yang dipotong berkala melalui Potongan Cukai Berkala (PCB) adalah kerajaan sendiri.

Dalam kes saya, LHDN sendiri yang membuat kiraan dalam tahun 2015 dan telah mendenda saya. Kemudian dalam tahun 2017, LHDN membuka kembali fail itu dan mendakwa saya tidak mengisytiharkan pendapatan sedangkan pengisytiharan itu dibuat oleh LHDN sendiri.

Oleh kerana LHDN telah membuka kembali fail saya yang telah saya selesaikan sebelum ini, LHDN mengenakan denda lewat kemuka Borang Nyata buat kali kedua dan mendenda saya lagi atas tindakan LHDN membuka kembali fail saya.

Jelas bahawa proses ini menganiaya orang biasa terutamanya yang kurang mahir dengan hal ehwal percukaian.

Sebab itu saya telah menyediakan satu laman di alamat bit.ly/aduanldhn untuk membolehkan orang ramai mengemukakan dokumen kes mereka sekiranya mereka merasakan berlaku ketidakadilan dalam proses taksiran semula dan denda oleh LHDN.

12 - 18 - 2h

 

Saya akan berusaha membela kes-kes yang jelas menganiaya orang ramai agar LHDN juga tertakluk kepada pertimbangan atas neraca keadilan sosial, bukannya tunduk kepada tuntutan Putrajaya untuk mendapatkan cukai lebih tinggi setiap tahun.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

One thought on “Kenapa Pentadbiran Dato’ Seri Najib Denda Pegawai Kerajaan Yang Cukainya Dikira Oleh Kerajaan?”

  1. Saya dah bayar cukai every year dan ada cukai terlebih bayar dihantar balik pada saya. Namun bila saya pencen disemak cukai saya selama 7 tahun terakhir menyebab saya kena dicukai lagi lebih rm5000.00.

    Orang lain pun kena macam tu juga. Apa nak buat kita mentimun. Kerajaan nak pakai duit banyak. Rakyat kenalah berkorban.
    Komplain pun tak kemana kecuali kita ada orang dalam.

    Cukai tambahan tak sampai lagi ni.

Leave a Reply to Ali Awang Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.